BERCUMBU DENGAN TAR UNTUK KALI KEDUA

Assalamualaikum....

Entry pembuka cerita bagi tahun baru 2020. Membaca tajuk sahaja pastinya pembaca sudah dapat meneka apa kisah yang hendak diceritakan disini.

Ini kali kedua aku rasa aku dan baby oyen aku sama-sama baring di atas jalan tar. Sampai sekarang otak aku masih gagal untuk proses saat-saat sebelum kejadian. Puas aku perah dan cuba untuk ingat, tapi memang kosong. Tak ada dalam fikiran aku tentang kejadian tu.

24 disember 2019, penutup 2019 yang kurang baik untuk aku. Aku dalam perjalanan daripada perak untuk ke selangor iaitu subang tempat aku bekerja mencari rezeki. Aku bertolak daripada Gerik pun dah agak lewat dala pukul 4.30 lebih kurang. Kebiasaanya aku akan singgah rehat di R&R Ulu Bernam. Tapi pada hari kejadian entah kenapa aku nak teruskan juga perjalanan. Aku kira sempat la aku sampai sekitar jam 8 malam di subang. Jadi malam masih awal dan aku bolehlah berehat lepak di kedai mamak berhampiran rumah aku. Sebelum teruskan ride pun aku sempat singgah di tempat kerja tunang aku. Ye, aku dah bertunang. hehe.Tapi tak ramai tahu. Memang sengaja taknak bagitahu.

Diakui sebelum kejadian aku memecut agak laju. Tapi ketika kejadian aku dah perlahankan motor aku sebenarnya. Perjalanan dah tak jauh. Kira-kira 30 minit sahaja lagi untuk aku sampai destinasi. Dan aku memang agak penat sebenarnya haritu.

Bila hendak perlahan aku akan masuk lorong tepi iaitu laluan kecemasan dan mula menunggang dengan santai. Aku dah nampak satu objek di atas jalan di hadapan aku. Untuk mengelak aku dah tak sempat. Dan aku fikir objek tersebut mungkin plastik atau tongkol kayu kecik dan juga mungkin seketul batu kecik. Jadi aku kemaskan pegangan handle. Aku pegang kuat. Dan apabila terlanggar objek tadi, fikiran aku jadi gelap, kosong dan blur. Aku dah tak sedar apa-apa.

Aku hanya sedar apabila ada seorang brother ni angkat aku.Dia bagitahu aku jatuh motor. Katanya lagi aku mungkin micro sleep. Lepastu dia kata ada batu tadi kat sana. Mungkin aku terlanggar batu tu. Aku yang mula nak sedar ni angguk je la. Aku cakap memang aku dah nampak batu tu tadi.

Tapi waktu ni aku masih blur. Blur sangat -sangat. Entah macam mana la reaksi wajah aku kalau ada yang rakam waktu. Hahaha. Aku cek badan aku. Semua anggota boleh bergerak elok. Maknanya tiada yang terseliuh atau patah. Lega la sikit. Lepas tu brother tadi suruh aku buka kasut buka stokin dulu nak bagi udara sikit kat aku. Maklumlah dia tengok aku masih blur blur lagi. Aku pun buka la sebelah kasut. Lepas tu aku macam dah ok sikit. Aku tanya jam aku sebab aku tengok tangan kiri luka, jam takda. Dia cakap jam semua diorang dah kutip dan  dah letak dalam beg galas aku.

Aku tengok sorang kawan dia tolak motor aku. Aku tanya la motor macam mana? Okay tak? Lepas tu brother tadi cakap motor tak pa biar dulu. Sekarang ni diri abang dulu. Aku pun ye je la.Aku cuba bangun, tengok sekeliling, macam tak percaya sangat lagi yang aku baru jatuh motor. Lepas dah bangun, diorang ajak naik moto dengan kawan yang sorang lagi. Aku pun naik la motor aku kawan dia sorang lagi yang  bawa. Beg aku pun diorang tolong bawa. Waktu ni dah maghrib. Sebab tu diorang bawa aku cepat-cepat. Lagi bahaya kalau duduk tepi jalan tu.

Lepas tu diorang berhenti dekat satu tempat tepi jalan. Aku pergi tandas tengok cermin sambil basuh muka dan tampar -tampar muka. Mana  la tahu ni cuma mimpi. Tapi sakit la pulak. Aku tampar lagi. Tengok luka kat tangan, dagu. Eh, memang sakit la.Fikiran aku masih blur lagi. Cuba ingat saat-saat sebelum kejadian. Yang terakhir aku ingat aku nampak batu je. Itu sahaja bayangan yang ada. Aku memang tak tahu macam mana gaya aku jatuh, berapa jauh aku terpelanting, semua tu aku tahu.

Diorang tanya ada kawan tak kat sini? motor tinggal la sini. Aku cakap takpa la, exit dulu daripada highway pastu cari bengkel. Diorang cakap kita memang dah exit. Rupanya tu dekat tol exit bukit beruntung. Mana la aku tahu. Bila aku pusing belakang baru perasan tol. Iskh, teruk betul dah kepala aku ni. Helmet aku visor pecah. Maknanya aku terhentak kepala. Patutla biol sikit.

Lepas bincang-bincang depa nak tolong aku bawa ke bengkel motor. Tepi tu ada poliklinik. Aku pun setuju la. Sebab motor boleh gerak lagi, cuma tayar depan yang pecah. Sampai bengkel diorang tinggal aku kat situ lepas aku kata aku ok boleh balik sendiri nanti semua. Lagipun diorang pun ada hal. Aku pun ucap terima kasih kat diorang dan sempat la selfi satu. Hahaha. Tapi lagi seorang takda. dia dah gerak.mungkin dia ada hal penting.

Walauun di sebelah bengkel ni ada poliklinik, tapi aku tak pergi. Sebab aku cadang nak pergi poliklinik dekat subang je nanti. Lepas siap tukar tayar, batang gear pulak bengkok ke dalam. So aku tak tukar. Minta dia ejas sikit lepas tu boleh la aku bawa dengan masuk gear 2 terus. Dah siap semua malam tu dalam pukul 9 lebih ke pukul 10 entah aku terus gerak balik subang. Kiranya aku kering jugak la baru lepas jatuh motor lepas tu sambung ride balik. Luka pun dah mula pedih.

Sampai subang aku cari poliklinik, semua tutup. Yang 24 jam pun tutup. Mungkin sebab esok tu hari krismas kot. Jadi tutup awal la. Dah takda tu aku terus balik la. Sampai rumah, aku terus mandi. Dia punya pedih jangan cakap la. Tahan je la. Sambil dalam kepala membayangkan bagaimana perasaan askar yang cedera berperang kemudian nak survive. Kiranya macam motivasi la untuk aku.

Dan keesokkannya aku maklumkan pada bos tak dapat pergi meeting sebab kemalangan. Untuk mengesahkan lagi, aku hantar juga pada bos aku gambar-gambar luka. Cewahh,, bos pun percaya dan kata nampak teruk. Tapi aku rasa tak la teruk sangat. Cuma aku yang masih blur lagi tak percaya dengan apa yang berlaku.

Beberapa hari kemudian baru aku pergi klinik dan ambil ubat. Sekadar ambil ubat sahaja. Aku tak suruh dia cuci ke apa. Aku taknak doktor check sebab nanti dia mesti nak cuci punya. Kalau dia cuci alamatnya meraung la aku. Pedih ooo.. Aku rela lagi buat sendiri.

Lama juga masa untuk aku pulih semula. Hinggakan bila sekolah buka aku masih lagi makan ubat tahan sakit. Jalan pun masih kawal. Sekarang semuanya dah pulih. Cuma kesan luka yang isi baru tumbuh ni dai rasa gatal sikit. Tak tahu la ni normal ke apa sebab ni pertama kali jadi macam ni.

Bila aku tengok balik kerosakan pada motor, helmet dan baju. Aku dapat simpulkan bahawa cara aku jatuh mengiring ke kiri. kemudian aku tegur menggelungsur ke tepi jalan ke arah rumput. Buktinya pada helmet aku ada kesan tanah. Begitu juga dengan beg dan kasut aku. Dan moto aku kerosakkan hanya di sebelah tepi iaitu kiri. Sama juga dengan badan aku yang luka di bahagian lutut kiri, tangan kiri, bahu kiri dan dagu.

PENGAJARAN :
Pengajaran kali ni banyak sebenarnya. Yang pertama kalau ride untuk jarak yang jauh, kena juga rehat walaupun rasa badan tu mampu lagi.  Kedua, waktu maghrib elok la rehat dulu kat mana-mana RNR atau hentian sebelah. Dan yang ketiga, jangan bawa laju. haha


laptop yang turut menerima tempias akibat hentakan yang kuat..aduhh

pentingnya pakai glove ketika ride. kali kedua ni


dagu bertemu tar

abaikan ketiak aku tu. haha

seluar baru beliiiiii

baju baru beliii..baru balik dari kemboja

nampak segar. haha

helmet free waktu beli motor. total lost dah tak boleh guna.




tayar pecah langgar batu

masuk bengkel malam malam. mujurlah bengkel ni bukak lagi

aku baru perasan bila tengok gambar yang brother ni bawa motor besar jugak..huhu

TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada brother dua orang ni dan sorang lagi bantu aku. 

selfi dalam tandas dengan muka tak percaya jatuh motor. haha. bibir pun nice je rasa. tebal tebal gitu

yang ni fresh

No comments:

Open Cbox