Muka Hadapan novel |
Novel: KASIH DI KOTA SAYANG DI DESA
Penulis: Jusang Bolong
Tahun : 1993
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ulasan:
Novel Kasih Di Kota Sayang Di Desa merupakan novel yang dihasilkan oleh Jusang Bolong sempena Peraduan Menulis Novel Kanak-Kanak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993.
Novel ini sesuai di baca oleh lapisan umur15 tahun ke bawah. Novel yang mengangkat tema kekeluargaan ini sarat dengan pengajaran serta menggunakan bahasa yang mudah difahami sesuai dengan peringkat umur sasaran.
Novel ini memaparkan kisah Khairil dan Aman yang tidak mendapat kasih sayang sewajarnya daripada ibu bapa masing-masing dan bertindak nekad untuk melarikan diri ke sebuah desa. Di desa yang bernama Desa Magladena Aman dan Mohd. Khairil telah menumpang kasih di rumah Pak Din dan Mak Jah. Mereka berdua telah menjadi keluarga angkat Mak Jah dan Pak Din beserta dua orang anaknya iatu Nur Atika dan Firdaus yang tempang sebelah kakinya. Nur Atika, Firdaus dan Mohd. Khairil masih bersekolah manakala Aman pula tidak lagi bersekolah dan membantu Pak din menangkap ikan dan berkebun. Apabila pulang dari sekolah Mohd. Khairil akan membantu membuat kerja-kerja seperti memotong kayu dan sebagainya. Aman dan Mohd. Khairil hidup gembira di Desa Magladena. Namun begitu seringkali juga mereka termenung teringatkan ibu kandung mereka.
Pelbagai cabaran dan dugaan dihadapi oleh Aman dan Khairi sepanjang menjadi anak angkat kepada keluarga Mak Jah dan Pak Din yang telah banyak merubah dan membentuk perwatakan dan kematangan Aman dan Khairi. Nilai agama juga turut ditekankan oleh penulis melalui perwatakan ibu Khairil yang tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Nilai kasih sayang menjadi intipati cerita ini disamping nilai persahabatan yang diketengahkan melalui watak-watak seperti Firdaus, Mohd. Khairil, Nur Atika dan Aman.
Teknik imbas kembali yang digunakan oleh penulis menjadikan penceritaan novel ini lebih menarik. Kisah percintaan juga turut di selitkan melalui watak cikgu Normah dan cikgu Adam. Pengkisahan ini berlatarbelakngkan kehidupan di sebuah desa yang belum menerima arus pemodenan seperti yang digambarkan oleh penulis melalui keadaan jalan yang tidak berturap, bekalan elektrik dan air yang masih tiada dan suasana kampung yang damai dan menenangkan kerana jauh daripada kebisingan eksos kenderaan seperti di bandar.
Ilustrasi bergambar membantu penghayatan dan kefahaman pembaca |
P/S: Hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih hidup dan sebagai seorang anak, walau siapa pun ibu bapa kita, taatilah mereka kerana tanpa mereka tiadalah kita.
SELAMAT MEMBACA..
1 HARI 1 BUKU atau
1 MINGGU 1 BUKU atau
1 BULAN 1 BUKU atau
1TAHUN 1 BUKU
**ANDA TENTUKAN**
No comments:
Post a Comment