Aku , Hujan dan Asrama

Alhamdulillah... Bumi minden kian dibasahi hujan. Lebat tanpa angin yang kuat. Mendamaikan seisi warga Pulau Pinang yang baru sahaja diselubungi jerebu sumbangan negara jiran sebagai ujian kepada sekalian makhluk-Nya.

Hujan tandanya tiada aktiviti di luar bilik melainkan aktiviti main hujan. Teringin juga sebenarnya nak main hujan. Tambah pula main di padang yang digenangi air. Nikmat yang tak terkata. Tapi bila buat sesuatu yang tak dilarang ni kurang sikit keseronokannya. Kalau yang dilarang tu baru la menarik. Teringat aku suatu peristiwa ketika petang di asrama sewaktu masih bersekolah.

Hari tu hujan agak lebat lebat. Jam sekitar pukul 4 petang. Biasanya lepas asar pelajar asrama akan turun ke padang untuk riadah. Hari tu hujan turun agak lama. Tidak berapa lama kemudian hujan mula beransur reda tetapi tidak sepenuhnya reda. Usai solat asar mula lah pelajar asrama turun ke padang untuk beriadah. Ramai yang sekadar melepak di astaka di tepi padang kerana hujan belum reda sepenuhnya. Masih rintik-rintik.

Budak-budak lelaki ni memang aktif. Sukar dihalang dan kurang bersabar kalau bab main. Beberapa orang pelajar aspura mula turun ke padang dalam keadaan hujan masih turun bersama kayu hoki dan bola. Tanpa menghiraukan hujan mereka bermain dengan gembira. Gelagat mereka diperhatikan seorang guru merangkap warden asrama. Semuanya yang sedang bermain iru  telah dipanggil ke hadapan astaka. Mana yang bernasib baik sempat juga  melarikan diri. Selebihnya terpaksa menghadap muka warden yang jelas menujukan tanda marah. Mereka semua diam. Tertunduk bisu.

Masing-masing memekakkan telinga apabila dibebel oleh warden tersebut. Rumput padang ditenung bagi mengelakkan pandangan warden yang sedang marah. Silap hari bulan boleh dapat pelempang. Bukan apa, warden tu bimbang kalau-kalau nanti demam. Lagipun main hujan kilat-kilat ni bahaya. Tambah pulak kat tengah padang.

Sebagai hukuman mereka kesemua pelajar tadi di suruh menanggalkan baju dan pergi ke tepi padang yang berdekatan dan berhadapan dengan bangunan asrama pelajar aspuri. Nampak kejam pulak kena tanggal baju. Dalam terpaksa budak-budak nih tanggal juga baju. Saat tu dalam hati aku bersyukur sebab berjaya menolak ajakan budak-budak ni tadi. Kalau tak dengan aku sekali kena dan menjadi yang paling tua dikalangan budak-budak tu.

Sampai di tepi padang , mereka ini dikehendaki membuat satu barisan panjang dan mengadap ke asrama Aspuri. Dengan suara yang kuat mereka membilang sambil melakukan ketuk ketapi. Kami di astaka hanya mampu ketawa. Hahaha. Pasti saat memalukan bagi mereka apabila pelajar aspuri mula keluar bilik dan melihatnya. Dan pastinya ianya akan menjadi memori bagi mereka. Sama ada pahit ataupun manis bagi mereka aku tidak tahu. Tetapi aku melihatnya sebagai manis. Sebab aku juga pernah kena sedemikian rupa. Tetapi lebih dasyat lagi aku kira. Sudah diceritakan dalam catatan yang lalu dan aku tersangat malas untuk mencatatnya lagi kerana pasti memakan banyak ruang dan aksara.

Dan selepas denda tersebut dan warden pun telah beredar pergi ke mana aku pun tak tahu. Budak-budak ni tadi pulak masih meneruskan lagi bermain. Betapa kentalnya mereka. I know that feeling. Aku dah lalui usia mereka dan aku sangat memahami pendorong tingkah laku tersebut. Yang dilarang itu adalah keseronokan. Denda tu perkara kedua. Kita guna konsep redha. Kalau nak kena tu kena je la.

Imbasan satu kenangan lama. Masih segar diingatan. Andai suatu hari nanti aku lupa, catatan ini akan mengigatkan aku kembali.

Itu saja la kot rasanya untuk entri kali ni.
Bai.

P/s: Entri ni dah lama sangat sebenarnya terperap dekat draf. Tu sebab ada background USM. Sebab aku sekarang ni dah habis belajar secara tak rasminya la. Huhuhu...kalau ada pelajar Aspuri yang terbaca entri ni dan mengetahui tentang kejadian nih, sudi sudikanlah komen yer..haha...
>Asrama SMK Sultan Idris Shah II


No comments:

Open Cbox