ANNUAL KEM PALAPES DARAT USM 2014 - FASA 2 ( UJIAN)


Sambungan dari fasa 1 (ulangkaji), sekarang aku akan coretkan pula perjalanan kem semasa fasa ujian pulak. Kalau nak letak dalam 1 page saja nanti jadi panjang sangat. So, aku bahgaikan kepada 3 bahagian. Boleh letak gambar banyak sikit.

6 Februrari 2014
Hari ni takda PT pagi untuk Inter. Yeaaahhh!. Sebab sekarang dah masuk ujian dan ujian yang pertama akan kami hadapi ialah ujian TEWT. Disebabkan aku ni Rank ( penjawatan) dalam kadet, penguji tu mengharapkan yang terbaik dari aku. Aduhaiii.. aku dah agak dah akan begini jadinya berdasarkan pengalaman aku pada kem yang lepas sebagai kadet fitik TEWT. Penguji tu pulak kapten dari KJLJD. Nampak muda lagi. Nerves jugak aku. Aku pun buat je la. Banyak jugak yang dia skip. Dia lebih suka aku cakap tanpa rujuk teks. Nasib baik la aku dah prepare benda tuh. Tak la kokap sangat. Lepas tu dia ada la tegur yang mana salah dan dia ajar sekali. Aku tak tahu markah aku berapa, dan aku tak kisah sangat sebab aku bajet sederhana ja. Tak teruk sangat dan tak cemerlang sangat. Aku sorang je rank yang terlepas. Yang lain semua kena pergi dekat penguji dari Gerak Khas ( komando). hahaha..lega aku. Lebih kurang pukul 3 petang kami balik dan petang tu nak buat kelas semboyan. lewat jugak la kelas semboyan mula. Dalam pukul 6 lebih baru mula. Tapi sekejap je. Habis kelas semboyan kami balik bersiap sebelum makan malam. Tapi aku tak pergi makan pun sebab aku keluar pergi tesco.hehe. Malam tu kami tak turun roll call malam sebab kami berlatih kawad. Esoknya kami ujian kawad kaki dan kawad senjata pulak. Boleh pulak kawad elok. adoii..Bertambah yakin kami sebenarnya boleh je kawad elok tapi disebabkan kurang serius, memang berterabur la kawad. Mungkin sebab nak ujian, so semua berlatih dengan serius la. Habis dalam pukul sebelas lebih. Lpeas tu kami makan ubat sebelum masuk medan punya. Ubat ni memang wajib makan. Ada dalam 4 jenis ubat tak silap aku la. Habis je makan ubat terus kami balik dan buat persiapan. Jahit butang katup kat baju loreng, iron baju, shine kasut. Pukul 3 lebih jugak la tido.
gambo aku takda waktu ujian tewt nih..hohoho

7 februari 2014
Aku bangun awal jugak pagi nih sebab aku tak jahit lagi butang katup dan tak iron lagi baju loreng aku. hahaa.. Mana dan nak buat malam tuh. Shine kasut saja dan berejam. Nak tido lagi. Mana boleh tak cukup tido, nanti mudah pitam. Dah siap semua, lepas sarapan terus kami ke padang kawad. Sebelum mula ujian kawad mengikut sindiket masing-masing, ada pemeriksaan pakaian dulu. Kemudiannya kawad dalam kekuatan 1 platun dulu. Disebabkan aku sindiket dua, so cepatlah nanti turn aku habis.hahaha. Penilaian kawad ni dibuat atas individu dan bukannya satu pasukan. Alhamdulillah, latihan malam sebelum tu banyak membantu aku untuk mengingat pergerakan-pergerakan kawad yang dah lama aku lupakan. Habis je semua sindiket diuji, kami baris lagi dan kawad beramai-ramai lagi. Kemudiannya lebih 20 orang nama dipanggil kedepan termasuklah aku. Kami dok berkawad la kat tengah panas tu dan sapa yang buat silap akan dikeluarkan hinggalah turn aku dikeluarkan. Aku orang terakhir dikeluarkan dalam tujuh orang yang terakhir. Tak kecewa pun tak dapat sekali sebagai kadet best kawad, sebab aku memang penat sangat waktu tu dan lega sangat dapat keluar. Tinggal 6 orang sebagai best kawad.
Selesai kawad kami ada ujian senjata pulak. Masa ujian membuka dan memasang senjata Light Machinegun (LMG) aku agak kalut walaupun aku buat-buat tenang. haahah.. Aku silap susun kumpulan senjata sebab aku susun ikut mazhab sendiri. tapi tak la terbalik sangat pun. hahaha..pastu waktu ujian Tindakan Serta Merta (TSM), M203 Grenade Launcher, aku ingat penguji tak nampak aku baling peluru kat belakang, tapi rupanya dia nampak. Kena front support lagi sepuluh. hahaha. Nasib baik la penguji tu baik. Dalam pukul 6 lebih baru habis dan malam tu pulak ada ujian bertulis kertas 1 (taktik).
barisan tim penilai



stap azhar, jurulatih kawad yang sungguh bersemangat


aku la ni punca berjarak sangat ni..aku rasa biasa ja tapi sebenarnya laju benor perlahan jalan akunye.hahaha


8 Februari 2014
Hari ni ujian peta pulak. Tempat agak jauh jugak dan laluan tu aku dok guna untuk balik gerik.hehehe..Aku dapat dekat kapten H, Fuhhh, aku dah agak dah apa akan jadi, memang akan lama punya. Dia dah la baru sampai dan tak ditaklimat pastu terus jadi penguji. Aduhh,,pening aku ngan skuad aku sorang nih. Sabor je la...Benda yang mudah jadi rumit, Bukan sebab kami tak reti. Walaupun aku sindiket 2 dari 6 sindiket, tapi bila aku siap, yang lain semua dah siap. Bayangkan la berapa lama. Ujian peta tu habis awal jugak. Tapi ada kerumitan sikit. Dengan tempat yang berdebunya menyebabkan ramai skuadku yang batuk-batuk dan demam. Kalau batuk tu termasuk aku sekali la. Dalam pukul 4 lebih kami sampai USM, Petang tu pukul 5 kami baris pakai t-shirt baru  design dari skuad Kala Rimba Transkrian. Dalam pukul 7.50 kena kumpul balik so aku manfaatkan masa yang ada dengan keluar pergi beli air dengan to up pastu lepak kat kedai mamak sambil makan roti canai dengan teh tarik. Bukan senang nak dapat relaks sekejap macam ni. Aku pergi sorang je. Malam tu lepas makan malam kami kena kumpul pulak untuk ujian bertulis kertas 2 (senjata). Habis ujian ada roll call dan malam tu aku balik dan tido awal. Kipas plak rosak. fuhhh.. panas-panas.. sabor je laaa...

9 Februari 2014
Pagi ni biasa je rasa. Badan pulak tetiba rasa lain. Rasa nak muntah pun ada. Tapi ok lagi la. Ramai skuad aku yang tak sihat. Sebab ujian baca peta semalam la atas bukit dengan panas terik ditambah pulak debu-debu berterbangan. huh..Ujian Ilmu Medan Perang, IMP buat dekat Padang Minden. Waktu nak ujian la aku baru teringat ulangkaji balik cara agak jarak dan buat kad jarak. Aku memang tak ingat sebelum tuh. Lega rasa lepas buat dan aku rasa aku takda masalah buat ujian IMP. Senang pulak rasanya. Balik tu kena denda pulak dengan jurulatih sebab ada masalah sikit. Aku ok je, cuma skuad aku ada sorang yang dehidrasi. Masuk hospital masukkan air pastu ok dah. Lega rasanya dia tak apa-apa. Lepas makan tengah hari kami buat pentadbiran peringkat masing-masing. Time ni aku keluar dengan skuad aku sorang naik moto nak pergi beli dawai. Hari ahad mana la kedai nak bukak, jadinya tak beli la barang nya. Apa lagi, dah alang-alang keluar kami lepak kedai mamak dulu minum air sambil makan roti canai. Untuk makan malam aku tak makan nasi. Pukul 9.30 malam ada roll call dan water drill lepas tuh. Supper malam tuh makan roti canai. Habis je semua tu kami pun balik la kemas barang buat persiapan sebelum masuk fasa medan.

ANNUAL KEM PALAPES DARAT USM 2014 - FASA 1 ( ULANGKAJI)


Assalamualaikum..
Alhamdulillah..berjaya juga aku mengharungi 2 minggu yang penuh dengan cabaran yang aku sendiri pilih.Entri kali ni aku nak ceritakan sedikit catatan-catatan aku tentang Annual Camp Palapes Darat USM. Catatan ini hanyalah sebagai kenangan buat diri aku dan juga pengtahuan serba sedikit kepada mereka diluar sana yang mungkin tak tahu dan nak tahu apa itu PALAPES dan apa yang kami buat. Catatan ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu fasa 1 (ulangkaji), fasa 2( ujian) dan fasa 3 (medan).
Selamat Membaca.

2 februari 2014
Hari pertama lapor diri di Markas Palapes USM. Pagi tu macam biasa la, PT (physical training)  pagi dengan pakaian half loreng. Walaupun masa PT hanyalah sejam tapi kepenatannya  memang terasa. Maklumlah kan baru balik cuti dari kampung 2 minggu. Lepas PT ada sarapan pagi. lepas sarapan pagi ada kelas TEWT/LTTA ( Training Excercise Without Trup / Latihan Tempur Tanpa Anggota). Tewt ni kiranya kita kena present peta dan baca perintah kepada anak buah kita sama ada perintah serangan atau pertahanan. Untuk peringkat Intermediate ni kami present perintah serangan dan  akan ada ujian nanti. Kem selama 15 hari ni dibahagikan kepada 3 fasa iaitu fasa 1  fasa ulangkaji bagi peringkat Intermediate dan senior , fasa 2 fasa ujian dan fasa 3 fasa medan. Kelas untuk sesi petang dibatalkan dan digantikan dengan aktiviti isi air dalam kon untuk buat penghadang dipadang kawad supaya tiada kenderaan yang boleh masuk  dan meletakkan kenderaan di padang kawad. Nanti takdak ruang pulak kami nak kawad. Petang tu jugak diadakan raptai majlis pembukaan Perkhemahan tahunan palapes darat usm. Sebelum ni tak buat pun. Mungkin sebab CI (Charge Instructor) baru kot. Pukul 5 petang ada sukan. sampai la pukul 7 pastu balik markas untuk makan malam. Malam macam biasa la akan ada roll call dan pakaian adalah PO (Plaintif Orders).

3 februari 2014
Pagi ni takda PT, sebab ada perbarisan pembukaan Latihan Kem Tahunan Palapes USM 2013. Sekejap je majlisnya kemudian terus sarapan pagi dan kelas seperti biasa. Inter kami belajar kawad kaki dan senjata. Kawad kaki kami  masih kurang memuaskan lagi walaupun dah peringkat intermediate. Mungkin sebab kami kurang serius waktu latihan. Habis kelas sebelum makan tengah hari tu kena PT lagi..adoii...penat2. lepas makan tengah hari kami sambung dengan kelas senjata LMG (Light Machinegun) dan M203 Grenade Launcher. Ulangkaji kaji ni sebab ada ujian nanti. Untuk senjata LMG kami akan diuji membuka dan memasang senjata dan juga TSM ( Tindakan serta merta). TSM ni contohnya apabila peluru tak meletup, peluru terlekat dan beberapa sebab lagi. M203 Grenade Launcher pulak kami akan diuji TSM Grenade Launcher sahaja. Kami habis kelas lambat sampai pukul 6 petang. Untuk sukan petang ni kami main futsal. Tapi aku tak main pun sebab kurang gemar.hahaha.. Habis dalam pukul 7 lebih. Kami balik bilik dulu bersiap solat maghrib dan buat hal sendiri pastu turun sebelum pukul 8 malam untuk makan malam. Lepas makan malam kami dok lepak-lepak depan MT sambil buat hal sendiri . Pukul 10 malam roll call dan lepas tu balik dan tido.

4 februari 2014
Pagi ni kami PT beg (dikenali juga sebagai pt baby). Backpack kami beg askar tu kami akan letak beban iaitu pasir yang agak berat jugak.Pasir tu yang kami gelar sebagai ''baby''. PT ni memang penat dan mencabar.huh..hari-hari PT ni aku pun tak sanggup. Macam komando la pulak rasanya.haha. perasan sekejap. Nasib baik la PT pagi ni tak banyak sangat berlari. Tapi penat tetap ada la. Lepas tu kami sambung dengan kelas peta. Baca peta ni aku memang blurr sikit sebab kelas waktu latihan tempatan aku banyak ponteng.hahaha.. Tapi waktu ulangkaji ni aku baru faham sebenar-benarnya faham. Alhamdulillah. Kalau tak  buat ulangkaji ni, entah macam mana la aku waktu diuji depan tim penguji nanti.hahaha. Geng pertama buat ambik masa sampai 3 jam lebih. Alamatnya kelas petang tu terpaksa diganti dengan kelas baca peta lagi. Aku salah sorang dari team yang pertama.hahaha. Petang tu sukan main futsal lagi, tapi aku tak main jugak. Aku pergi kat stadium tenis kat sebelah pastu aku tido celah-celah kerusi.hehehe.. bila lagi kan nak dapat peluang nak tido. jadual dah la padat.hoho. Aktiviti malam macam biasa la ada roll call. Tapi malam ni ditambah lagi satu acara iaitu minum air masak beramai-ramai yang digelar sebagai water drill. Kalau sebelum ni kena habiskan sebotol air 1.5 liter tuh, tapi yang ni cuma guna water botol tentera yang isi padunya cuma 1 liter. Itu pun dah senak perut aku dengan air. Tujuannya bukan nak ragging atau mendera, tapi sebab tubuh badan kami perlukan air yang banyak untuk aktiviti esok hari supaya tak dehidrasi. Ditambah pulak dengan cuaca yang panas sekarang nih.
meniarap je belajar peta..mudah sikit.haha

disebabkan sesi pagi aku dah buat. so, aku plak la mengajar nye

santai..rilekss

5 februari 2014
Pagi ni PT beg lagi. Dan aku tersangat penat pagi ni ditambah dengan kaki yang lenguh bebenor bila buat PT 10 (lompat bintang). hohohoi. Ini menyebabkan aku terpaksa memacat (curi tulang) la juga waktu PT . hahaha. Nak hidup dalam askar ni kena cerdik sikit. Lepas PT kami ada kelas Ilmu Medan Perang, IMP.Waktu latihan tempatan aku masih blur-blur jugak pasal IMP nih, tapi waktu ulangkaji ni aku boleh catch up jugak la,. Lepas makan tengah hari kami inter ni pergi ke Padang Meha untuk tinjau lokasi serangan ni sebab malamnya kami nak kena buat perintah TEWT dan lakaran. Balik tinjau pun dah dekat pukul 6. So, kami dah lewat untuk senamrobik petang tu. Tapi kami turun jugak la, Lepas senamrobik kami terus makan malam. Malam tu pulak kami kena siapkan perintah serangan dan lakaran untuk TEWT sebab esok dah ujian TEWT. Kami mula pukul 9 malam sampai pukul 1 lebih baru siap buat. Sepatutnya ada water drill malam tuh, tapi dikanselkan. Habis je semua tu kami terus balik bilik. Kat bilik aku tak tido lagi. Aku buat persiapan sikit untuk TEWT esok. Takut jugak aku kokap depan penguji nanti. Dah la pegawai penguji pun pangkat kapten ke atas. Maunya tak nerves aku nanti. Dalam pukul 2 baru aku tido.

gaya je lebih..entah apa yang ditinjau aku pun tak tau

aku pun sama jee..wayang je lebih.kalau yang ramai-ramai kat belakang tuh betol tengah tinjau.hahaha

TERUSKAN MEMBACA
 - FASA 2 ( UJIAN)
  -FASA 3 ( MEDAN)


Open Cbox