assalamualaikum...salam tahun 2013 dan salam perpisahan tahun 2012. pertama sekali terima kasih diucapkan kepada cikgu uuna kerana sudi follow blog aku..
walaupun agak lewat untuk membicarakan kedatangan tahun baru ni,namun aku akan tetap jua menulis kerana tika dan waktu inilah sahaja aku berkesempatan. apabila tiba tahun baru pasti semuanya membicarakan tentang azam baru,termasuklah diriku ni. sesuatu yang pasti, aku tidak menyambut tahun baru mengira detik jam 12 tengah malam. aku rasa itu bukanlah satu keperluan.
azam tahun baru aku kali ni agak berbeza daripada yang sebelumnya. ada banyak sebab tetapi aku tidak akan menyatakannya disini.
banyak kepahitan dan kemanisan yang telah aku tempuhi sepanjang tahun 2012. aku harap itu semua kekal dalam lipatan sejarah hidup aku. semestinya aku perlu memanjatkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi kesempatan usia buat diri ini untuk menghirup udara di muka bumi ini.
seperti sebelumnya,aku akan dan sememangnya pasti akan terkenangkan kembali suasana ketika aku mula-mula melangkah ke alam persekolahan dahulu. tahkala melihat di kaca-kaca telivisyen suasana hari pertama persekolahan. apatah lagi ketika mendaftar masuk ke asrama. pengalaman tinggal di asrama banyak mengajar aku erti hidup yang sebenar dan mendidik aku mejadi seorang muslim dari sudut agama dan bukan hanya pada nama.
moto tahun baru aku..''BUAT APA YANG PERLU,LAKUKAN APA YANG DIMAHUKAN''
No comments:
Post a Comment