Plastik bungkusan laksa tu aku tak buang. Aku letak kat tepi. Ada kegunaannya nanti iaitu untuk meletak bawang, tangkai daun kesum dan cabai (cili) burung yang aku tak makan. Bukan tak makan langsung, ada la juga makan sikit-sikit. Kalau bawang tu aku memang makan sikit sebab nanti sakit kepala. Lepastu pulak nanti ketiak berbau. Orang kata macam bau bangla. Hahaha. Orang la kata. Bukan aku.
Waktu aku kecik-kecik takda pun orang letak cabai burung dalam laksa. Biasanya orang letak timun, bawang, cabai merah dan daun salad.Tapi sekarang macam-macam aku jumpa. Ada yang letak nenas, pucuk selong dan macam-macam lagi yang bagi aku agak pelik la. Kalau setakat pucuk gajus / jangguih tu tak heran la sebab masa aku kecik-kecik dulu mak sedara aku ada letak.
Ye la kan, lain tempat lain cara. Tu sebab aku suka cuba macam-macam laksa. Tapi tekak ni berkenan dengan laksa Perak jugak. Laksa lain tu macam yang aku pernah rasa macam laksa Kedah, laksa Penang dan laksa Kelantan agak kurang menarik minat aku. Laksa Penang aku penah makan waktu bulan ramadhan yang lepas rasanya macam &^%&^$%&%^%*. Tak tahu aku nak cakap apa. Kuah dia macam likat sikit warna nak macam kicap pun ada. Tak berapa rasa ikan. Rasa apa pun aku tak tahu. Yang pasti aku rasa melugai. Membazir semangkuk laksa hari tu aku tak makan yang berharga rm3 sebungkus beli di Taman Tun Saardon. Menyesal beli.Tak macam laksa langsung.
Satu lagi nih laksa Kelantan. Pelik bagi aku la yang pertama kali makan. Kuah warna putih. Rasa kuah tu sebijik macam kuah laksam. Sama sangat. Dan jenis kuah pulak tak letak banyak macam laksa biasa. Tak tenggelam pun semua isi laksa tuh. Aku yang jahil waktu tu hanya makan bahagian yang ada kuah saja, selebihnya aku jadi setan, membazir. Laksa penang pulak pada pendapat aku rasanya agak manis. Kuah macam pekat jugak. Biasanya ada nenas. Maafkan aku kalau silap sebab laksa Penang dengan kedah aku nampak macam sama. Kalau laksa Johor dengan Sarawak aku tahu macam lain sikit.
Panjang dah aku merapu, belum masuk bab mengenang masa lalu lagi nih. Hahaha. Aku cuba ringkas kan. Kenapa minat laksa? Jawapannya aku tak tahu. Kenapa tak tahu? Entahla..Memang aku tak tahu. Hahaha.
Dulu-dulu masa aku kecik-kecik, arwah mak sedara suka buat laksa. Waktu tu dia buat laksa pulas. Aku ingat lagi mesin kecik tuh. Tepung yang siap di uli kita leperkan dan masukkan dalam mesin pemulas tuh. Lepas tu kita pulas la. Maka keluar la bentuk laksa. Kalau nak buat kue teaw kena letak acuan yang besar sikit tuh. Ada orang yang suka letak kunyit bagi nampak kuning, ada yang biar je warna putih. Bagi aku yang putih ni nampak sedap lagi. Laksa pulas ni kalau kat Kuala Kangsar orang panggil laksa buyung. Tak silap aku la sebab kuah laksa tu di masak dalam buyung. Buyung tu benda apa? Hurmm,,berat nanang mung nih. Pi google sendiri.
Laksa pulas ni sedap sebab lembut dan makan pun tak payah nak kunyah sangat. Ngeyeh ngeyeh pastu telah ja. Biasanya aku makan lebih dua mangkuk la. Hahaha. Waktu kecik dulu makan tak kira waktu laksa nih. Main rembat je siang atau malam. Bukan apa, orang tua-tua kata makan laksa malam-malam ni kembung perut. Tapi dah laksa arwah mak sedara aku tu buat sedap, takkan nak tengok saja kan. Tapi sekarang aku dah tak dapat lagi nak merasa laksa arwah mak sedara aku tu buat. Banyak-banyak kuah laksa aku makan takda pun yang sama macam tuh. Dan apa yang aku perhatikan, setiap tukang masak kuah laksa nih ada identiti tersendiri yang membezakan rasa kuah laksa masakannya.
Ini kisah waktu aku kecik lagi. Sewaktu di Taiping lingkungan umur aku sejak lahir hingga UPSR, ada sorang pak cik naik moto jual laksa. Laksa dia sedap. Pak cik ni akan masuk ke kampung naik moto sambil picik hon. Harga waktu tu lima kupang tak silap aku. Dia letak dalam plastik. Lepastu kami ikat plastik tu bahagian atas dan tebuk bahagian bucu. Lepas tu makan la. Sapa yang pernah buat mesti tahu punya. Makan pulak bukan nak kat tempat biasa biasa. Paling kuat pun atas pokok rambutan depan rumah, pokok jambu atau dalam sungai. Kenapa mesti atas pokok? Sukar nak menjawabnya. Nikmatnya hanya si pelaku yang merasai.
Itu kalau beli untuk sorang bungkus dalam plasti la. Tapi kalau mak yang suruh beli untuk makan ramai-ramai, kami bawak besen kecik je. Cakap kat pakcik tu nak berapa ringgit berapa ringgit. Pak tu tahu la banyak mana nak letak. Jimat plastik. Lestari la katakan. Tapi sekarang dah tak jumpa dah pak cik naik moto jual laksa kat sana setakat aku balik kampung sekarang nih. Entah pak cik tu ada lagi ke takda aku tak tahu. Kalau pak cik tu ada lagi dan masih menjual, teringin la jugak aku nak beli laksa dia sambil ambil gambar. Boleh tunjuk kat anak cucu aku nanti. Hahaha.
Satu hari nanti aku akan belajar juga buat laksa. Bukan payah sangat aku tengok akak aku buat. Biasa-biasa je. Hahaha. Sembang kencang pulak tetiba.
Itu la serba sedikit coretan kisah laksa aku yang masih diingatan. Nnati kalau tetiba aku teringat lagi, aku akan kemaskini entri ni. Lagipun catatan aku ni hanyalah rujukan aku kelak di masa tua. Bila dah nyanyuk nanti apa pun tak ingat dah. Sekurangnya aku ada catatan untuk di baca ketika masa senggang. Orang lain taknak baca aku tak kisah pun. Terpulang. Takda paksaan. Tapi untuk my future wife, wajib kena baca. Mesti kena pandai buat laksa. Kalau tak aku pergi makan laksa kat gerai janda kampun sebelah. Hahaha..Ok Bai.
No comments:
Post a Comment