Assalamualaikum..
this my team. Usm hockey team 2103/14

Agak lama tak update. Kesibukkan di penghujung semester memang begini. Minggu lepas aku pergi terengganu. Masuk ni dah kali kedua aku g sana. Tahun lepas pergi sana (Kuala Terengganu) sebab ada lawan hoki untuk liga hoki masum divisyen 1 kat unisza. Kali ni pun aku pergi atas dasar yang sama.
Cuma bezanya yang tahun lepas lawan dengan Unimap, Kali ni lawan dengan Unisza pulak. Yang samanya dua-dua game kami menang. huhuhu.
Tentang game tak banyak la aku nak cerita. Cuma aku agak gembira hari tu sebab main agak lama berbanding sebelumnya. Aku cuma perlu cari keyakinan diri. Yang ni paling aku lemah bila dalam situasi sebenar. Walaupun kaki agak sengal-sengal, tapi Alhamdulillah la masih boleh main dengan baik. Main dalam cuaca panas memang mencabar dengan permukaan turf yang berbeza daripada turf di usm. Cabaran memang ada untuk sesuaikan diri dengan turf di Stadium Majlis Bandaraya Kuala Terenggganu (MBKT).
Apa yang paling aku suka bila pergi game luar daripada usm ni ialah kami satu pasukan sebagai satu keluarga. Memang seronok. Pergi makan sama-sama. Bergembira, berlawak dan bagai-bagai lagi. Setiap orang daripada kami ada ragam masing-masing. Benda ni yang membuatkan keluarga kami meriah, fun dan enjoy. Saling melengkapi dan saling memahami. Satu perkara yang penting dalam sukan berpasukan. Kalau team berpecah, tiada persefahaman, sukar untuk team tu berjaya dalam sebarang pertandingan.
Sebenarnya, perkara paling utama aku nak cerita adalah ultras yang datang waktu game. Dia tak tahu pun aku ada kat terengganu sampailah aku upload poster perlawanan kat facebook. Terus dia chat aku. hahaha.. Terkejut jugak aku. tapi aku dah positifkan diri, kekasih mungkin berpisah tetapi sahabat kekal selamanya.
Dia kata hospital tempat dia praktikal dekat dengan stadium je. Pastu waktu game dia datang la dengan kawan dia 2 orang mai tengok kami lawan. Terharu dan terkedu walau kini ia subur mekar dalam jambangan orang. cewahhh..hahaha.
Terima kasih sesangat aku ucapkan sebab datang support aku as a friends...dan, lepas habis game dan balik USM dia ada chat aku, kami sembang-sembang la. Agak terkejut jugak aku sebab dia tanya still solo lagi ker? kalau ye dia nak tolong la ejas kat kengkawan dia. Hahaha.. Aku faham niat baik dia. Tapi aku katakan terima kasih je la dan aku pun tak solo dah rasanya walau kelihatannya solo. Hahaha.. Ini dah merapu ke bahagian lain dah nih. Kang lagi panjang pulak entri nih, so, sampai sini je la ye entri. Tengok-tengok la sikit gambor kat bawah nih..
just smile

monopod buluh..hahaha..



muka baru keluar padang..huhuhu..penat tp enjoy

tamat separuh masa pertama

bincang-bincang...we are family

last memory maybe at mbkt..hahha
Aku paling suka dnegan team hoki usm tahun. Sebabnya dalam game kami memang serius main. Professional la katakan. hahaha. Bila ada masalah dalam padang contohnya buat simple mistake member akan back up. Coach sebelum ni pun selalu pesan suapaya jangan down kan player lain. Sebab kita adalah 1 pasukan. Dalam padang main serius sambil enjoy. Fokus game, bila habis je game, time tu ladok bergelak sakan bahan kawan-kawan. Memang seronok sebab masalah dalam padang tak dibawa sampai keluar padang. Sangat menarik. Aku jatuh dalam padang aritu semua mcm buat tak tau ja walaupun ada yang dah gelak. Tapi habis game kat luar padang, memang kena bahan sungguh la aku.. Very happy family. Harap situasi yang macam ni berkekalan samapi habis tournament nih..huhuhu...
## Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing
# Manfaatkan kelebihan dan atasi kekurangan
#Jangan sesekali putus asa
#everyone have a different talent

No comments:

Open Cbox