AKU DAN SEMANGKUK LAKSA SECEBIS KISAH

 

Plastik bungkusan laksa tu aku tak buang. Aku letak kat tepi. Ada kegunaannya nanti iaitu untuk meletak bawang, tangkai daun kesum dan cabai (cili) burung yang aku tak makan. Bukan tak makan langsung, ada la juga makan sikit-sikit. Kalau bawang tu aku memang makan sikit sebab nanti sakit kepala. Lepastu pulak nanti ketiak berbau. Orang kata macam bau bangla. Hahaha. Orang la kata. Bukan aku.

Waktu aku kecik-kecik takda pun orang letak cabai burung dalam laksa. Biasanya orang letak timun, bawang, cabai merah dan daun salad.Tapi sekarang macam-macam aku jumpa. Ada yang letak nenas, pucuk selong dan macam-macam lagi yang bagi aku agak pelik la. Kalau setakat pucuk gajus / jangguih tu tak heran la sebab masa aku kecik-kecik dulu mak sedara aku ada letak.

Ye la kan, lain tempat lain cara. Tu sebab aku suka cuba macam-macam laksa. Tapi tekak ni berkenan dengan laksa Perak jugak. Laksa lain tu macam yang aku pernah rasa macam laksa Kedah, laksa Penang dan laksa Kelantan agak kurang menarik minat aku. Laksa Penang aku penah makan waktu bulan ramadhan yang lepas rasanya macam &^%&^$%&%^%*. Tak tahu aku nak cakap apa. Kuah dia macam likat sikit warna nak macam kicap pun ada. Tak berapa rasa ikan. Rasa apa  pun aku  tak tahu. Yang pasti aku rasa melugai. Membazir semangkuk  laksa hari tu aku tak makan yang berharga rm3 sebungkus beli di Taman Tun Saardon. Menyesal beli.Tak macam laksa langsung. 

Satu lagi nih laksa Kelantan. Pelik bagi aku la yang pertama kali makan. Kuah warna putih. Rasa kuah tu sebijik macam kuah laksam. Sama sangat. Dan jenis kuah pulak tak letak banyak macam laksa biasa. Tak tenggelam pun semua isi laksa tuh. Aku yang jahil waktu tu hanya makan bahagian yang ada kuah saja, selebihnya aku jadi setan, membazir. Laksa penang pulak pada pendapat aku rasanya agak manis. Kuah macam pekat jugak. Biasanya ada nenas. Maafkan aku kalau silap sebab laksa Penang dengan kedah aku nampak macam sama. Kalau laksa Johor dengan Sarawak aku tahu macam lain sikit.

Panjang dah aku merapu, belum masuk bab mengenang masa lalu lagi nih. Hahaha. Aku cuba ringkas kan. Kenapa minat laksa? Jawapannya aku tak tahu. Kenapa tak tahu? Entahla..Memang aku tak tahu. Hahaha. 

Dulu-dulu masa aku kecik-kecik, arwah mak sedara suka buat laksa. Waktu tu dia buat laksa pulas. Aku ingat lagi mesin kecik tuh. Tepung yang siap di uli kita leperkan dan masukkan dalam mesin pemulas tuh. Lepas tu kita pulas la. Maka keluar la bentuk laksa. Kalau nak buat kue teaw kena letak acuan yang besar sikit tuh. Ada orang yang suka letak kunyit bagi nampak kuning, ada yang biar je warna putih. Bagi aku yang putih ni nampak sedap lagi.  Laksa pulas ni kalau kat Kuala Kangsar orang panggil laksa buyung. Tak silap aku la sebab kuah laksa tu di masak dalam buyung. Buyung tu benda apa? Hurmm,,berat nanang mung nih. Pi google sendiri.

Laksa pulas ni sedap sebab lembut dan makan pun tak payah nak kunyah sangat. Ngeyeh ngeyeh pastu telah ja. Biasanya aku makan lebih dua mangkuk la. Hahaha. Waktu kecik dulu makan tak kira waktu laksa nih. Main rembat je siang atau malam. Bukan apa, orang tua-tua kata makan laksa malam-malam ni kembung perut. Tapi dah laksa arwah mak sedara aku tu buat sedap, takkan nak tengok saja kan. Tapi sekarang aku dah tak dapat lagi nak merasa laksa arwah mak sedara aku tu buat. Banyak-banyak kuah laksa aku makan takda pun yang sama macam tuh. Dan apa yang aku perhatikan, setiap tukang masak kuah laksa nih ada identiti tersendiri yang membezakan rasa kuah laksa masakannya.

Ini kisah waktu aku kecik lagi. Sewaktu di Taiping lingkungan umur aku sejak lahir hingga UPSR, ada sorang pak cik naik moto jual laksa. Laksa dia sedap. Pak cik ni akan masuk ke kampung naik moto sambil picik hon. Harga waktu tu lima kupang tak silap aku. Dia letak dalam plastik. Lepastu kami ikat plastik tu bahagian atas dan tebuk bahagian bucu. Lepas tu makan la. Sapa yang pernah buat mesti tahu punya. Makan pulak bukan nak kat tempat biasa biasa. Paling kuat pun atas pokok rambutan depan rumah, pokok jambu atau dalam sungai. Kenapa mesti atas pokok? Sukar nak menjawabnya. Nikmatnya hanya si pelaku yang merasai.
Yang atas tu diikat lepas tu tebuk bucu. Biasanya sedut kuah dulu bagi sikit pastu baru makan isi. Kadang-kadang buang sikit kuah sebab banyak dan susah nak makan.. Budak yang lahir tahun 90-an je yang faham benda nih.  Nolstagia sangat

Itu kalau beli untuk sorang bungkus dalam plasti la. Tapi kalau mak yang suruh beli untuk makan ramai-ramai, kami bawak besen kecik je. Cakap kat pakcik tu nak berapa ringgit berapa ringgit. Pak tu tahu la banyak mana nak letak. Jimat plastik. Lestari la katakan. Tapi sekarang dah tak jumpa dah pak cik naik moto jual laksa kat sana setakat aku balik kampung sekarang nih. Entah pak cik tu ada lagi ke takda aku tak tahu. Kalau pak cik tu ada lagi dan masih menjual, teringin la jugak aku nak beli laksa dia sambil ambil gambar. Boleh tunjuk kat anak cucu aku nanti. Hahaha.

Satu hari nanti aku akan belajar juga buat laksa. Bukan payah sangat aku tengok akak aku buat. Biasa-biasa je. Hahaha. Sembang kencang pulak tetiba.

Itu la serba sedikit coretan kisah laksa aku yang masih diingatan. Nnati kalau tetiba aku teringat lagi, aku akan kemaskini entri ni. Lagipun catatan aku ni hanyalah rujukan aku kelak di masa tua. Bila dah nyanyuk nanti apa pun tak ingat dah. Sekurangnya aku ada catatan untuk di baca ketika masa senggang. Orang lain taknak baca aku tak kisah pun. Terpulang. Takda paksaan. Tapi untuk my future wife, wajib kena baca. Mesti kena pandai buat laksa. Kalau tak aku pergi makan laksa kat gerai janda kampun sebelah. Hahaha..Ok Bai.




AKU DAN NASI LEMAK TENGAH MALAM

                                                                       
Hari ni buat pertama kalinya sepanjang semester baru nih aku pergi library room 24H. Biasanya aku lepak dengan agak lama kadang-kadang aku masuk sewaktu bulan sedang bersinar dan keluar saat matahari sudah menerangi alam. Tapi untuk malam ni aku balik awal. Ya, sangat awal. Aku datang pukul 10 malam dan balik pukul 12 malam. Antara sebab lain nya dipengaruhi oleh kawan aku yang dah nak balik. Tambahan pula keesokkannya aku ada kelas pagi pukul 8.

Dalam perjalanan nak balik ke desa yang jaraknya sekitar 2 kilometer, aku sempat menyinggah di vending machine dan tekan air gedegang. Untuk malam ni aku teringin nak minum air tin 100 plus setelah sekian lama tak minum. Dapat juga membekalkan aku tenaga untuk menempuh perjalanan yang tak berapa jauh di tengah malam ni keseorangan berjalan kaki.

Apabila tiba di desa Aman, aku berhenti membeli apam balik mini dan sebungkus nasi lemak pada seorang pak cik yang meniaga menggunakan lori kecik. Apam balik aku habiskan semasa dalam perjalanan dan nasi lemak aku simpan untuk makan di dalam bilik. Aku memang suka makan dalam bilik sambil tengok  you tube. Layan apa-apa video yang menarik. Biasanya video yang kelakar la macam Just for Laugh, Fail Compillation dan macam-macam lagi. Paling koman pun aku layan lagu.

Bukan apa, sambil makan tu aku dapat jimatkan masa aku yang digabungkan untuk makan dan layan you tube.

Sambil makan tuh, fikiran aku menerawang jauh kembali ke asrama sewaktu zaman persekolahan. Di waktu yang sama sebegini juga aku menjamah nasi lemak bungkus tengah malam yang bungkusnya pun sama.


Alkisahnya budak asrama mesti faham kelaparan dan kebuluran yang dialami oleh budak-budak asrama di waktu malam. Makan malam pada jam enam petang dan supper pada jam 10.30 malam. Supper pun cuma makan biskut kering dua tiga keping sorang atau roti ban sebungkus sorang.

Lepas pada tu dah takda makan. Sebab tu diwujudkan kelab usahawan (tingkatan 4) yang membuat jualan seperti kerepek, gula-gula dan nasi lemak di asrama. Nasi lemak ni memang ada pada waktu malam sahaja dan mula dijual selepas solat isyak dan baca Al -Quran iaitu kira-kira jam 10.45 malam.

Harga cuma RM1 sebungkus. Padanlah untuk nasi lemak dengan ikan bilis dan telur rebus kerat berapa apa aku tak tahu. Sambal bilis adalah secoleh. Nasi lemak ni dibekalkan oleh ustaz yang merangkap warden asrama juga. Bagus juga kan, kurang la sikit budak makan maggi.

Sambutan memang tidak mengecewakan. Sapa lambat memang tak dapat. Maka terpaksa membodek dan mengecek kawan-kawan yang lain. Aku biasanya beli dua bungkus. Ye la, esok tu nak puasa kan. Kira bersahur la ni. Hahaha. Rasanya sebab ni la kot aku agak 'comel' waktu di asrama. Makan , makan, makan dan makan. Tak makan lapar pulak. Kadang-kadang makan juga sebab kawan makan. Eh,! ada juga macam ni? Alaa... asrama kan. Macam-macam ada. Jangan nak heran sangat aih.

Makan tu pulak bukan sebarangan tempat. Kena tengok tempat yang 'aman'. Kalau takkk........kena paw la jawabnya. Datang sorang kawan duduk dekat. ''Aku takda beli la tadi. Dah habis. Mintak sikit.'' Terpaksala relakan juga. Tak bagi kesian sebab kawan. Dah bagi pulak 'sikit' dia tu lain macam. Redhaa je laa....

Sebab tu bila makan, aku akan makan dekat tempat yang ramai orang tengah makan. Risiko nak kena paw tu kurang sikit. Pilihan banyak. Biasanya ramai yang beli dan terus makan di atas tebing kolam ikan depan blok Delima 4 tu. Ye la kan, depan tu macam romantik sikit suasananya. Tambah pulak time kolam tu ada ikan tilapia berkejar-kejaran dalam kolam. Rasa macam nak buat lauk je makan dengan nasi lemak. Aku memang gemar lepak situ. Makan sambil-sambil tengok gelagat orang.

Kalau nasi tak habis jual pulak, deme ni akan lelong. Deme jerit dari bawah satu blok boleh dengar. Kalau tak laku lagi deme aku pergi lelong dari bilik ke bilik. Harga dah diskaun. Paling rendah pun 50 sen la sebungkus. Takkan tengok saja kan. Berebut orang beli mana yang belum tido lagi tu termasuklah aku. Tapi bila kenyang sangat aku buat tak tahu la. Ini juga menyumbang kepada ke'comel'an aku ketika itu. Hahaha.

Hampir terlupa, sosej juga dijual. Sebagai lauk tambahan untuk nasi lemak. Dan juga sebagai penyumbang lemak di badan. Nasi lemak dua bungkus dan sosej satu sebagai bekal untuk bersahur. Budak asrama ni rajin puasa sunat isnin dan khamis kalau kome nak tahu.

Situasi ni hanya ada di asrama. Lebih tepat lagi asrama sekolah. Asrama Uni ni jangan harap la nak ada macam tuh.  Mana yang sempat merasa suasana macam ni, simpanlah sebagai kenangan. Tak semanis madu tapi indah untuk dikenang.

Sekian dan salam rindu buat Seri Delima 4.
                                                                 

AKU PEDULI AKU MENULIS

Assalamualaikum
(Jawab salam dulu. Abaikan tajuk yang entah apa-apa tuh)
The geng of F6 Hostel.. hahaha..


Sedang berborak-borak di ruangan group chat di facebook, tiba-tiba terlintas di hati aku satu persoalan. Budak asrama ni cuti ker? Selalu je aku tengok Harith online. Dia jarang reply sebab sibuk study dan dia online facebook pun sekadar online je. Hari ni aku tergerak tanya dia soalan. Asrama cuti lagi ker? Dan jawab dia, ''dah keluar asrama''. Aku agak terkejut sebab dia tak pernah cerita pun kat aku nak keluar asrama.

Aku malas nak tanya lanjut sebab taknak ganggu dia study. Kalau tak nak je aku call dia, tapi kredit aku pun dah out sekarang nih. So aku tangguhkan dulu hasrat tuh. Katanya tekanan bila tinggal di asrama. Betul jugak apa yang dia cakap. Aku faham sebab aku juga pernah ada pengalaman dengan rakan yang tak tahan tinggal di asrama akibat tidak dapat menyerap tekanan persekitaran asrama.

Okay, sekarang biar aku cerita sikit pasal kawan aku ni. Namanya Haikal (bukan nama sebenar tapi ini kisah benar). Kawan aku ni daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima tak pernah tinggal di asrama. Dia sekolah di sekolah harian biasa yang tak ada asrama. Bila pindah ke sekolah aku sewaktu tingkatan enam dia memilih untuk menetap di asrama. Ini kiranya new life bagi dia la tapi tak bagi aku yang dah enam tahun tinggal kat asrama.

Sewaktu tingkatan enam rendah aku dilantik menjadi Ketua Umum (KU) asrama blok  putera merangkumi keseluruhan blok  termasuk asputeri. Kawan aku ni dilantik menjadi Biro biasa yang tanggungjawabnya ringan sedikit berbanding KU. Dia masih boleh terima sebagai permulaan untuk membiasakan diri dengan suasana asrama dan jawatan yang dipikulnya. Walaupun beban-beban tekanan tu dah mula nampak. Kebiasaanya jawatan KU ni akan bersambung terus sehingga aku tingkatan enam atas. Tetapi disebabkan berlaku satu kes yang tidak diduga (rasanya dah pernah cerita sebelum ni) menyebabkan ketua warden asrama dan pihak pentadbiran asrama hilang kepercayaan terhadap aku.

Kes ni benar-benar meragut terus kepercayaan Ketua Warden terhadap aku. Aku juga kecewa dengan diri aku walaupun ianya bukanlah kes yang berpunca dari aku. Aku cuma berada pada situasi dan waktu tersebut sahaja. Disebabkan jawatan yang aku sandang, maka aku turut bertanggungjawab terhadap kes tersebut.

Apabila masuk ke tingkatan enam atas aku telah diturunkan jawatan kepada Penolong Ketua Umum (PKU). Walaupun masih dianggap jawatan yang tertinggi tetapi penurunan jawatan ini menjadi tanda tanya kepada warga penghuni Seri Delima semua terutamanya Aspura. Aku hanya mampu menjawab ianya kehendak pentadbiran asrama dan langkah pembaharuan. Padahal aku tahu punca sebenarnya.

Kawan aku ni telah dinaikkan sebagai KU yang baru. Aku dijadikan sebagai PKU supaya dapat membantu KU menjalankan tanggungjawab dia dengan baik berbekalkan pengalaman selama enam tahun aku di asrama. Terpancar kegusaran dan kegundahan di wajahnya apabila dilantik menjadi KU. Berkali-kali dia meminta agar aku membantu dia dalam menjalankan amanat yang dipikul. Aku dengan senang hati sudi membantu memandangkan aku mengenali dan memahami peribadi dia. Dan dia adalah kawan aku.

Hari berganti hari kehidupannya di asrama mula berubah. Wajah yang selalu tersenyum kini semakin mencuka. Masalah demi masalah yang timbul memberikan tekanan sedikit demi sedikit kepadanya. Emosinya seringkali terganggu. Sebagai sahabat dan pembantunya dalam pentadbiran yang sama, aku sentiasa memberikan sokongan yang sewajarnya.
No komen...Muka cuak. 

Lama kelamaan mungkin disebabkan tekanan di hadapi gagal ditangani dia telah bertindak berjumpa dengan ketua warden memohon untuk meletak jawatan. Permohonannya ditolak. Tanpa diduga dia bertindak mengisi borang keluar asrama dan terus menghantar ke pejabat asrama. Tindakan yang mengejutkan kami semua sebagai sahabatnya. Kami masih cuba memujuk tetapi gagal. Keputusan telah dibuat oleh tuan empunya badan. Tiada apa yang dapat merubah. Akhirnya dia keluar asrama secara rasminya. Dan aku sebagai PKU secara langsung menjadi pemangku menggantikan kekosongan yang ditinggalkan olehnya. Seronok?? Tentu sekali tidak.

Bukan isu merajuk atau berkecil hati. Tetapi aku bimbang disalah erti oleh warga asrama yang lain bahawa aku meraikan perletakan jawatan beliau kerana memperolehi semula jawatan aku sebelumnya. Tidak sama sekali. Aku kecewa sebenarnya atas perletakan jawatan tersebut. Aku duga dia mampu bertahan dengan tekanan yang diterima. Tetapi ternyata aku salah. Keputusan telah dibuat dan kami perlu menghormatinya.

Segalanya baik-baik saja dengan kehidupannya sebagai pelajar luar iaitu pelajar yang tidak lagi menginap di asrama. Hinggalah pada satu hari dia meluahkan rasa sesalnya kepada kami kerana telah bertindak keluar dari asrama. Katanya kehidupan sebagai pelajar luar lebih mencabar. Perlu bangun awal untuk ke sekolah dengan menunggang motosikal. Balik pula tak tentu masa. Adakalanya terpaksa berada lebih lama di sekolah disebabkan  kelas ganti. Petang baru pulang ke rumah. Makan dan minum perlu diuruskan sendiri temasuklah  waktu untuk solat dan mandi. Bayangkan daripada pukul 7 pagi di sekolah sehingga 5 petang tanpa mandi pastinya merimaskan.

Itu yang dia terpaksa hadapi. Perasaan untuk kembali ke asrama membuak kembali tetapi terpaksa dipendamkan sahaja disebabkan perasaan malu terhadap ketua warden asrama. Malu kerana ketua warden penah menasihatkan supaya dia memikirkan keputusannya untuk keluar asrama.

Sering diceritakan kepada kami betapa rindunya dia akan suasana asrama. Betapa seronoknya menjadi pelajar asrama. Mengenangkan kembali saat-saat di asrama membuatkan beliau terasa  sayu. Menyesali keputusan yang pernah di lakukannya dahulu. Semua itu disimpan sebagai kenangan. Ianya telah berlalu.
Aktiviti semasa prep...Hahaha...
Alhamdulillah,, Semuanya telah berjaya ke universiti dan di tahun akhir pengajian..
Dari kiri: Jeft (Unimas), Ewan (UPSI), Farid (Uitm), Amri (UMP), Aku (USM). 

Tetapi itu bukanlah alasan untuk tidak berjaya. Alhamdulillah keputusan STPM kami semua memberansangkan dan melayakkan kami untuk menempatkan diri di IPTA sebagai seorang mahasiswa pra-siswazah. Sekarang masing-masing sedang berjuang di tahun akhir untuk menamatkan pengajian masing-masing seterusnya memiliki segulung ijazah...Asrama hanyalah medan mendisiplinkan diri menuntut ilmu. Tunjangnya adalah diri sendiri. Jika ada keinginan dan usaha, segalanya pasti berhasil. Kejayaan pasti di capai. Persaingan di asrama menjadi cabaran kepada diri untuk melakukan yang terbaik apabila melihatr rakan menjadi terbaik.

Kisah sahabat aku ni hanyalah penceritaan sampingan berkait dengan tujuan penulisan entri ini. Berdasarkan pemerhatian aku, ada keburukkan atau kekurangan juga apabila tinggal di luar. Antaranya yang paling utama sekali adalah aspek keselamatan. Pernah kawan aku lepas balik dari perlawanan hoki kemalangan motosikal. Nasib baiklah kecederaan ringan sahaja tiada patah patah. Dua-dua yang kemalangan tu adalah bekas pelajar asrama. Seorang kawan aku ni pula kemalangan hingga mengakibatkan kecederaan yang agak parah sehingga STPM nya terpaksa ditangguhkan ke tahun berikutnya. Adiknya juga pernah terlibat dalam kemalangan.

 Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain yang mengalami kemalangan ringan. Semua mereka ini adalah bekas pelajar asrama. Mungkin juga hanya kebetulan dan sudah ditakdirkan untuk mereka begitu. Tetapi yang hendak dinyatakan disini ialah keselamatan semasa ulang alik ke sekolah lebih terjamin apabila di asrama. Terutamanya untuk mereka yang bakal menghadapi peperiksaan Awam. Aku sendiri cukup risau apabila adik aku menaiki motosikal ke sekolah. Selagi belum sampai ke rumah aku memang tak senang duduk.

Nasihat aku buat yang berulang ke sekolah, berhati-hati lah dan sentiasa beringat. Fikirkan baik buruk sesuatu tindakan. Biar lambat tak apa, asalkan sampai ke destinasi dengan selamat. Kehidupan lebih bebas di luar tetapi jaminan keselamatan semakin kurang berbanding dengan pelajar asrama.

Pengalaman itu sesuatu yang kita lalui, hadapi dan rasai. Kenangan itu adalah masa lalu baik pahit mahupun manis. Kenangan bersandar pada pengalaman adalah nolstagia terindah dalam hidup untuk dikenang.


**Pengalaman semasa menduduki peperiksaan di asrama sangat menyeronokkan. Tinggal di asrama dalam kumpulan yang kecil sekitar lima hingga 20 orang merupakan satu pengalaman yang menarik. Hantu?? Alway be there. See or not that depend to you. Entri seterusnya aku akan ceritakan tentang pengalaman ini. Mungkin pernah diceritakan sebelum ini tetapi kali ini lebih detail dan juga beberapa perkar yang belum pernah diceritakan.

Akhir kata, Wish You All The Best. This is the war. But not the final war.

Aku di HACK!!!

HAHAHA...

For the first time status facebook aku di hack. Terima kasih abam Ijak. Sebenarnya aku ada je sebelah dia waktu dia menaip naip sesuatu di fon aku. Bila ambik fon dan tengok apa dia tulis buat aku terkedu sekejap. Jiwang jugak abam nih rupanya. Macam mana la dia boleh terfikir ayat tuh. Ni mesti banyak membaca nih. Hahaha.  Tak percaya? tengok kat bawah tuh...


Betul kan aku cakap? Jiwang jugak abam nih. Hahaha. Mulanya aku nak terus padam je. Pastu tetiba terlintas pulak di kepala otak aku nih satu benda. Apa kata aku biarkan dan tengok apa reaksi dan maklumbalas rakan-rakan FB aku terutamanya mereka yang mengenali aku di alam nyata. Agak-agak deme percaya tak yang status ni aku yang tulis.

Dan hasilnya seperti di duga, hanya beberapa orang saja yang menyedari status ni bukanlah aku yang tulis. Macam mana tahu? Sebab aku tak pernah pun tulis macam ni kat FB official tu. Lagipun kalau nak luahkan apa-apa aku akan gunakan bahasa yang berkias yang aku jelmakan dalam bentuk puisi ataupun sajak. Biasanya aku analogikan dengan sesuatu.

Ni antara orang yang perasan aku di hack.


Mulanya aku sekadar menjadi pemerhati bebas. Melihat dan membaca komen-komen di status tersebut. Mengejutkan juga apabila status ni berjaya menarik ramai orang yang aku kenal untuk meninggalkan komen. Dan paling mengejutkan apabila sahabat yang telah lama aku cuba bertegur tetapi tiada sebarang maklum  balas sehingga kini akhirnya turut meninggalkan komen. Terharu sekejap sebab dia sudi singgah di status aku. Aku tahu sebelum nih dia perasan tapi buat buat tak tahu. Tapi dia tak dapat beza status tu sapa yang tulis. Sebab dia kenal aku sebagai orang yang minat sastera dan ayat-ayat macam tu dia biasa nampak aku tulis. So, tak heran la dia tak dapat bezakan.

Cikgu-cikgu aku pun rajin je menyinggah komen. Rasa macam dalam kelas pulak tetiba. Rindu pulak kat cikgu-cikgu nih. Huhuhu.. Dan........ada yang perasan something dan aku tahu memang cikgu ni dah tahu pun. Tapi saja buat senyap je..Dari lenggok bahasa dia pun aku dah tau maksudnya. Dan aku hanya mampu krik krik je la.

Cikgu Azlina..hehehe...mendalam je ayat dia. Cikgu sastera la katakan

Ni pegawai latih aku..hehehe.. Rajin pulak dia menyinggah komen. Dia makin fit sekarang nih. Seram pulak aku.
Yang dua orang ni lagi sakan berborak. Aku perati jerrr... Aku cuma mampu krik krik dan nio komen jer. Tak tau nak cakap apa. Hahaha..Tengok la kat prinskrin tu apa yang diborakkan mereka.

Krik Krik....
Erwan yang jarang komen pun tetiba rajin komen. Panjang pulak tu dia tulis. Gigih sungguh. Aku prinskrin jugak la komen dia tanda penghargaan atas kegigihan dia 'mengomen'. Pak Teh tu memang nama panggilan aku di kalangan rakan-rakan. Erwan memang suka panggil Pak Teh. Aku tak pasti Ayu si buah hati dia ada komen ke tidak. Biasanya laju je dia komen. Aku target deme dua ni dulu bernasi minyak nanti. Moga-moga la kan. Tak dapat jadi pengapit pun takpa, dok makan sebelah pengantin pun kira bereh la nanti. Boleh aku melantak ayam golek dia. Hahaha..

Gigih sungguh. Gigih lagi aku yang prinskrin nih. Hahaha
Paling rajin si Masturina dok 'mengomen' sakan dia. Ye la kan, biasanya aku dok bahan dia pasal nasi minyak bagai nih. Sekali dapat point tang aku pulak, memang dia manfaatkan betol. Tapi aku lupa nak prinskrin komen dia..Huhuhu.. Masturina ni sebenarnya belangkas si Soleha nih. Tak heran la kalau dia ada memanjang. Hahaha


Ni ha adik aku, biasa kena bahan dengan aku. Nak balas dendam la tuu.. Hahaha..
Tahu sebenarnya ramai yang perasan status tu bukan dari aku tapi saja nak kacau. Hahaha.. Mana la aku ni nak kapel-kapel kan. Time sekolah dulu baik jerrrr. Takda pun kapel-kapel. Eh, kejap! Yang kena panggil pergi bilik kaunseling tu kes apa ya?! . Oppss! lupakan. Tutup buku! Jom kita borak pasal lain pulak. Hahaha.

Tu je rasanya aku nak cakap kot. Hahaha. Entah apa-apa la entri ni kan.  Saja je nak update blog bagi ada entri baru. Yang terperuk kat draft tu biarkan. Belum seru lagi nak update yang tu. Motif entri ni saja nak cerita the truth behind the status. Caikk.. Speaking la pulak. Kot la ada yang take serious ker nanti tak pasal-pasal dia ingat aku mat jiwang. Perindu Sepi tu lain la. Dia memang dilahirkan untuk berjiwang dalam dunia dia yang tersendiri. Dah jangan kacau dia. Hahaha.

Amiin. Moga-moga doa itu menjadi kenyataan. Hehehe.

P/S: Aku sedang berusaha sedikit demi sedikit untuk menulis menggunakan bahasa dan tatabahasa yang betul. Mana-mana slang atau loghat kedaerahan atau bahasa pasar yang aku gunakan akan aku italic kan atau letakkan tanda ('' '').












KENAPA PERLU MASUK PALAPES?..INI JAWABNYA

Assalamualaikum...


Entri ni aku buat sempena kemasukan baru pelajar-pelajar junior ke universiti. Apa yang aku nak ceritakan disini bukanlah berkenaan dengan pengalaman aku masuk universiti or sebagainya. Tapi aku nak bagi sedikit pencerahan, penjelasan berkenaan PALAPES kepada adik-adik junior nih.

Bukan apa, biasanya awal-awal ni ramai yang mendaftar untuk menyertai PALAPES, tetapi diakhirnya hanya beberapa kerat saja yang tinggal. Antara sebabnya adalah pemahaman yang salah tentang PALAPES, pengaruh rakan dan juga khabar angin daripada senior-senior. Kalau halangan daripada keluarga dan masalah kesihatan tu lain cerita lah.

Aku bekas kadet PALAPES USM, dan Alhamdulillah masih hidup sehingga ke hari ini dan telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam kor Wataniah. Bukan nak bangga aku cerita nih, cuma sebagai pendedahan dan penjelasan kepada Junior-junior yang telah mendaftar PALAPES sebagai unit beruniform mereka di Universiti.

DITAULIAHKAN! itulah tujuan utama menyertai PALAPES. Kita akan dituliahkan oleh YDP Agung. Satu kelebihan yang tidak ada pada badan beruniform kokurikulum yang lain. Dan, sebelum terlupa, aku PALAPES DARAT, so yang berkaitan dengan PALAPES LAUT & PALAPES UDARA aku kurang tahu.

Belum apa-apa lagi dah cerita pasal tauliah pulak kan. hahaha. Okay, aku akan cerita serba sedikit kelebihan dan kekurangan masuk palapes walaupun aku dah pernah tulis entri pasal kelebihan masuk PALAPES sebelum nih. Dan entri ni juga berpandukan kepada carian di internet yang mana aku tengok ramai yang cari tentang PALAPES. Jadi aku tergerak untuk me 'renew' kembali artikel lama aku ni. Hahaha.

Untuk INTAKE 37 ni korang yang masuk tu patut rasa beruntung sebab unit untuk PALAPES telah dinaikkan daripada 6 unit kepada 10 unit. Untung sesangat. Dah tak susah-susah fikir nak tambah unit kod U  nanti. Itu dah satu kelebihan intake baru ke 37 nih.

Tanya diri dulu kenapa nak masuk PALAPES? ikut kawan? Cabar diri? Minat? Nak elaun? Nak desa untuk 3 tahun? Nak cari kawan? Nak ada family kat USM? Saja-saja? .. Tak kisah la apa alasan ko nak masuk PALAPES, semua nih adalah kelebihan yang ko akan dapat masuk PALAPES.

PALAPES ni akan jadi keluarga besar ko nanti kat USM or mana-mana universiti la kalau ko yang baca ni bukan student USM. Cuba bayangkan, hampir semua perkara yang kita buat dirumah dengan keluarga kita, dibuat dalam PALAPES. Ada ke ko nak makan 5 kali sehari dnegan coursemate ko? 24 jam sehari, 7 hari seminggu dengan coursemate? Takda kan. Tapi dalam PALAPES ada.

Kalau ko anak orang kaya, biasa hidup senang, ni la masanya ko nak cabar diri ko untuk rasa macam mana hidup hanya untuk hidup. Kalau ko orang bandar yang ayik tengok hutan batu dengan hirup asap ekzos saja, ni la masanya ko nak rasa hidup dengan alam sekitar. Nikmati suasana hutan. Udara segar di hutan.  Betul aku cakap. Pengalaman aku, tak mandi 5 hari dihutan, tido, mandi, sembahyang, makan, lari dan semuanya dengan baju yang sama. Yang mana bila keluar je dari hutan nanti, ko akan rasa dan tahu betapa nikmatnya dan bersyukurnya dengan hanya memulas kepala pili kita dapat air yang bersih dan mandi sepuasnya.

Pengalaman perlu dicari. Bukan dibeli. Sebab memang takda jual pun. Pernah pegang senjata M-16? kalau pernah mungkin ko PKBM, kadet polis atau pernah pergi PLKN sebelum. Okay la kan dapat merasa juga. Kalau yang belum pernah, ko join la PALAPES. Yang dah join, ko kekal la. Sebab nanti ko akan merasa pegang M16, menembak, berkawan, tido dengan M16,  berkasih sayang dengan M16 dan macam-macam lagi. Ko akan belajar pasal senjata, perang, taktik, yang mana semua nih pengetahuan yang ko tak dapat dalam dewan kuliah.

Ko jangan ingat PALAPES ni macam rekrut askar. Dalam PALAPES ni ko cuma  PEGAWAI KADET. ehh,,cuma pulak. Ko adalah PEGAWAI KADET. Dan ko akan dilatih untuk menjadi pegawai. Untunglah la kan, nanti dah konvo ko dapat ijazah lepastu dapat pulak title pegawai dalam askar sukarela a.k.a wataniah.

Berkenaan latihan jangan risau la. Biasa-biasa je. Boleh la test ko punya mental dan fizikal. Ko akan kena marah-marah dan maki-maki, tapi cuba ko fikir, kalau 3 tahun ko kena macam tuh dan ko boleh tahan, nanti dah kerja bila kena marah dengan bos , ko boleh buat rileks. Buat kering ja.. Ko dah lali. Tu kelebihan ko. Silap-silap majikan ko yang give up dengan ko sebab makian dia tak berkesan. Hahaha..

Kepada kadet laki, aku bagi tips paling mudah la nak survive dalam PALAPES ni. Ko tengok skuad ko yang Ladies, kalau dia boleh buat, dia boleh tahan, takkan la ko yang sado gagah perkasa ni tak boleh kan. Malu beb. Ko ambik semangat ladies tuh. Ambik semangat jer. Jangan ko ambik hati dia pulak. Kang asyik berkepit je ko berdua..hahaha

Laki kan, kena la jaga ego sikit. Hahaha. Betol aku cakap, aku ni pun kadang-kadang penat jugak. Tapi bila ladies boleh buat, uishh takkan tengok saja kan. Saling ''back up'' la.

Kat USM ni nanti waktu minggu orientasi PALAPES korang akan kena pakai kalau lelaki baju kemeja putih, tali leher, seluar slack hitam dan kasut kulit hitam  (P.O). Sebijik macam budak sekolah.Aku tahu korang malu. Macam budak 'noob' la apa la. Dan nanti pasti ada budak first year yang akan pandang pelik kat korang. Sama la pensyarah pun. Korang beruntung sebab bila pakai sama nampak macam korang ni satu family. Nanti jumpa kat mana-mana dalam universiti senior,inter or Y.O akan tegur or senyum kat korang. Sebab apa? sebab korang adalah family. Family PALAPES.

Aku sedar benda ni bila aku dah naik intermediate. Tahun kedua la. Waktu aku junior, bukan satu sem, tapi satu sidang aku pakai macam tuh. Sampai bila senior aku dah rindu pulak nak pakai baju macam tuh. Ye la kan, mengingatkan nolstagia zaman persekolahan.

Artikel ni pun rasanya dah agak basi. Drafnya dah lama aku buat. Sebelum junior masuk lagi. Tapi banyak kali tertangguh disebabkan oleh beberapa kekangan yang sengaja aku cipta. Hahaha. Tapi belum terlambat juga rasanya. Kepada yang dah join dan dah follow latihan hampir sebulan dah aku nih, teruskan lah.

Apa kekurangan dan ketidakpuasan hati tu ko buat tak tahu je. Ada masanya tiga tahun terasa sangat lama. Ada masanya  tiga tahun seperti 3 hari. Pantas berlalu.

Berkenaan Annual Camp korang boleh la baca di entri aku yang terdahulu. Ada la sikit coretan sebagai kenang kenangan aku yang mungkin boleh memberikan sedikit gambaran kepada korang yang baru join. Mungkin juga boleh dijadikan sebagai pencetus semangat untuk terus bertahan di dalam PALAPES.

Hitam? Penat? hahaha.. Bagi aku semua ni tak menjadi masalah. Kalau disebabkan kulit hitam kekasih akan lari tinggalkan kita, lebih baik tinggalkan dia dulu. Tapi kalau dia kekal, maka teruskan bersama. Tapi kalau yang perempuan janganlah nak gelap sangat. Gelap sikit sikit ja jadi la. Hahaha...


Ketika Kawad Konvo @ kawad kehormat sempena Konvokesyen USM.
Hah,, ini satu lagi yang aku hampir-hampir terlupa nak cerita. Bila tengok gambar baru teringat. Okay, ni satu lagi kelebihan PALAPES bila majlis konvokesyen, PALAPES akan diberikan penghormatan untuk melakukan kawad kehormat sempena perasmian pembukaan konvokesyen. Dan yang akan menyertai kawad ini adalah kadet-kadet Palapes. Woww.. Bertuahnya rasa. Askar yang dah lama berkhidmat pun belum tentu dapat peluang nih. Kawad kehormat ni biasanya untuk Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Piang dan Raja Perlis. Untung la dapat buat kawad kehormat untuk raja. Hari tu pernah sultan Brunei datang, malangnya tidak ada kawad kehormat untuk Sultan Brunei. Sedikit kecewa aku. Huhuhu.. Kawad Konvo ni bagi sapa yang join sangat bagus untuk merasai pengalaman pakai pakaian istiadat. Ye la kan, nak tauliah lambat lagi, so dapat pakai ni pun dah rasa bangga. Macam mana la Tauliah nanti kan ? hehehe

Menjadi kadet pembantu sempena Majlis Makan Malam Regimental (MMR).

Makan-makan sewaktu majlis penutupan orientasi Junior Batch 36

CIW sewaktu junior

Family KALA RIMBA 34

Latihan dalam USM

Budak USM mesti tahu kan ni kat mana? hahaha.. Kalau tak masuk Palapes ada ker kome nak buat benda camni? hahaha

Baca Peta. Sekurangnya dapat la refresh balik ilmu-ilmu geografi waktu sekolah dulu. Terutamanya bab koordinat. hahaha

Sapa kata askar semua comot?? ni hah, ada je yang cun. Hahaha..
(Sori patinnnn, promote sikitttt) HAHAHA

Wat lek je dia

Alhamdulillah,,,Hasil penat lelah selama 3 tahun termasuk tempoh memacat. kikiki
(oit oit, bukan budak-budak tu hasilnya. jangan nak pikir lain pulak. Yang atas bahu tu hasilnya.kikik)



Ini budak course aku iaitu Sastera dengan Pendidikan. 


Bahasa aku agak berterabur. Harapnya maksud yang hendak aku sampaikan dapat dihadam oleh mereka yang berkenaan.

Apanila hendak berhenti, fikirkan kenapa kita bermula?

Setakat hari ni aku masih belum melapor di PALAPES USM lagi. Bukan aku taknak lapor, tetapi disebabkan beberapa perkara yang mendatang tanpa diduga, hasrat itu tidak kesampaian. Tapi semangat untuk melapor masih ada dengan suntikan semangat daripada beberapa individu yang mengharapakan dan menggalakkan aku untuk lapor. Akan aku pertimbangkan.

Kalau ada sebarang persoalan, tanya je kat ruangan komen nih. Ada teguran atau penambahan pun boleh juga ditinggalkan diruangan komen. Kalau perlukan nasihat atau pandangan personal boleh Inbox di facebook di ruangan hubungi.

Ini hanyalah pandangan aku berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa. Aku mungkin akan melakukan penambahbaikkan dari semasa ke semasa terhadap artikel ni...

SELAMAT MENJALANI LATIHAN..........HAHAHA (gelak jahat sambil makan kuaci tengah layan facebook dalam bilik bila mana di bawah keriuhan melanda. Baris! Baris ! Baris !!..



RINDU......






RINDU

Umpama angin lalu
Membawa khabar hati
Hadirnya tanpa jasad
Namun masih terasa
Kadang bertiup kencang
Mengocak rasa jiwa

Rindu
Tiba saat ketika
Mati sendiri
Tanpa khabar
Tanpa nisan

Dan rindu pun berlalu
Dalam rindu ku panjatkan doa buat dia
Semoga kedukaan ini tidak berpayung kepadanya

Nukilan hati : Perindu Sepi & Kencana Merana
Open Cbox