Assalamualaikum...
Alhamdulillah berkesempatan lagi menjengah selangkah lagi tahun Masihi iaitu tahun 2016...
Awal tahun 2016 aku tahun ini dimulakan dengan mendaki Bukit Jambul seawal jam 7.30 pagi. Satu tindakan yang positif aku kira kerana pada kebiasaannya waktu ini aku masih diselimuti di atas tilam di dalam bilik. Kali ini aku berpeluang menunggu matahari terbit. Biasanya matahari yang menanti aku bangkit. Aku anggap ini satu permulaan yang positif. Mungkin juga sebagai pembakar semangat untuk aku menawan bukit-bukit dan gunung-gunung yang lain sepanjang 2016. Aktiviti pagi ni cuma aku bersama kawan aku dan sorang budak junior lelaki Palapes dan juga empat orang budak Inter Palapes. Kan aku dah cakap sebelum ni, Palapes ni sebuah keluarga. Berbeza usia dan pangkat tidak menghalang sebuah persahabatan dan persaudaraan.
Pada hari yang sama juga rakan-rakan coursemate aku ajak pergi hiking Gunung Baling. Memang teringin sangat nak pergi. Tapi aku dah janji dengan kawan nak hiking Bukit Jambul, so terpaksalah aku pendamkan saja hasrat nak hiking G. Baling. Mungkin juga bukan rezeki aku kali ni. In Shaa Allah di lain waktu aku cuba usahakan juga untuk mendaki G. Baling.
Hiking ni sangat menangkan. Penat tapi seronok. Lihat hutan, udara segar dan kepuasan bila dapat lihat permandangan yang cantik. Yang penting juga aktiviti lebih bermanfaat daripada melepak di bilik bersama gajet. Dapat juga eratkan hubungan dengan rakan-rakan.
Itu kisahnya di awal pagi, petangnya pula berita duka datang menyapa. Charger henfon aku rosak! Berita dukanya ialah ia rosak ketika hujung-hujung semester di saat duit semakin menghilang di dalam dompet. Akibatnya selamat menghuni bakul sampah wahai charger. Pengganti mu akan ku cari kemudian hari.
Dan aku juga telah berjaya menghabiskan bacaan novel ' Kasih Di Kota, Sayang Di Desa''. Sekadar bacaan ringan. Dan jika aku rajin nanti aku akan tulis entri review berkaitan buku nih. Mungkin di tahun baru ni aku akan mulakan aktiviti review buku-buku yang telah aku baca. Sekadar sebuah perkongsian..
Berkenaan dengan azam tahun 2016 aku, akan aku masukkan dalam entri terbaru nanti. Khas entri untuk azam sahaja. Adam, hawa, Ali dan sewaktu dengannya sila main jauh-jauh. Hahaha.
Ok la,, ini sahaja rasanya catatan merapu aku. Seterusnya kita nantikan pula esok dan seterusnya apa akan terjadi. Jika rajin akan aku update hari-hari. Ini kan diari online aku. Pilihan bebas. Nak baca, silakan , taknak baca, ikut suka la. Dah baca tu, terima kasih aku ucapkan. Kalau rajin, tinggalkanlah komen. Okay, jumpa lagi nanti.
Alhamdulillah berkesempatan lagi menjengah selangkah lagi tahun Masihi iaitu tahun 2016...
Awal tahun 2016 aku tahun ini dimulakan dengan mendaki Bukit Jambul seawal jam 7.30 pagi. Satu tindakan yang positif aku kira kerana pada kebiasaannya waktu ini aku masih diselimuti di atas tilam di dalam bilik. Kali ini aku berpeluang menunggu matahari terbit. Biasanya matahari yang menanti aku bangkit. Aku anggap ini satu permulaan yang positif. Mungkin juga sebagai pembakar semangat untuk aku menawan bukit-bukit dan gunung-gunung yang lain sepanjang 2016. Aktiviti pagi ni cuma aku bersama kawan aku dan sorang budak junior lelaki Palapes dan juga empat orang budak Inter Palapes. Kan aku dah cakap sebelum ni, Palapes ni sebuah keluarga. Berbeza usia dan pangkat tidak menghalang sebuah persahabatan dan persaudaraan.
Pada hari yang sama juga rakan-rakan coursemate aku ajak pergi hiking Gunung Baling. Memang teringin sangat nak pergi. Tapi aku dah janji dengan kawan nak hiking Bukit Jambul, so terpaksalah aku pendamkan saja hasrat nak hiking G. Baling. Mungkin juga bukan rezeki aku kali ni. In Shaa Allah di lain waktu aku cuba usahakan juga untuk mendaki G. Baling.
Hiking ni sangat menangkan. Penat tapi seronok. Lihat hutan, udara segar dan kepuasan bila dapat lihat permandangan yang cantik. Yang penting juga aktiviti lebih bermanfaat daripada melepak di bilik bersama gajet. Dapat juga eratkan hubungan dengan rakan-rakan.
Dengan Abi di puncak bukit |
Dan aku juga telah berjaya menghabiskan bacaan novel ' Kasih Di Kota, Sayang Di Desa''. Sekadar bacaan ringan. Dan jika aku rajin nanti aku akan tulis entri review berkaitan buku nih. Mungkin di tahun baru ni aku akan mulakan aktiviti review buku-buku yang telah aku baca. Sekadar sebuah perkongsian..
Berkenaan dengan azam tahun 2016 aku, akan aku masukkan dalam entri terbaru nanti. Khas entri untuk azam sahaja. Adam, hawa, Ali dan sewaktu dengannya sila main jauh-jauh. Hahaha.
Ok la,, ini sahaja rasanya catatan merapu aku. Seterusnya kita nantikan pula esok dan seterusnya apa akan terjadi. Jika rajin akan aku update hari-hari. Ini kan diari online aku. Pilihan bebas. Nak baca, silakan , taknak baca, ikut suka la. Dah baca tu, terima kasih aku ucapkan. Kalau rajin, tinggalkanlah komen. Okay, jumpa lagi nanti.
Antara kemudahan yang terdapat di puncak. |
No comments:
Post a Comment