TRIO KE CAMBODIA & VIETNAM ( BAHAGIAN 1 - [PROLOG])


Alhamdulillah.... akhirnya aku diberikan kerajinan untuk menulis kembali entri di halaman blog aku ni yang kian usang hari demi hari. Alhamdulillah juga trip untuk 2019 iaitu trip yang paling bermakna bagi aku telah berjaya aku realisasikan walaupun terdapat beberapa halangan yang aku kira cukup bermakna sebagai pengajaran dalam kehidupan. Dan semestinya ianya satu bentuk ' teguran' untuk diri aku.

Aku akan pecahkan catatan aku ni kepada beberapa bahagian. Sebabnya catatan ini akan menjadi panjang sepanjang yang aku mampu supaya aku dapat menterjemah segalanya disini sebagai tatapan masa mendatang. Untuk bahagian ini, aku gelarkan prolog, atau bahagian pertama.

kisahnya begini....

Sewaktu aku merancang untuk travel ke Hong Kong, aku juga turut merancang untuk membawa mak dan juga kakak aku melancong. Lokasi ketika itu masih samar-samar lagi sama ada di Bandung, Indonesia mahupun Ho Chi Minh City, Vietnam. Setelah fikir panjang dan survey harga tiket kapal terbang, aku putuskan untuk bawak mak aku ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Aku pernah tanya dulu mak aku nak pergi Vietnam tak? mak aku jawab nak. Tapi lepas aku tengok harga tiket ke Indonesia lebih murah ketika tu, aku tanyakan semula mak aku nak pergi Indonesia atau Vietnam? mak aku jawab nak pergi Vietnam. Aku pun tak apa la. Ikut je a. aku pun mula la survey semula tiket ke Vietnam. Mungkin mak aku nak rasa ada kelainan sikit kot di Vietnam yang banyak perbezaan berbanding Malaysia. Misalnya dari segi bahasa, budaya dan cara hidup.

Selepas selesai survey, aku pilih laluan yang pernah aku buat dua tahun lepas iatu turun di Phnom Penh, Cambodia kemudian naik bas ke Ho Chi Minh City, Vienam dan seterusnya balik ke Malaysia dengan menaiki kapal terbang. Cuma yang lama dulu aku turun di Siem Reap-Phnom Penh- Ho Chi Minh City. Alasan utama aku pilih route ni antaranya untuk mak dan kakak aku dapat pergi dua negara sekali jalan. Dan juga Phnom Penh ada banyak juga tempat menarik berbanding Ho Chi Minh City  yang tumpuan utama lebih kepada membeli belah. Banyak lagi tempat lain sebenarnya seperti Dalat, Can Tho dan pelbagai lagi yang popular. Tetapi disebabkan aku juga belum pernah ke sana, aku bimbang akan  timbul masalah nanti memandangkan trip ini aku bersama mak dan juga kakak aku.

Sebagai persediaan aku buat satu fail dimana dalamnya aku letakkan siap-siap boarding pass, slip tempahan hotel, dan juga insuran beserta dengan matawang USD 100 dan juga VND . Fail ini aku serahkan pada kakak aku sebelum aku fly ke Hong Kong. Tujuan aku serahkan kepada kakak aku disebabkan tarikh untuk ke Phnom penh adalah pada 7 Disember manakala flight aku balik ke Malaysia daripada Hong Kong pada 6 Disember. Gap yang sangat rapat dan macam -macam kemungkinan boleh berlaku. Sebagai langkah keselamatan, aku serahkan siap-siap pada kakak aku. Andai kata flight balik aku nanti delay dan sebagainya, kakak dan mak aku masih boleh fly berdua tanpa aku dan aku menyusul kemudian. Sekurang-kurangnya kerugian tiket hanya seorang dan bukanya bertiga. Nampak bijak kan walaupun sedikit bangang.Haha. Bangang sebab pilih tarikh rapat.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Aku pun selamat sampai ke Malaysia pada jam lebih kurang pukul 7 malam dan sampai ke rumah pukul 8. Sampai saja dirumah aku terus bersiap dan keluar makan steamboat bersama kawan walaupun badan masih penat. Mak dan kakak aku dah berada dirumah kakak aku di Kuala Lumpur. Walaupun mak ajak tidur rumah kakak aku supaya senang untuk bertolak ke airport keesokkan harinya, aku terpaksa tolak disebabkan beberapa perkara.

Flight ke Phnom Penh pada jam 12.30. Lebih kurang dua jam aku perlu berada di airport supaya urusan berjalan lancar memandangkan aku perlu daftar bagasi dahulu. Paginya seperti biasa lebih kurang jam sembilan aku dah berkemas. Mak dan kakak aku dah sampai di airport memandangkan jam 7 pagi mereka sudah bertolak. Maklumlah pertama kali ke airport so mak aku risau lewat dan dia pun memang teruja untuk pertama kali dalam hidup dia akan naik kapal terbang. Sebelum ni dia pernah naik helicopter nuri milik tentera darat sewaktu perpindahan besar-besaran penduduk daripada kampung Temenggor ke kampung Air Ganda Temenggor. Untuk pengetahuan, tasik Banding kat Royal Belum, Gerik tu dalamnya ada kampung mak aku dulu.

Barang dah siap packing. Bagpack aku pun dan di zip dan diikat kemas. Aku capai telefon bimbit dan kunci bersedia untuk melangkah keluar daripada bilik memandangkan masa semakin suntuk. (Aku jenis yang suka bajet masa ngam-ngam. Jika ada halangan memang jahanam). Di sini, masalah pun bermula..

Aku seluk poket belakang, tiada. Seluk poket depan, pun tiada.  Aku tenang. Aku tengok bawah tilam, tiada. Bawah bantal, tiada. Akibatnya, habis satu bilik aku selongkar cari. Masih tak jumpa wallet aku. Barang yang paling penting. Beg galas aku letakkan semula, sweather yang dipakai aku buka semula memandangkan tubuh mula terasa panas dan peluh mula merembes keluar. Satu persatu aku periksa. Atas tilam, bawah tilam, dalam almari, bawah katil, dalam beg segala zip aku buka pun masih tiada. Jam tangan aku perhatikan. Dada aku dah mula terasa sesak. Aku duduk di katil, pejam mata cuba untuk tenangkan diri. Aku baru teringat sesuatu. Semalam sewaktu sampai rumah, aku ada letakkan wallet diatas tangga ketika hendak membuka pintu rumah. Mungkin aku tertinggal wallet disitu. Lantas aku bergegas buka pintu. Habis sekitar kawasan  tangga aku periksa. Masih tiada tanda-tanda wallet berwarna coklat aku. Rak kasut aku periksa satu persatu.

Dalam fikiran aku sudah mula memikirkan pelbagai kemungkinan. Aku baru keluarkan duit dan duit tu semuanya dalam wallet. Dalam wallet juga ada semua kad bank aku. Pada aku dah tiada duit cash. Simpanan cash rm900 yang memang aku simpan untuk emergency aku dah guna sewaktu pergi Hong Kong. Jadi sekarang pada aku memang tiada cash. Dalam keadaan masa yang semakin suntuk dan emak dan aku yang dah lama di aiport, aku jadi bingung. Bayangkan untuk aku katakan perkataan ini "minta maaf mak, kita tak jadi pergi Phnom Penh, wallet  hilang'' pada mak aku. Arghh, aku tak sanggup. Memikirkan keterujaan mak aku untuk menikmati penerbangan pertama dalam hidup dia dan juga keterujaan kakak aku untuk memiliki cop imegresen negara asing pada passport miliknya yang baru berusia 2 minggu buatkan aku makin tak tentu arah. Mulut terkumat kamit beristigfar sambil berulang menyebut nama Tuhan. Ya, lumrah manusia apabila ditimpa kesusahan, baru ingat kepada Tuhan.

Aku dapat rasakan, sekejap lagi aku mungkin meraung seorang diri di dalam bilik ni. Pelbagai perkara negatif bermain di fikiran aku sekarang. Mak dan kakak daripada kampung yang begitu teruja dan semestinya sudah diberitahu kepada sanak saudara akan percutian mereka terpaksa pulang semula dengan alasan aku hilang wallet? ah, aku tak sanggup.Jika ini trip travel solo aku tak kisah. Hanya diri aku yang terlibat. Perasaan aku dan hanya aku tahu, hanya aku yang perlu hadam perasaan kecewa tu. Tapi ini trip family. Bersama mak dan kakak aku. Aku berjalan ke dapur, masih lagi berharap, masih lagi mencari tapi hampa. Aku dapat rasakan kelopak mata aku semakin memberat.

Panggilan telefon mengejutkan aku. Nama kakak aku terpapar di skrin telefon. Aku cuba meraih kekuatan lalu menjawab panggilan tersebut. '' kat mana sekarang? dah sampai ke belum? ' suara kakak aku dihujung talian semakin meruntun jiwa aku. Aku cuba mengawal nada suara dan mencari kekuatan. ''belum lagi.'' jawab aku. '' dompet hilang. Tengah cari dompet jap'' beritahu aku jujur.Sekurang-kurangnya mereka tahu kebenaran dan punya kekuatan untuk hadapi segala kemungkinan. Panggilan dimatikan dan aku terduduk di katil memegang kepala sambil memerah ingatan.

aku dah berserah andai wallet aku emmang tertinggal di tangga dan diambil orang. jika itu benar, makanya peluang untuk aku menjumpai wallet tersebut menjadi kosong peratus. tiada harapanya langsung. aku pernah alami beberapa kali kehilangan barang. aku cuba bertenang. kerana dengan ketengan, ingatan lebih mudah diaraih berbading kelam kabut dan gelisah yang membuatkanfikiran bercelaru. setelah kembali tenang, aku yakin bahaa wallet tersebut tidak dicuri dan masih berada di bilik atau rumah ini. kenyakinan aku disebabkan malam selepas sampai dari airport, walaupun meletakkan wallet ditangga, tetapi malam itu juga aku telah pergi steambot, jadi wallet masih ada dengan aku. dan apabila balik, aku membayar tambang grab. maknanya aku membawa wallet sampai rumah. aku terus lagi mencari.

seperti kebiasaanya, ketika ditimpa sesuatu masalah, aku akan segera mencari jalan penyelesaian atau juga altenatif yang lain dalam erti kata mudah adalah plan B. Plan B aku adalah travel diteruskan teteapi dengan bajet yang sangat terhad. pada kakak aku ada 100USD dan juga Vietnam Dong sekitar rm100+. dijumlahkan akan ada sekitar rm500+. Tambah pula dengan duit tabung aku iaitu duit rm5 yang ada lebih kurang rm400+. jadi jumlah keseluruhan hampir rm1000. hotel dan ditempah secara online. jadi tak ada masalah disitu. cuma, tak boleh nak shopping nanti yang mana itu tujuan utama aku memilih membawa kakak dan mak aku ke Ho Chi Minh. aku fikir ini lebih baik daripada mak dan akak aku terpaksa batalkan percutian ni. pasti mereka sangat kecewa. dan aku bertambah kecewa memandangkan ini impian aku yang sekian lama aku impikan. pengakhirannya tidak sepatutnya begini.

setelah betenang dikuti detik masa yang semakin meneka dada, aku perasan satu benda tak ada iaitu topi. ye, topi aku tak ada. keyakinan aku bertambah apabila aku mempunyai kebiasaan juga untuk meletakkan wallet di dalam topi. dan setelah puas memerah otak mengingat, aku dapat bayangkan kembali  pada malam tadi aku ada letakkkan wallet di dalam topi. dan aku mula mencari dan akhirnya....aku berjaya juga jumpa wallet aku di dalam topi di bawah katil sebelah.

pantas aku ucapkan syukur sambil mencium wallet coklat. setelah mengemas semula aku terus bergegas ke airport. sudah pukul 10pagi dan setibanya di airport hampir jam 12. lantas bergegas aku menemui emak dan kakak aku. kemudian aku terus print tiket di kiosk layan diri. masalah timbul lagi apabila tiket kakak aku tidak dapat di cetak lalu terpaksa beratur di kaunter. dan alhamdulillah berjalan lancar. aku juga bergegas untuk tukar duit dan urusan menyewa pocket wifi. segalanya kelam kabut. barisan yang panjang di pemeriksaan masuk membuatkan aku semakin tak keruan. alhamdulillah, segalanya lancar sehingalah bording. mujurlah gate dekat.

jadi, inilah kisahnya yang terjadi sebelum aku travel ke Cambodia dan Vietnam bersama mak dan kakak aku. kejadian pertama seumpamanya yang berlaku yang begitu menguji mental aku. diakui yang aku hampir menangis dan aku kira air mata aku dah beberapa titis menyembah bumi. Dan aku harap, perkara sebegini tak berlaku lagi dimasa hadapan. Tak sanggu dah rasanya nak hadapi. Hahaha. Jangan pelik ye dengan ayat aku yang skema ni. Menulis ni pun satu kemahiran sbeenarnya yang perlukan warm up dulu, baru la sedap nak menulis.

Pengajaran :
Jangan buat kerja last minute.

No comments:

Open Cbox