LATIHAN MENGAJAR - PENCERAPAN TERAKHIR

Alhamdulillah.. habis sudah pencerapan untuk kali ketiga daripada penyelia iaitu Dr. Amelia. Tiada yang keempat. Hanya tiga kali. Sebab aku bukanlah yang terbaik tetapi aku mencuba sehabis baik.

Komen yang ringkas. Peningkatan demi peningkatan. Walaupun bukan lah yang terbaik tapi masih dikira baik.

Kerjasama yang baik daripada anak murid kelas 4s1,4vt2 dan 1kaa. Terima kasih banyak-banyak atas kerjasama.  Kelas 4k1 tidak berkesempatan masuk disebabkan pencerapan hanya dilakukan sebanyak tiga kali sahaja.

Untuk mendapatkan gred dan markah yang baik sebenarnya sangatlah mudah. Hanya perlu rancang lebih awal dengan anak murid dan anda akan dapat keputusan yang terbaik. Rancang yang bagaimana?? Misalnya jika murid  terlalu pasif, jadi anda pilih mana-mana pelajar dan berikan soalan siap-siap untuk mereka soal sewaktu pencerapan. Nampak kan disitu pelajar anda akan aktif.

Banyak lagi cara boleh dibuat, tapi aku memilih risiko kerana mengejar kepuasan  jangka panjang. Biarlah apa yang berlaku sewaktu pencerapan adalah situasi sebenar. Jika murid bising dan aku gagal mengawal kelas dengan baik itu adalah kesilapan aku, kelemahan yang perlu aku baiki. Murid tak perlu berlakon. Cukuplah dengan cara punyai kesedaran.

Ini hanyalah coretan ringkas. Segalanya akan aku coretkan dalam catatan mendatang secara mendalam.

Gambar di bawah adalah murid-murid kelas tingkatan 1 KAA. Ini hanyalah sebahagian dari jumlah keseluruhan. Tak teringat langsung untuk aku ambil gambar kenangan 1 kelas bersama mereka dan pensyarah. Mungkin disebabkan kekurangan masa tidur membuatkan otak aku gagal berfikir dengan baik. Satu kerugian.

Apa apapun ini hanyalah secebis ringkasan perjalanan yang jauh. Setiap antara mereka punyai cerita. Dan cerita itulah yang akan aku kisahkan pada coretan akan datang.

Mei telah tiba. Sebelum Jun  menyapa ,aku akan pergi. Ini kehidupan.

No comments:

Open Cbox