Rumahku Dimasuki Pencuri

Assalamualaikum..
Sedang syok aku dok tengok tv kat rumah tamu rumah, adik bongsu aku datang. Katanya kenapa tingkap dalam bilik kak aku tak boleh bukak? Katanya lagi besi tingkap bengkok. Hurm, aku pun apa lagi, terus bangun la. Sebab aku syak dan yakin dengan apa yang aku fikirkan.

Tengok-tengok memang betul besi tingkap bengkok. Tengok dalam laci almari kak aku, duit syiling dia takda! sah-sah la rumah aku dah kena ceroboh. Bilik tu takda orang tidur, so mudahla jadi sasaran. Sebenarnya dah lama orang dok perhati rumah aku ni. Malam semalam dapat jugak dia masuk. Tapi takpa la, tak banyak mana pun dia kebas. Cuma kalau dapat kat aku, memang aku hentam cukup-cukup.

Aku selalu tidur lewat, dan semalam lebih kurang pukul 6 aku tidur. Mungkin sebab aku pasang radio, tu sebab aku tak dengar bunyi orang cabut tingkap dan jek naik besi tingkap. Lega la dia tak masuk bilik sebelah, kalau tak habislah koleksi duit lama dan syiling aku.huhuhu...

Lepas nih aku kena lebih berhati-hati lagi. Suspek tu sapa lagi kalau bukan geng-geng mat dadah kat kampung aku nih. Aku pun tak faham kenapa depa ni bebas je kat kampung tanpa ada apa-apa tindakan. Takda bukti??  Dah banyak dah rumah yang kena pecah masuk. Seolah-olah golongan ni mendapat tempat dalam masyarakat.Tak faham aku.. Tu sebab sekarang nih peragut, perompak dan segala bagai adik beradik dia la, orang tibai dulu baru lapor kat polis. Betul jugak tindakan tuh walau kedengaran kejam dan melanggar undang-undang.

Ada la tiga keping gambar aku ambik. Tengoklah ye...

kesan kotor kat dinding dari dalam

kesan serpihan cat pada besi tingkap yang tertanggal.
boleh pulak tercicir 20 sen.

gambar dari luar. dua tingkap dibuka dan besi di jek naik.
alatan yang digunakan pada pandangan aku ialah playar dan alat jek

Nasi berlaukkan Garam dan Berkuahkan Minyak Goreng Ikan

Assalamualaikum...

Niat dihati tu dah lama ada untuk tulis tentang kisah nih. In Shaa Allah kali ni aku akan cerita sepertimana tajuk di atas. Mesti anda dapat bayangkan macam mana kan. Tahu apa itu garam? Minyak goreng ikan?. Mesti la tahu kan.Tapi, pernahkan anda rasa makan nasi bersama garam dan minyak goreng ikan??? Rasanya mesti tak pernah kan?. Paling tidak pun tengok dalam rancangan Bersamamu di tv3.

Apa yang aku nak kongsikan ni adalah pengalaman yang pernah aku lalui dalam hidup aku suatu ketika dulu. Aku bukan hidup dalam zaman jepun ye. Waktu tu mak aku pun tak lahir lagi.huhuhu. Aku hidup dalam zaman yang serba moden, walaupun aku tak menikmati kemodenan tersebut.

Berbalik pada cerita tadi, bukan sehari dua aku makan nasi berlaukkan garam, tapi berminggu juga. Waktu tu, hanya itu pilihan yang kami ada. Demi mengisi perut, kami jamah jua. Rasanya takla teruk sangat. Sedap la jugak.hehehe

Adik beradik kami ramai. Nak beli lauk memang tak mampu. Cuma kadang-kadang je kami beli bila ada duit. Beras pun sumbangan orang. Merasa jugak la minum milo waktu tuh. Nak makan ayam? makan ayam kampung je la yang kami bela.

Bila ada kenduri kat kampung aku mesti akan pergi dan makan banyak-banyak.ye la, bila lagi kan nak dapat makan lauk yang menarik macam tuh. (mungkin faktor ni la kot badan aku agak berisi dulu.hehehe). Waktu aku budak-budak lagi. Kehidupan kami macam tu dari aku lahir hingga aku tahun 6. Maknanya samapai umur aku 12 tahun. Walaupun budak lagi waktu, tapi aku faham dengan kesusahan yang dihadapi keluarga kami. Sebab tu waktu kecik aku cari siput sedut kat sungai untuk jual, panjat pokok manggis dan banyak lagi.

Mak pula buat macam-macam kerja semata-mata nak sara kami sekeluarga. Mak tanam sayur keliling rumah, ambik upah atur asam keping dan banyak lagi. Bila nak makan ikan kami akan cari kat sungai. Kadang-kadang satu family turun sungai tangkap ikan. seronok sangat waktu tu..

Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya, aku yakin dengan pepatah nih. Alhamdulillah, jika dulu nak dapat makan pun susah, sekarang Tuhan balas dengan memberikan pekerjaan sebagai tukang masak di dewan makan asrama. Bila difikirkan balik, semua yang aku dan keluarga aku lalui dulu, sememangnya telah membentuk diri kami masa sekarang. Tak makan sehari? kami masih boleh tahan tahan sebab kami pernah lalui kesusahan suatu ketika dulu. Kesusahan tu telah membuatkan kami kuat dan tabah untuk mengharungi hari yang mendatang dan menjadikan kami lebih bersyukur.
Pengalaman hidup susah memang sukar tapi indah bila kita berjaya hadapinya. Sebab ianya menjadikan kita insan yang lebih menghargai.

Kesusahan tu jugak menjadi motivasi untuk aku dalam pelajaran. Walaupun bukanlah pelajar cemerlang, tapi aku dapat 2A dalam UPSR. Satu pencapaian terbaik bagi aku yang serba kekurangan dalam segala benda. Buku rujukan aku hanyalah kertas-kertas periksa terdahulu yang akukumpul dan sebuah buku contoh karangan dan dan nak hancur. Buku tu pun diambil daripada jiran yang hendak membakarnya. Waktu dapat keputusan UPSR, aku lah yang paling gembira. Memang aku tak dapat 5A, tapi aku gembira sebab tengok mak aku gembira.

Alhamdulillah, sekarang aku dah masuk Universiti.Sekarang aku tak pernah dah rasa makan nasi berlaukkan garam dan minyak ikan. Sememangnya pengalaman hidup mematangkan kita.

Aku sekadar berkongsi sebab pengalaman hidup manusia itu berbeza.

Kata Aku - Air Mata Lelaki

Assalamualaikum

 Idea untuk menulis entri ni timbul secara tidak sengaja. Sedang aku berbalas sms dengan seorang kawan, tiba-tiba terlintas di fikiran aku, apa pandangan seorang perempuan terhadap lelaki yang menumpahkan air matanya (menangis)??. Memandangkan kawan aku tu pun perempuan, aku pun tanya la soalan tu kat dia. Terkejut dia bila aku tanya.

Ada la beberapa deret jawapan yang dia bagi. Ada yang aku dah jangka dan ada jugak yang tak dijangka dia akan cakap. Untuk tulis entri ni, aku pun buat la sikit carian di google tentang lelaki yang menangis nih. Macam-macam pandangan yang diutarakan. Lelaki bergaduh sebab perempuan kita biasa dengar kan?  dah namanya pun lelaki, dan lelaki menangis sebab perempuan pun biasa jugak sebenarnya. Perempuan ni tak semestinya awek, teman wanita, atau kekasih yang berkaitan hubungan cinta je. Boleh jadi jugak sahabat karib perempuan yang dah kenal dari kecik lagi meninggal dunia, mestila menangis kan lelaki tu.
ni berlakon je
Lelaki juga akan menangis bila ahli keluarga atau orang terdekatnya ditimpa musibah, lebih-lebih lagi kalau ibu bapanya meninggal. Kehilangan orang tersayang mampu melenyapkan ego lelaki yang menggunung kerana lelaki juga manusia yang mengerti akan suatu kehilangan. Biasakan kita lihat di rumah dan di kubur ketika ada kematian, lelaki juga menangis dan kebiasaannya lelaki akan memakai cermin mata warna hitam.

Lelaki, kecik, besar, tua, muda semuanya ada perasaan. Waktu sedih, lelaki yang tak menangis bukanlah sebab dia ego, tetapi dia berusaha menyembunyikan kesedihan itu. Tapi, kadang kala dia tak mampu. Aku juga pernah alami perasaan seperti ini dan aku amat memahaminya. Perpisahan sesuatu yang amat menyedihkan. Sewaktu sekolah rendah ketika guru akan bertukar ke sekolah lain, aku pasti sedih dan mengalir air mata. Akibatnya, aku lari menyorok dalam tandas sekolah sampai dah ok balik. Memang aku sedih bila ada guru yang pindah. Waktu sekolah menengah pun sama juga. Ada seorang guru wanita ni baik sangat dengan aku. Takla muda sangat dan agak berusia. Dia selalu ambik berat pasal pelajar-pelajar dia. Pernah sekali dia bagi aku sehelai kain pelekat. Aku memang sayang sangat kain tu. Tapi apakan daya, kain tu hilang kat asrama. Aku tak tahu macam mana boleh hilang. Lama jugak aku cari tapi tetap tak jumpa dan aku masih berharap untuk menjumpainya. Cikgu ni kami semua panggil dia mama. Aku tingkatan enam waktu dia pindah. Dan pagi tu kat tapak perhimpunan dia pun nangis sambil bagi ucapan. Aku yang dah berlinang air mata ni terus lari masuk dalam bilik pengawas. Sedih sangat rasanya waktu tu.huhuhu

Ada juga blogger yang nyatakan sebab lelaki menagis adalah kesedihan ketika sesi bermaaf-maafan. Tak dinafikan.Maklumlah, bila terkenang kembali dosa-dosa terhadap kawan-kawan kan sambil mintak maaf tuh, sebak la jugak.
Tapi ada je yang steady je. Bagi aku yang steady nih mereka tak menghayati pengertian memohon maaf tuh sendiri. Biasanya sesi bermaafan ni ialah dengan ibu bapa dan kawan-kawan di hari raya. Selain tu, kat sekolah pun ada jugak iaitu waktu majlis mohon restu nak exam PMR, SPM, & STPM. Kalau yang pernah tinggal di asrama ketika zaman persekolahan pasti pernah merasai kan pengalaman ketika sesi bermaafan sesama penghuni asrama yang diadakan pada malam terakhir di asrama sebelum cuti panjang akhir tahun.

Aku pun pernah rasai jugak dan akan aku kongsikan disini. Pengalaman aku dulu waktu tingkatan enam dan aku sebagai ketua umum asrama waktu tuh. Malam tuh ada sesi bermafaan di buat kat surau selepas solat maghrib. Waktu salam-salam aku masih boleh kawal lagi dan buat macam takda apa-apa. Lepas tuh , aku kumpulkan budak form 1 nak tangkap gambar, almaklumlah, buat kenangan. Bila dah kumpul ramai-ramai tu aku perasan ada sesetengah yang mata merah dan berair. Waktu tengah cakap kat budak-budak tu suara aku dah lain dan.....terus aku suruh ambil gambar cepat-cepat. Aku dok barisan belakang. Ternyata aku tak kuat. Tumpah juga air mata aku malam tu. Kali pertama di asrama sepanjang 6 tahun. Budak-budak tu pun dah teresak-esak dan makin kuat plak tuh, tak tahan sangat aku keluar surau dan balik ke blok.Tenangkan diri la kononnya. Dah tak terfikir malu dah depan budak-budak waktu tu. Yang pasti aku sedih sangat waktu tu. Aku ada sebab aku menangis dan budak-budak tu pun ada sebab mereka jugak. Bak kata kawan aku, lelaki akan menangis jika sesuatu itu telampau menyentuh perasaan dia dan lelaki menangis pasti bersebab dan bukannya sebab cerita hindustan atau korea.

Malam tu adalah malam terakhir sebelum semua budak asrama balik kampung untuk cuti akhir tahun dan aku akan meneruskan perjuangan peperiksaan STPM aku. Maknanya, setelah 6 tahun tinggal di asrama aku takkan kembali lagi. Kemeriahan, keseronokkan, suka duka di asrama suka hendak digambarkan. Sebab itu aku tanpa segan silu menangis. Sambung yang tadi balik, lepas agak tenang sikit, aku turun kembali ke surau dan aku terlepas beberapa sesi bergambar. Sedih jugak bila difikirkan. Kat surau tu aku hanya duduk bersandar kat dinding dengan budak-budak tu dan sembang-sembang. Kenapa form 1? sebabnya kami geng form 6 yang dalam 6 orng je ni suka buli budak-budak nih. Jangan fikir negatif pulak, buli kami bukannya sepak terajang semua tuh, iskh3.
Malas nak cerita sini,, nanti-nanti la ye..Disebabkan itulah membuatkan kami semakin rapat. Ternyata perpisahan tu bukanlah sesuatu yang diingini. Tapi hakikatnya pasti. Mungkin, waktu tu budak-budak ni masih peringkat peralihan menuju dewasa dan sememangnya emosi dan jiwa mereka mudah terganggu. Aku studi dalam bidang perguruan dan ada subjek tentang nih, barulah aku faham sekarang.
Harith (baju kuning) ingat lagi aku pernah suruh dia nyanyi lagu negaraku depan blok waktu malam.he3.Jahatnya aku.
Tapi dia baik dan ceria orangnya. syukur dapat mengenalinya.
(*kalau perasan mata aku agak kemerahan.hahaha)

Sebenarnya, bukanlah kesedihan sahaja yang membuatkan lelaki menagis. Lelaki juga boleh menitiskan air mata apabila terlalu gembira. Contohnya ada banyak, antaranya dapat membuatkan ibu bapanya gembira dan banyak lagi contoh lain yang boleh anda bayangkan.

Banyak lagi sebab lain yang membuatkan lelaki menitiskan air matanya. Coretannya ini hanyalah cebisan yang dikaitkan dengan pengalaman aku sendiri. Kata kawan aku lagi, lelaki menangis adalah normal.


himpunan gambar-gambar mereka yang mewarna-warnikan kehidupan aku di asrama. 
##Bila dikenangkan kembali, keadaan itu tak mungkin kembali...kerana itu, aku amat menghargainya..Terima kasih semua.


Cuti Pertengahan Semester Yang Berbeza

Assalamualaikum,.
**sekadar gambar hiasan

Baru rasa nak update blog, bukan takda idea tapi takda mood. Final exam dah habis untuk semester 3. Alhamdulillah aku berjaya menjawab semua paper walau kuliah/tutor aku gagal hadiri semuanya. haha. Aku tak jangka apa-apa dari keputusan exam kali ni cuma harap dapat lebih baik dari sebelumnya. Tu aje.

Sebenarnya bukanlah aku nak cakap tentang exam, tapi tentang pengisian waktu cuti aku sebenarnya. Aku memang tak rancang apa-apa aktiviti untuk cuti kali nih. Sebab?? Aku takda mood. mudah kan. mood sememangnya mempengaruhi tingkah-laku seseorang.

Aku hanya ada masa cuti tambah tolak dalam 3 minggu je. Sepatutnya cuti midsem ni sebulan lebih. Tapi disebabkan aku seorang kadet PALAPES, cuti adalah perkara yang termasuk dalam pengorbanan aku. Aku ada latihan kem tahunan 2 minggu. Pasal palapes dan kem tu nanti je la aku cerita ye.

Berbalik pada bab cuti tadi, cuti kali ni memang berbeza. Kenapa? Sebab aku dan dua orang adik aku je yang ada kat rumah. Kak dengan abang ipar aku serta anak buah aku si Firqan tu pergi tolong mak aku kat tempat kerja kat SK RPS BANUN. Tapi tak lama la, sampai hujung bulan satu ni je sebab aku dah nak kena lapor diri dah awal bulan dua kat U.

Disebabkan kami hanya tinggal bertiga, maknanya aku lah mak, akulah ayah, akulah abang pada adik-adik aku. Belanja rumah tu ada la ditinggalkan kat aku sikit. Memang sikit betul! Maklumlah, awal tahun la katakan, banyak nak guna belanja, adik yang sekolah tuh macam-macam keperluan nak kena beli. Yang mana barang boleh guna yang tahun lepas guna je dulu, jimat. Tapi macam yuran tuh takkan nak guna yang bayar tahun lepas kot? haha.

Awal tahun 2014 memang mencabar dan menduga aku. Pelbagai cabaran mendatang.huh!. Sebenarnya sejak menjejakkan kaki ke menara gading nih tiap kali balik rumah aku dah jarang menjejakkan aki ke dapur untuk masak. Untuk makan sememangnya la. hahaha.

Menu apa aku masak agaknye yer? Maklumlah, insan bernama lelaki la katakan. Selain menggoreng, aku bolehlah jugak buat tom yam, masak rebus, tumis-tumis sayur, sup sayur, masak merah, kari dan beberapa lagi la. So, kiranya ada pelbagai la jugak menu untuk adik aku berdua ni yang sorang sekolah menengah dan sorang lagi sekolah rendah.

Masak lemak tu aku tak berapa nak yakin la. Tak berani lagi nak buat, takut membazir bahan. Nak cerita pasal masak-memasak dulu yer. Kalau masak tempoyak tu aku reti la. Aritu sebuk-sebuk kat dapur mengacau mak masak, mak ajar la sikit. Yang lain tuh tak berapa pandai lagi. Kalau masak merah boleh je.. Tadi dah mancing ikan keli dalam kolam belakang rumah, bolehlah buat buat lauk. Nak masak apa? belum fikir lagi, cuma cadang nak buat bakar je esok biar lain sikit menunya.huhu

Kadang-kadang bila malas datang bertandang, aku suruh je la adik bongsu pompuan aku tu yang masak. Pandai jugak la dia masak.huhu. Belajar sikit-sikit, lama-lama pandai la. Pagi dua-dua pergi sekolah, so aku dengan aktiviti aku la tengok tv. Aku dah kata aritu sebelum cuti yang aku akan manfaatkan cuti aku untuk tengok tv sepuasnya.hahaha..Maklumlah kat U tak sempat nak tengok tv.

Satu pengalaman yang menarik bagi aku sebenarnya. Dapat jugak menguji diri aku nak manage segala benda walaupun kekadang berterabur jugak.hahaha. Cuti pun dah nak habis, tinggal kurang daeri seminggu je lagi. Esok atau lusa cadangnya nak mengemas rumah dan bermula dari bahagian feveret aku, dapur!. haha. Eksesais la sikit kiranya tuh.

Aku pun dah tak tahu nak tulis apa dah sebab jam pun dah dekat 6 pagi. Gambar-gambar masakan dan lagi segala benda tuh aku tak ambil pun. Tengoklah esok kalau terajin. Yang pasti aku akan nikmati sepenuhnya cutinya walau hati teramat sangat merindui sesuatu yang terpaksa aku tahan dan mungkin lupakan. itu je la kot. bhai .

Menghargai Walau Tidak Dihargai


Assalamualaikum
 Jangan tanya aku kenapa tajuk entri aku begitu sebab aku tak tahu nak jawab apa.
simple entri saja untuk malam nih,
sebenarnya aku tertarik dengan poster kat atas tuh,
aku tak tak tahu sama ada aku turut tergolong sebagai orang yang duduk di atas kerusi
tapi yang aku pasti, aku adalah orang disebalik dinding
bukanlah kekasih atau buah hati yang aku kisahkan
tapi mereka adalah orang-orang yang aku sayang
keluarga, sahabat, kawan, rakan
walaupun mereka tidak tahu 
cukuplah aku tahu
kadang kala, aku sengaja tak hantar sms, tak chat di facebook
semata-mata menunggu sms dan chat dari mereka dahulu
walaupun hampa kemudiaanya
hakikat yang dah lama aku hadam
kawan pernah kata, usahlah dikisahkan mereka yang tak pernah ambil kisah tentang kita
tapi bagi aku, biarlah , mereka pasti sedar suatu hari nanti 
walaupun memakan masa yang lama
mungkin ketika kita sudah pejam mata
aku belajar satu perkara
jangan menilai seseorang jika kita tidak betul-betul mengenalinya
seorang yang aku tak suka, rimas dengan dia
pernah bagi nasihat kat aku dalam akademik
tawarkan pertolongan jika aku ada masalah,
bagi kata-kat semangat ketika aku hilang semangat
malu rasanya jika dia tahu aku pernah membencinya suatu masa dahulu 
sebelum aku mengenali siapa dia yang sebenarnya

 Kadang kala aku dianggap merimaskan bagi mereka
kerana sering bertanya tentang meraka
mungkin tiba saat mereka melupakan aku
tetapi bukan saatnya aku melupakan mereka

HARGAILAH SAHABAT ANDA WALAU ANDA TIDAK DIHARGAI KERANA ERTI PERSAHABATAN ITU KADANG KALA SUKAR UNTUK DIFAHAMI



Jalan - Jalan Makan Angin Malam

Assalamualaikum...
cuma entry yang ringkas aku nak buat.
nak cerita kat sesapa yang membaca nih, 
malam tadi aku pegi jalan-jalan, sebenarnya naik moto..huhuhu..
ni semua angkara member aku sorang nih, 
ajak aku pergi persiaran Gurney, 
katanya nak tengok permandangan malam, menarik
awalnya aku taknak
tapi entah kenapa aku pergi jugak..hahaha
kami pergi dua orang je..
ala, ambik angin sikit sebelum ngadap paper last lusa
kami pergi dalam pukul sebelas lebih la
apa yang kami buat? mana lagi kami pergi?
tengok je la gambor kat gambo kat bawah nih.

Bajet hujung sem punya melancong, masuk McD beli aiskrim je la.haha
rezeki orang belanja.


kat Gurney. aku tak tahu la apa menarik kat sini. 
night club ada la selain air laut.hahaha


Peace yo..! peace menyenget.



'kuda tunggangan' kami. Warna putih tu 'kuda' aku.huhuhu 

nyengih la pulok.

aku lah cameraman nih..hoho

bangunan mahkamah...


lampu belakang tiba-tiba tak menyala pulak dah...


hoho


nyengeh je la

bila member aku ambik gambar aku, nilah hasilnya..


tapi,,,bila aku pulak ambik gamba dia, hahaha...


gambo ni aku suka


menara jam kat bulatan di Padang Kota

yang ni dok kat sebelah menara jam tuh


menara jam kat Padang Kota


nampak tak aku dok menyenggeng tuh??

dengan selambernye aku dok kat menara tuh..


keta yang lalu tengok pelik je kat aku..hahaha

yang penting, peace yo!

jalan sunyi..tengah malam la katakan





LIRIK LAGU PALAPES USM

Lirik Lagu PALAPES USM

Rela ku berjuang, 
kepada negara,
Barisanku ini, 
Barisan perwira

Mari kita bersama, 
Menentang membela
Semangat pahlawan, 
Sematkan di dada

Darah yang mengalir,
 Menjadikan bukti
Akulah perwira, 
Perwira negara

Pasukan PALAPES, 
Unisains Malaysia
Inilah barisan,
Barisan perwira

Tips: Bagaimana mencukupkan gaji?

Gaji sering kali tak cukup? Harga barang mahal? kos hidup tinggi? hurmm...Jom baca tips-tips yang disarankan oleh Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif.

1. Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer untuk mereka dahulu. Banyak atau sedikit itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!

2. Jangan dilupa 'Tabung Haji', memotong melalui potongan gaji adalah lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna ''Nawaitu'' itu telah ada!

3. Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu sebelum anda membeli tv LED baru dan menukar sport rim baru!

4. Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata, ''Duit I! Duit I ! Duit suami! Duit I!'' Tapi redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambil kesempatan atas kebaikan isteri!.

5. Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.

6. Lihat ahli keluarga yang terdekat, siap yang perlu dibantu? anak yatim, orang susah? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat.

7. Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sadaqah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan-kawan.

Moga ada manfaat.
Wallahu a'lam.

HKN 210 - Kesusasteraan Tradisional Nusantara

Contoh soalan peperiksaan sebenar 

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Peperiksaan Semester Pertama
Sidang Akademik 2103/2014

HKN 210-KESUSASTERAAN TRADISIONAL NUSANTARA

Disember 2013/Januari 2014

Masa : 3 Jam

Arahan : Jawab 2 soalan  dari bahagian A dan 2 soalan dari bahagian B.

Bahagian A


1. Hasil-hasil kesusasteraan Melayu tradisional membentuk sebahagian daripada dokumen sosiobudaya bagi masyarakat Melayu. Dengan memilih contoh-contoh karya yang bersesuaian, kemukakan hujah-hujah anda tentang ciri-ciri khas hasil-hasil kesusasteraan yang boleh diterima sebagai dokumen sosiobudaya.  (100 markah)

2. ''Maka undang-undang ini diperbuat daripada zaman Sultan Rijaluddin Muhammad Syah, muafakat dengan sekalian menteri, pegawai dan pendeta membicara akan dia supaya tetap adat negeri ini, janganlah berubah-rubah. Tatkala tetap adat negeri, maka segala dagang pun banyaklah mari ke negeri ini, maka ramailah, tatkala ramai maka isi negeri pun jadi makmurlah'' (Undang-Undang Kedah).

Bincangkan petikan di atas dalam konteks hubunganya dengan prinsip-prinsip asas penggubalan undang-undang adat Melayu pada masa silam. (100 markah)


3. Dalam Undang-Undang Kedah, terdapat peraturan agar rakyat mematuhi undang-undang walaupun peraturan ini mengandungi unsur-unsur kekerasan yang sangat ketara. Sejauh manakah peraturan tersebut selaras dengan asas-asas pembentukan undang-undang adat Melayu dan penerimaan masyarakat terhadapnya? Perbincangan anda perlu disertakan dengan contoh-contoh yang bersesuaian. (100 markah)

4. Dalam Taj al-Salatin, terdapat pernyataan ''Hilang daulat daripada sebab aniaya.'' Apakah yang dimaksudkan oleh pengarang Taj al-Salatin dengan pernyataan ini? Kemudian bahaskan kewajaran pernyataan tersebut dalam konteks pembentukkan ciri-ciri keperibadian seorang raja atau pemimpin negara terhadap rakyatnya. (100 markah)


Bahagian B.

5. Karya kesusasteraan bercorak sejarah mempunyai ciri-ciri yang khusus. Berdasarkan contoh-contoh karya yang sesuai, jelaskan bagaimana ciri-ciri berkenaan mampu mengangkat golongan raja dan negara kota dalam karya-karya tersebut. (100 markah)

6. ''Suatu unsur yang menjadikan Hikayat Merong Mahawangsa karya agung ialah kehandalan pengarangnya, seorang pujangga tidak bernama dari istana Kedah, menggemblengkan kedua-dua unsur mitos dan realiti sejarah dalam penulisannya'' (Siti Halwa Haji Salleh, 1998).

Berdasarkan pernyataan dia atas, bincangkan secara kritis jalinan mitos dan realiti tersebut berdasarkan contoh-contoh dalam Hikayat Merong Mahawangsa. (100 markah)

7. W. J Ong (1990) mengatakan teks sastera lisan sering mempamerkan perulangan dan persamaan dalam struktur penceritaannya. Dengan contoh - contoh yang sesuai, jelaskan dua faktor yang mewujudkan keadaan tersebut.(100 markah)

8. Terdapat pelbagai motif dalam naratif sastera lisan di Nusantara. Secara perbandingan, analisis motif sumpahan yang terdapat dalam legenda ''Mahsuri'' dan legenda ''Puteri Sa'adong''. 
(100 markah)


Kisah seorang ayah dan laptop

ASSALAMUALAIKUM

Kisah ini aku ambil di facebook dan aku kongsikan disini untuk tatapan dan renungan kita bersama. Kisah ini benar-benar menyentuh hati aku.

Ada seorang bapa datang ke kedai melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, ''Pak cik, Laptop....'' dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, ''nak beli untuk anak ker?''. ''ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop mana yang ok? '' Aku mengesyorkan barangan seperti biasa - biasanya aku mengesorkan yang paling murah. ''Kalau nak yang bagus mahal pak cik, tapi kalau setakat nak buat belajar yang ni lah - Samsung - seribu seratus lebih je.....''. Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut ''nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni....''.- Pergi dengan suatu perasaan yang lain. Aku dengan rutinku bekerja setiap hujung minggu sahaja. Kebetulan, aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anak perempuannya. '' yang mana ya yang hari tu, ada lagi tak?''. '' Yang ni samsung haritu, tapi yang ni stok baru - harga sama je'', aku menyambut soalannya. Dia bertanya kepada anaknya,''yang ini ok ke dik?''-''ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah...''. Jawabnya dengan muka yang kurang berpuas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. '' Yang acer ni tak boleh ke ayah?'', ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, ''yang acer ni berapa boleh murah lagi?''.-'' Yang tu tak dapat dah pak cik,..Dah harga kos dah tuh...''aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, '' Dik, nak laptop untuk belajar kan...Rasanya kalau untuk belajar - yang ni lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat- warenti setahun''. Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar  aku seperti mengerti kerut wajah bapanya. '' Oklah, yang ini.''. Jawab anaknya.
Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display'- aku terpandang bapanya  yang mengira duit untuk membayar- aku nampak dompetnya kosong- habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, ''cukup duit tadi dik?'' - '' Cukup, terima kasih ya.....''. Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan air mata mengira duit yang diberikan- RM1,RM5,RM10 dan sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan. Aku geram kepada anaknya - seperti tidak tahu ayahnya bagaimana- hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal- awal pada aku, aku nampak air mukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

# Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibu bapa kudan rahmatilah mereka sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amiin.
-TAMAT-

Bila terbaca kisah ni, tiba-tiba aku teringat waktu nak masuk universiti aritu. Aku dah pergi survey harga laptop, dan aku tengok harga yang paling murah, itupun rm1xxx jugak. hampir seminggu aku fikir, macam mana nak cerita kat mak aku? di universiti laptop memang satu keperluan untuk pelbagai perkara terutamanya assigment. Aku faham keadaan ekonomi keluarga aku. Nak kena tanggung adik yang lain sekolah lagi. Tu sebab aku segan sangat nak mintak duit kat mak aku. Sebab 1k tu bukanlah jumlah yang sedikit bagi keluarga aku. Akhirnya aku nekad juga cerita kat emak aku. Dan Alhamdulillah, mak bagi. Aku tahu kenapa mak aku tak keberatan nak bagi walaupun banyak lagi perkara lain yang perlukan duit. Aku yakin sangat sebabnya aku anak pertama dalam family yang dapat masuk universiti. Ibu mana yang tak gembira kan? Mak aku pun macam si ayah dalam kisah di atas juga, mahukan anaknya berjaya, cuba sedaya upaya memenuhi keperluan anaknya dengan harapan suatu hari nanti anaknya dapat menjadi orang yang berjaya. 

...Kasih ibu dan ayah tiada tandingnya...

Bersantai menikmati saki-baki cuti sekolah.....Air Tarung



Assalamualaikum ...

Hurm, bestnya cuti sekolah kan? tapi aku dah takda cuti sekolah dah. hurm,, sedihhh..ha3. Ingat lagi masa time sekolah dulu, bila cuti sekolah nih mendatang akan ada dua perasaan pada aku. Gembira dan sedih. Gembira sebab cuti dan dapat balik rumah, jumpa keluarga, tengok kolam ikan keli aku, dapat tengok tv, dapat main, dapat tido banyak-banyak. tapi kan, sedih jugak sebenarnya sebab nak tinggalkan asrama. tak dapat jumpa kawan-kawan. Semua balik kampung masing-masing. Bila boring kat rumah mesti teringat kat asrama waktu tuh, tapi bila kat asrama time boring mesti teringat kat rumah pulak.he3.
Dah melalut pulak aku. Sebenarnya aku nak cerita yang aku dengan keluarga aku dan sedara mara aku pergi berkelah. Tu je!. hahaha. Biasalah 'adik-beradik' aku, suka plan last-last minit. Hasilnya, kelah je la dalam kampung. Nasib baik la ada tempat yang boleh berkelah walau takda air terjun 7 8 tingkat. Dah habis kelah, timbul pulak cadangan nak pergi mandi ''Air Tarung''.(tempat ambil air mineral dan mandi-mandi). Aku pun tak tahu sebab apa panggil Air Tarung. 
Nampak tak orang yang pakai baju putih dalam semak tepi kolam tuh?? mak aku la tu... Usah ditanya apa dibuatnya kalau bukan mencari ulam atau pokok paku pakis atau pokok apa-apa je la yang sesuai ditanam sebagai hiasan di halaman rumah.
Walaupun tiap kali balik aku akan lalu kat sini dan juga tiap kali keluar pekan atau pergi ''merayau'', tak pernah lagi la rasanya aku mandi kat sini tahun ni (2013,hehe). Kadang-kadang orang ramai dan tempat kecik je. Nak mandi pun rasa rimas. Segan pun ada. Tapi kalau dengan geng takpa la.

Dulu tempat ni takda pun kolam-kolam macam dalam gambar tuh. Waktu tu hanya susun ketul batu je buat macam bulatan bentuk kolam. Air time tuh best , sejuk dan jernih. Sekarang pun jernih jugak. Tapi tak sangat la. Sekarang dah ada tiga kolam. Cuma kolam yang ketiga tuh dah tak boleh digunakan sebab lantai pecah dan sekarang ditimbun dengan pasir menyebabkannya kotor dan berkeladak dan tak sesuai untuk mandi. Hanya kolam yang pertama dan kedua je yang ok.

Di sini dah ada satu wakaf/pondok. Bolehlah digunakan untuk berehat-rehat sambil baring-baring. Jangan terlena sudah. Takut bangun kat 'tempat lain' pulak nanti. haha......
Mandi ramai-ramai memang seronok. Haritu, penuh dengan ''puak'' kami je la kat situ. Itu baru sekerat je, kalau semua ada, jadi pesta la jawabnya kat Air Tarung nih.
Perasaan seronok main air tu dah lain sekarang bila dah makin besar nih. Dapat tengok je la anak sedara dok main air.huhuhu..
Seronok-seronok jugak mandi tuh, tapi jangan lupa yang bumi Tuhan ni luas. Bukan kita je  makhluk Tuhan kat muka bumi ni. Ada lagi makhluk lain yang tinggal bersama kita tapi terpisah oleh hijab yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Mata hati?? hurm, aku tak tahu yang tuh..haha.
Tempat ni pun apa kurangnya. Dah banyak cerita yang aku dengar. Dari orang luar daripada kampung aku pun ada, orang kampung aku apatah lagi la kan.

Orang tua-tua pesan, waktu maghrib jangan pegi mandi kat sini, singgah ambil air pun kalau boleh jangan. Bukan apa, waktu maghrib ni waktu Puteri Berenam nak mandi. Puteri Bunian la. Kewujudan mereka ni memang diakui dan tak dinafikan. Sebab dah ramai orang pernah jumpa. Pengamal perubatan tradisional pun selalu cerita sebab depa ni biasanya boleh berkomunikasi dengan orang Bunian. 
Pernah cikgu aku cerita, ada kawan dia pergi ambil waktu malam. Dia nampak kawasan tu cerah. Di tiap-tiap anak tangga terpasang lilin dari tangga bawah samapi keatas. Pelik juga. Tapi, kawan cikgu aku tu pun ambik je la air dan naik keatas balik. Waktu dalam kereta dalam perjalanan nak balik, bila dia tengok cermin sisi, cahaya lilin tu dah takda!.Gelap!

Pernah juga dulu, ada  orang kampung aku la pergi air tarung mandi dengan keluarga dia kalau tak salah aku la. Pastu dia ambil la gambar anak perempuan dia yang umur lingkungan 7-9 tahun cam tu la guna kamera handset. Bila dia tengok balik gambar anak dia, muka anak dia berubah! Ada penampakan seolah-olah wajah seorang lelaki tua pada muka anak dia. Kecoh la jugak dulu. Aku ada tengok juga gambar tuh. Memang real! Kalau nak kata biasan cahaya atau kesan kamera memang bukan la. Gambar tu pun aku tengok dalam handset arwah mak sedara aku. Aku tak berani nak simpan gambar tuh.huhu... takut jugak.

Setakat ni aku tak pernah jumpa benda pelik-pelik tuh lagi. Alhamdulillah. Mintak-mintak tak jumpa terus pun takpa dan mintak dijauhkan la dari benda-benda pelik nih. Maklumlah, aku pun akan lalu situ bila balik tambah-tambah pulak lewat malam. Bau wangi tuh selalu la. Siang lalu tak bau.Malamnya bau. 

Pesan orang tua-tua, selagi kita tak kacau tempat mereka, mereka takkan kacau kita. Contohnya pergi berdating kat situ. Memang menempah la la tuh.Kebersihan tempat tu juga kita kena jaga. Sebenarnya kat mana-mana tempat pun kita kena jaga kebersihan terutamanya lah.Kita berkongsi bumi yang sama, jadinya takda masalah kalau saling memahami dan menghormati.

Cerita Tentang KAWAN.


KAWAN. Satu perkataan yang cukup familiar dalam hidup kita. Macam-macam tafsiran tentang makna kawan. Setiap orang ada tafsirannya yang tersediri tentang makna KAWAN. Walau apapun tafsirannya, KAWAN diakui sebagai individu yang paling penting dalam hidup seseorang. Aku juga tak terkecuali. Dalam entry ni, aku hanya nak cakap tentang KAWAN kerana aku sangat menghargai KAWAN-KAWANKU walau tanpa mereka sedari. 
Dari KAWAN beralih pula kepada gelaran SAHABAT. Pendapat aku, apabila sudah bergelar SAHABAT, semestinya ukhwah yang terjalin begitu kukuh, saling mempercayai, dan kuat ikatan persahabatannya. Dalam bersahabat, dugaan pasti ada dan bagaimana kita menghadapi dugaan itu akan  menunjukkan erti sebenar persahabatan kepada kita.

he3. yang ni aku akui kebenarannya sebab aku dah pernah alamai.
 pernah sekali aku tidur di rumah kawan dan aku terbangun awal, tengok dia tidur lagi,
aku pun tidur la balik walau tak lena sebab nak tunggu dia jaga.hi3.

Ada orang yang kata, hendak mencari kawan carilah mereka yang menghormati dan menyayangi  ibu bapa mereka kerana mereka inilah sahabat yang baik. Jika mereka tidak menghormati dan menyayangi ibu bapa mereka sendiri, sudah tentu mereka tak mampu untuk menyayangi dan menghormati sahabatnya juga.

Pernah alami seperti situasi dalam gambar diatas?? kalau aku, YA!. Perasaan tuh hanya Tuhan saja yang tahu. Ok, aku cuba fikir positif. Dia sibuk, Online guna handset dan tak log out, tak perasan ada message inbox and so on. Aku boleh terima kalau betul macam yang aku sangkakan. Tapi macam mana pulak kalau dia boleh Like, Comment, Share??  tak sibukkah dia?  tak perasankah dia bila aku like gambar dia? aku komen gambar dia? hurmm....

Jika situasi ini turut berlaku kepada anda, jangan bimbang dan khuatir kerana jika benar dia adalah sahabatmu, pasti dia akan menegurmu jua nanti apabila timbul perasaan rindu akan seorang sahabat. Percayalah! Usahlah dilayan kekecewaan tersebut.




Ada yang mengatakan, ''jika kamu hendak mengenal siapa sahabatmu itu sebenarnya, tidurlah dirumahnya sekurang-kurang 3 malam dan kamu kenal segalanya tentang sahabatmu itu.''
Lebih kurang begitulah bunyinya. Dan kata-kata ini ternyata benar. Aku dah alaminya. Dan apa yang aku perhatikan, aku tauladani bagi membaiki kekurangan dan kelemahan diri aku. Secara jujurnya, aku selalu melewatkan perbuatan apabila dipanggil atau diminta berbuat sesuatu oleh ibu dan sering memberi alasan. Tapi, sejak aku kenal sahabatku, dia begitu cepat menyahut panggilan ibunya. Tiada langsung perkataan ''tunggu sekejap'' ''sat lagi'' dan sebagainya. Aku kagum. Malu pada diri sendiri. Tapi aku bersyukur dipertemukan dengan sahabat seperti dia. Walau dia lebih muda dari aku.




----------SAHABAT----------
Open Cbox