Assalamualaikum.....
Sekadar sebuah catatan lama yang kembali terimbau dalam dakapan waktu....

Sejak dua menjak ni asyik teringat je dengan suasana di asrama. Sebab tu la kot tercetusnya idea nak tulis entri kali ni berkaitan pengalaman hostel life aku pada yang sudi membaca. Kalau tak sudi pun takpa. Tak kisah. Sebab ini hanyalah catatan secebis kisah kehidupan aku. Ilham untuk menulis entri ni juga timbul bila mana semester ni buat pertama kalinya aku akan berpuasa di USM. Pertama kali.. !. Kali terakhir aku berpuasa di asrama masa aku di tingkatan enam atas 2011. Sekarang 2015 dan serta merta memori-memori sewaktu 2011 kembali menyinggah. Mungkin juga sebab sekarang musim exam, so kepala asyik memikir-mikir je kan.
Ketika di Tingkatan 2.. Delima 4, Bilik 4 (Nenas0 Belakang dari kiri: Aku ler, Yo, mat (afendi hafiz), Champ (Asrul basri), Emi (hizamy) depan: Akram dan Jun |
Untuk kali ini fokus catatan aku lebih kepada suasana di asrama semasa bulan puasa. Kalau yang biasa tinggal di asrama dia tahu la macam mana. Pengalaman kita juga pasti berbeza apabila berlainan tempat. Catatan aku ni berkisar kepada pengalaman aku semasa di asrama SMK Sultan Idris Shah II dari tahun 2005 hingga 2011 bermula tingkatan 2 hingga 6 atas. Kenapa tingkatan 1 tak tinggal di asrama? nanti aku ceritakan jawapannya..Nak mula dari mana ye? hurmm.. Takpa la, Aku cerita random je la ye..Huhuhu
Sukan.
Yang ni waktu aku tingkatan 2 dan tingkatan3 sebenarnya. Waktu ni Cikgu Noordin ketua warden. Bila bulan puasa kami budak-budak asrama tak dibenarkan untuk main sukan @ riadah petang. Sebabnya waktu tu akan digantikan dengan sesi tadarus al -Quran. Mula pukul 5 sampai pukul 6. Tapi ada je sesetengah puak tu yang pergi turun padang lepas tadarus. Gian sangat la kot tak dapat riadah. Ambik bola sebijik main timbang-timbang dekat padang sementara tunggu buka puasa. Warden mari semua cabut lari. Hahaha..Teruk betoii...

Antara sukan yang femes kat asrama... Bola Tampar |
Tadarus Al-Quran.
Tadarus Al- Quran macam aku cerita tadi dibuat waktu petang. Waktu tadarus ni semua pelajar asrama kena turun ke surau.Sapa lambat nanti biro (pengawas asrama) ambil nama lepastu bagi kat warden. hehehe..Tapi ada juga sesetengah spesis yang ngelat (curi tulang) tak turun. Alasan sakit perut la apa la. Aagai-bagai alasan dia. Cara perlaksanaannya, kami akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan ada seorang ketua. Kadang-kadang bahagi kumpulan ikut bilik.Kadang-kadang bahagi ikut suka hati orang yang bahagi tu. hehehe.. Takda la. Biro agama yang tetapkan. Seorang ahli kumpulan baca dan yang lain akan dengar dan tegur bacaan ahli kalau ada salah silapnya. Sku ni jenis lembap sikit baca Quran ni. Jenis merangkak la mudah cakap. Mungkin sebab dulu waktu kecik-kecik time mengaji aku selalu ngelat la kot. T u sebab tak berapa nak reti baca Al-Quran. So, senior grup aku tu, dia faham. Jadinya dia baca aku ikut. Habis satu juz. huhuhu.. Sehari tiap group kena habiskan satu juz. Sebab nanti akan ada majlis khatam Al-Quran. Ada masanya kami kena cover sampai 2 atau 3 juz sehari sebab nak cover waktu yang balik kampung punya. Pernah juga waktu aku tingkatan 6, ustaz Anuar (ketua warden) dia suruh tadarus lepas sahur. Akibatnya ramai la yang tadarus atas katil je la bila ustaz takda. Tapi kalau ustaz ada, penuh surau tu. hahaha... Kena rotan tu biasa la sebab tak turun. Aku pun dok kena jugak. Wat lek ja..Lepas tu gosok la.hahaha..
Selalunya malam sebelum cuti balik kampung akan buat majlis khatam Al-Quran. Waktu malam ni akan jemput la pengetua and orang-orang kuat sekolah mari. Malam tu ada dalam 20 orang lebih camtula yang akan baca kat atas pentas. Biasanya senior la sebab dah nak habis dan dah besar kan. Kena la tunjuk contoh kat adik-adik. hahaha..Ada juga budak-budak form 1 or form 2 yang join. Biasanya budak ni jenis yang mantap la bab mengaji dan geng surau. Aku first and last join waktu form 6. Hahaha.. Bukan apa, aku ni jenis nerves. Surah yang pendek pun boleh jadi panjang nanti. hahaha..Tapi memandangkan tu tahun last aku, so aku join la jugak.... Nasib baik lancar je. hehehe... Lepas habis semua, ada penyampaian duit raya. Wuhuuu...Bagi kat budak-budak yang tadarus dulu, Pastu baru bagi kat semua. Specialnya bidak tadarus dapat lebih sikit dan dapat bunga telur.
Sahur.
Pernah beberapa kali hari pertama puasa jatuh pada hari persekolahan. Pastu mula la ramai yang mintak nak balik rumah nak sahur dengan family. Nego punya nego, kadang-kadang dapat. Kadang-kadang tak dapat. hahaha.. Dapat pun kadang-kadang cuma bersahur je kat rumah, buka puasa kat asrama. Tapi ada je yang buat pelaq tak balik asrama. Pastu kena tindakan disiplin. Gantung asrama atau tahun depan tak dapat asrama. Sebab ada rekod.
Hari pertama sahur semua cergas. Mata segar bugar bangun. Pergi dewan makan tengok-tengok nasi ayam pulak. Perrgghhh..lagi la berselera. Tapi untuk hari pertama sampai seminggu pertama je la.. Minggu-minggu seterusnya boleh kira dengan jari je yang turun sahur. Sampai ustaz pun ceramah bila time roll call..''kerajaan bayar bla bla bla...untuk kamu makan bla bla la...membazir bla bla bla''.. esoknya ramai yang turun. Sehari je la.
Yang paling best, ada yang setan sikit perangai, lepas sahur dia naik kat blok dia akan cakap ''sahur! sahur ! sahur !!.. lauk ayam oii!!!.. '' dan serta merta badak-badak liat yang malas nak bangun bulat biji mata. Bersinar. Dengan pantasnya berlari ke dewan makan. Bila balik dari dewan makan dia akan jerit '' woi betoi woi, nasii ayam.. Cepat ! Cepat !''. Masuk je dalam bilik dia maki hamun budak tadi. '' haram jadah betoi. Ayam bapak hang ! ikan kerass! jahanam''. Hahaha...Budak asrama harian mesti tahu lauk ni. Ada satu lauk ikan tu, biasanya masak merah. Ikan besar pastu bila potong jadi ketoi-ketoi buat masak merah, sebijik nampak macam ayam. Tapi bila makan keras bebenor isinya. Aku selalu terkena. Kuajaqq betoi..
Aku pun jarang juga turun sahur. Malas oo..Tapi kekadang turun jugak. Terpaksa. Pernah beberapa kali la jugak, mak cik dewan makan naik kat bilik gerak sahur. Hahaha... Teruk benor budak-budak nih. Jadi semangat nak sahur bila time pergi bazar ramadhan beli lauk-lauk lebih dan memang simpan untuk buat sahur. Time ni memang semangat. Tapi tu pun kalau geng kita la. Kalau geng lain yang beli, tengok je la jawabnya sambil nganga. Nak mintak segan. Kekadang dia bagi tapi sambil buat muka.
Pernah juga aku dengan beberapa orang kawan, waktu tu form 3 kalau tak silap. Nak PMR kalau tak silap. Kami bawak bantal dengan selimut sekali buku kami study dalam dewan makan pastu tido terus dalam dewan makan. Ramai-ramai tido kat atas pentas dewan makan tuh. Ada jugak yang tido atas kerusi yang disusun memanjang. Bawah meja pun ada. Pastu bila orang bangun nak pergi sahur. automatik la deme gerak kami sebab lalu tepi kami je. Terus kami pergi sahur.
Bazaar Ramadhan.
Makanan!! hehehe. Waktu kat asrama masa aku form 2, kami boleh outing pergi bazaar ramadhan gerik. Hari-hari boleh pergi. Mula keluar lepas habis sekolah dalam pukul 3 petang. Malangnya nasib aku dengan kawan aku. Kami geng-geng form 2 waktu tu sesi petang semua. So kami cuma boleh kirim je la kat kawan-kawan. Tapi bila dah naik form 3 kami dah masuk sesi pagi. Aku jarang pergi bazaar ramadhan sebab tak tahu nak beli apa. Lagipun kawan-kawan dah beli kan. Buka posa nanti kita paw je la..hehehe. Kalau pergi aku biasanya beli rangka ayam, air tebu, roti john. Ni je la feveret aku. Kurma tak payah beli. Kat dewan makan ada. Kuih pun nanti kat dewan makan ada.
Tapi sejak pertukaran ketua warden dan sebagainya, banyak yang dah berubah. Waktu outing pergi bazaar dihadkan. Hanya hari selasa dengan rabu je kalau tak silap aku. Takpun rabu saja. Sebab tiap-tiap minggu balik kampung. Lepastu masa outing aspura dengan aspuri (rasa dekat sangat diri dengan asrama bila guna istilah ni) diasingkan. Maknanya hari lelaki outing perempuan tak bleh outing. Waktu outing pun sampai pukul 5 lebih je kalau tak silap. Sebab lepas tu kena pergi tadarus. Dan masa outing ni kekal la sampai sekarang. Berbeza waktu lelaki dan wanita ni bagi aku satu tindakan yang bagus juga sebenarnya. Sebab deme ni kuat dating. Hampeh betoi.
Lepas habis tadarus tu, kami akan ambil makanan dan tutup dengan plastik wrapping( entah betoi ke tak aku eja). Sepanjang aku kat asrama, ada satu tahun tu kami kutip duit beli plastik yang balut buku tu untuk buat tutup makanan sementara tunggu waktu berbuka. Lepas ambil makanan, letak dekat meja mana-mana yang kami dah 'chop' la kiranya. kebanyakkan tempat ni akan kekal sampai habis ramadhan. Asrama kan, mesti la ada 'klik', puak atau geng kan. Assabiah sungguh. Aku pulak kekadang jadi lalang. Setiap hari bertukar tempat. hahaha..
Sementara nak tunggu berbuka tu, ada yang baca buku, menyembang, tenung makanan lama-lama, mengumpat pun ada, yang tukang buat ''shhhhh,,,'' pun ada sebab bising. Maklumlah takut tak dengar azan. Alert sungguh. Kalau hari biasa bila azan dia dok menyanyi lagi dalam tandas. Biasanya budak-budak ni dok lepak kat astaka kat padang kat pondok kat padang tepi surau tuh. Waktu aku dulu, astaka yang sekarang ni tu takda lagi. Yang ada astaka kayu. Tu pun dan macam nak runtuh. Daripada astaka kayu hinggakan ada astaka yang macam sekarang ni waktu zaman aku kat asrama. Kiranya waktu peralihan tu aku ada la. Hahaha. Ada setengah puak tu pulak buat rajin pergi tawaf satu sekolah. Cari apa tak tau la.
Bila dah azan, ada la sorang yang akan baca doa. Biasanya dan semestinya orang tu bukan aku. hahaha. Maka bermulanya pesta makanan..... Ada yang makan kuih dengan kurma ja pastu pergi sembahyang maghrib dulu. Ada yang pelahap habis pastu naik bilik rilek-rilek baru sembahyang. Macam-macam orang ada. Aku?? Aku jadi semua. Ikut keadaan. Kalau ada warden, ada la aku dalam jemaah tuh, kalau takda, berjemaah dengan tiang katil dalam bilik la jawabnya. Keadaan ni dah mula berubah sedikit demi sedikit. Lepas makan semua kena solat maghrib secara berjemaah. Kadang-kadang time buka puasa ni makan sikit je nasi. Kenapa? Ada la sebabnya.
Habis buka puasa kami akan bersiap-siap tunggu waktu isyak. Sementara tuh, kami lepak-lepak dulu kat bilik. Waktu nak PMR dulu aku memang rajin study. Habis buka posa dok bilik study kejap. huhuhu. Time ni la mana-mana yang pergi bazaar atau keluarga ada hantar makanan dia akan bukak. Ronda je bilik ke bilik. Komfem perut kenyang.
Bila form 6, aku duduk bilik L. Bilik ni hanya muat untuk 4 orang je. Keutamaan kepada senior khasnya biro la...Time tu aku jadi ketua Umum, Erwan penolong, Faruk dan Amri biro.. So bilik tu memang kami yang punya la. Waktu ni kami geng form 6 rapat dengan budak form 1 geng Harith, Fifi, dan Singh (Azmi)... Rasanya detail pasal budak bertiga ni aku tak perlu cerita panjang kot. Dalam entri sebelum ni pun ada. Budak-budak ni memang rapat dengan kami. Biasanya lepas bukak puasa deme akan datang bilik kami. Dok lepak-lepak main UNO dengan JUTARIA. Hahaha... Pengaruh tak baik betoi aku ni.. Tapi memang seronok la... Bila ada ration (makanan) kami akan kongsi. Pernah budak-budak ni balik jamuan kelas dia bawak balik ayam BBQ kat kami. Terharu aku..huhuhu...
Tarawih atau Terawih? hehehe
Lepas solat isyak kami terus buat tarawih. Biasanya buat lapan je.Sebab lepas tu ada prep. Time tarawih ni pun ada yang ngelat. Kadang-kadang masuk lambat. Buat tak cukup lapan. Aku pun sama..hehehe....Kami tarawikh buat kat dewan makan jugak. Campur aspura dengan aspuri. Biasanya orang berebut datang awal sebab taknak dok saf belakang sekali sebab takda tirai antara lelaki dan perempuan.. Bayangkan bila lewat dan masbuk pastu nak tambah rakaat hang sorang ja. Pastu time rukuk pompuan pakat usha punggung. hahaha.. Tapi bila masuk lambat ni bagus jugak kadang-kadang. Sebab apa? Sebab dapat tengok budak aspuri yang tak sembahyang kat line belakang sekali. Depa ingat tak kantoi la tuh..Bukan yang red light punya, yang pakai telekung la.Dok menyembang je kat belakang. Yang tido pun ada. Pastu mula la malu-bila bila kantoi. Dan-dan mencelah kat orang yang tengah sembahyang. hahaha.. Kenai je sebenarnya geng-geng tuh.
Ada sekali tuh kami dok berebut kipas. Maklumlah dewan bila ramai orang, Panas piauu. Pastu mula la dok berebut nak tala kipas kat tempat masing-masing. Yang aspuri tu pun takmau kalah. Kami tukar, deme tukar balik.Last-last sampai dalam facebook dok menyembang. Dari tak kenal jadi kenal pulak.Hahaha...
Imam dengan bilal tarawikh ni ada jadual dia dah. Dan aku tak pernah jadi dua-dua. Time turn aku je, macam-macam alasan aku bagi. huhuhu..Sori la, bab ni aku lemah sikit. Habis tarawikh bersiap-siap le ke kelas prep. Biasanya dalam 9.30 dah habis tarawikh.
Waktu prep pun sejam je la.. Sampai 10.30 malam. Lepas tu ada moreh pulak. Menu moreh ni kalau time sedap memang sedap sungguh. Time hampeh, hurmmm,,Bersyukurlah ada makanan. huhuhu.. Contohnya murtabak . Bawang je banyak. Jangan nak kata murtabak daging atau ayam sebab aku tak jumpa pun binatang dua ekor tuh. Yang ada bawang, bawang, bawang dan bawang.
Dah macam tentatif pulak aku cerita kat atas tuh. hahaha.. Yang ni bahagian sampingan. Pelbagai ragam dan cara tanpa aturcara. Hahaha.
Budak asrama ni jenis kuat makan. Kat dewan makan dah ada makanan tapi tetap nak cari makanan lain. Waktu aku sekolah sesi petang, habis je sekolah kami akan serbu kantin. Dia ada jual lauk-lauk.
kalau ada ayam ke daging ke kami beli la. Kalau takda paling koman pun telur goreng letak kuah sambal. Kuah tu kena lebih sebab nak kongsi ramai. Simple tapi yang ni paling menyelerakan.
Pernah juga dulu aku buka puasa kat dalam bilik. Bawak trail ( pinggan tin/aluminium macam talam tu) bawak naik atas. Pastu duduk bersila dua tiga orang kat tengah-tengah bilik kami berkelah. Atas tilam pulak tu. Kebetulan hari tu warden naik, Kami bagi la alasan kata teman budak demam. Selamat kami. Cuma makan atas tilam tu je la kena marah. hahaha...
Lagi satu yang aku bengang bila ambik air. Botol semua besar besar sebab biasanya air sedap (jus tembikai, oren sanquick, sirap dll).Memang cepat habis la. Lepas tu sapa yang tak dapat bising-bising la.Mula la meronda dari meja ke meja. Mana yang botol besar-besar tu kami paw. Ada yang bijak dia letak bawah meja. Tapi tetap kena rembat jugak. Aku pulak jenis malas ambik air, mengharap simpati orang sebelah je. hahaha.. (padahal kat bilik ada air tebu.hihihi).
Aku pernah jugak banyak kali tak balik time bula puasa.Sejak dari tingkatan dua la rasanya. Kadang-kadang tu saja taknak balik. Nak merasa suasana asrama bila orang sikit. Biasanya kami dalam kelompok 5 ke 10 orang. Ada sorang senior tu duduk penang, so jauh la dia nak balik. Jadi kami ni kira teman dia la kat asrama.Time ni memang sunyi asrama. Tarawikh pun kelaut. Up tu yu la. Kalau rajin buat la.. Tapi biasanya kami buat jemaah la. Sebab kami akan buka puasa di dewan makan dekat asrama aspuri. On the way balik tu singgah terus surau dan stay sampai isyak.
Rindu juga aku nak rasa suasana tu lagi. Buka puasa ramai-ramai. Solat tarawikh ramai-ramai. Sejak habis sekolah nih, tarawikh aku pun dah kelaut. Asrama la tempat membentuk kita dalam segala bentuk dengan segala cara untuk menghadapi hari-hari seterusnya. Mungkin kita rasa rimas dengan segala macam bentuk disiplin. Pagi kena bangun awal. Tido kena ikut waktu. Ada waktu belajar. Ada waktu riadah. Segalanya dah disusun. Persiapan untuk diri kita. Bila dah masuk alam universiti atau alam kerjaya, kita akan sedar semua ni. Kita akan faham dan sedar bezanya pelajar asrama dengan pelajar yang tinggal di luar. Sangat berbeza dalam perlbagai aspek. Aku bukan cakap kosong. Aku cakap dari pengalaman sendiri dan juga pengalaman orang lain. Kita lalui benda yang sama.
Dah 4 tahun aku tinggalkan sekolah. Suasana yang masih terasa walau telah lama berlalu. Bohong la kalau aku tak pernah tak ingat asrama. Budak-budak yang tingkatan 1 semasa aku di tahun akhir persekolahan dulu pun sekarang tengah strungle nak ambik SPM.
Pernah juga aku dengan beberapa orang kawan, waktu tu form 3 kalau tak silap. Nak PMR kalau tak silap. Kami bawak bantal dengan selimut sekali buku kami study dalam dewan makan pastu tido terus dalam dewan makan. Ramai-ramai tido kat atas pentas dewan makan tuh. Ada jugak yang tido atas kerusi yang disusun memanjang. Bawah meja pun ada. Pastu bila orang bangun nak pergi sahur. automatik la deme gerak kami sebab lalu tepi kami je. Terus kami pergi sahur.
Bazaar Ramadhan.
Makanan!! hehehe. Waktu kat asrama masa aku form 2, kami boleh outing pergi bazaar ramadhan gerik. Hari-hari boleh pergi. Mula keluar lepas habis sekolah dalam pukul 3 petang. Malangnya nasib aku dengan kawan aku. Kami geng-geng form 2 waktu tu sesi petang semua. So kami cuma boleh kirim je la kat kawan-kawan. Tapi bila dah naik form 3 kami dah masuk sesi pagi. Aku jarang pergi bazaar ramadhan sebab tak tahu nak beli apa. Lagipun kawan-kawan dah beli kan. Buka posa nanti kita paw je la..hehehe. Kalau pergi aku biasanya beli rangka ayam, air tebu, roti john. Ni je la feveret aku. Kurma tak payah beli. Kat dewan makan ada. Kuih pun nanti kat dewan makan ada.
Tapi sejak pertukaran ketua warden dan sebagainya, banyak yang dah berubah. Waktu outing pergi bazaar dihadkan. Hanya hari selasa dengan rabu je kalau tak silap aku. Takpun rabu saja. Sebab tiap-tiap minggu balik kampung. Lepastu masa outing aspura dengan aspuri (rasa dekat sangat diri dengan asrama bila guna istilah ni) diasingkan. Maknanya hari lelaki outing perempuan tak bleh outing. Waktu outing pun sampai pukul 5 lebih je kalau tak silap. Sebab lepas tu kena pergi tadarus. Dan masa outing ni kekal la sampai sekarang. Berbeza waktu lelaki dan wanita ni bagi aku satu tindakan yang bagus juga sebenarnya. Sebab deme ni kuat dating. Hampeh betoi.
Lepas habis tadarus tu, kami akan ambil makanan dan tutup dengan plastik wrapping( entah betoi ke tak aku eja). Sepanjang aku kat asrama, ada satu tahun tu kami kutip duit beli plastik yang balut buku tu untuk buat tutup makanan sementara tunggu waktu berbuka. Lepas ambil makanan, letak dekat meja mana-mana yang kami dah 'chop' la kiranya. kebanyakkan tempat ni akan kekal sampai habis ramadhan. Asrama kan, mesti la ada 'klik', puak atau geng kan. Assabiah sungguh. Aku pulak kekadang jadi lalang. Setiap hari bertukar tempat. hahaha..
keadaan dewan makan... |
Sementara nak tunggu berbuka tu, ada yang baca buku, menyembang, tenung makanan lama-lama, mengumpat pun ada, yang tukang buat ''shhhhh,,,'' pun ada sebab bising. Maklumlah takut tak dengar azan. Alert sungguh. Kalau hari biasa bila azan dia dok menyanyi lagi dalam tandas. Biasanya budak-budak ni dok lepak kat astaka kat padang kat pondok kat padang tepi surau tuh. Waktu aku dulu, astaka yang sekarang ni tu takda lagi. Yang ada astaka kayu. Tu pun dan macam nak runtuh. Daripada astaka kayu hinggakan ada astaka yang macam sekarang ni waktu zaman aku kat asrama. Kiranya waktu peralihan tu aku ada la. Hahaha. Ada setengah puak tu pulak buat rajin pergi tawaf satu sekolah. Cari apa tak tau la.
Bila dah azan, ada la sorang yang akan baca doa. Biasanya dan semestinya orang tu bukan aku. hahaha. Maka bermulanya pesta makanan..... Ada yang makan kuih dengan kurma ja pastu pergi sembahyang maghrib dulu. Ada yang pelahap habis pastu naik bilik rilek-rilek baru sembahyang. Macam-macam orang ada. Aku?? Aku jadi semua. Ikut keadaan. Kalau ada warden, ada la aku dalam jemaah tuh, kalau takda, berjemaah dengan tiang katil dalam bilik la jawabnya. Keadaan ni dah mula berubah sedikit demi sedikit. Lepas makan semua kena solat maghrib secara berjemaah. Kadang-kadang time buka puasa ni makan sikit je nasi. Kenapa? Ada la sebabnya.
Habis buka puasa kami akan bersiap-siap tunggu waktu isyak. Sementara tuh, kami lepak-lepak dulu kat bilik. Waktu nak PMR dulu aku memang rajin study. Habis buka posa dok bilik study kejap. huhuhu. Time ni la mana-mana yang pergi bazaar atau keluarga ada hantar makanan dia akan bukak. Ronda je bilik ke bilik. Komfem perut kenyang.
Bila form 6, aku duduk bilik L. Bilik ni hanya muat untuk 4 orang je. Keutamaan kepada senior khasnya biro la...Time tu aku jadi ketua Umum, Erwan penolong, Faruk dan Amri biro.. So bilik tu memang kami yang punya la. Waktu ni kami geng form 6 rapat dengan budak form 1 geng Harith, Fifi, dan Singh (Azmi)... Rasanya detail pasal budak bertiga ni aku tak perlu cerita panjang kot. Dalam entri sebelum ni pun ada. Budak-budak ni memang rapat dengan kami. Biasanya lepas bukak puasa deme akan datang bilik kami. Dok lepak-lepak main UNO dengan JUTARIA. Hahaha... Pengaruh tak baik betoi aku ni.. Tapi memang seronok la... Bila ada ration (makanan) kami akan kongsi. Pernah budak-budak ni balik jamuan kelas dia bawak balik ayam BBQ kat kami. Terharu aku..huhuhu...
Tarawih atau Terawih? hehehe
Lepas solat isyak kami terus buat tarawih. Biasanya buat lapan je.Sebab lepas tu ada prep. Time tarawih ni pun ada yang ngelat. Kadang-kadang masuk lambat. Buat tak cukup lapan. Aku pun sama..hehehe....Kami tarawikh buat kat dewan makan jugak. Campur aspura dengan aspuri. Biasanya orang berebut datang awal sebab taknak dok saf belakang sekali sebab takda tirai antara lelaki dan perempuan.. Bayangkan bila lewat dan masbuk pastu nak tambah rakaat hang sorang ja. Pastu time rukuk pompuan pakat usha punggung. hahaha.. Tapi bila masuk lambat ni bagus jugak kadang-kadang. Sebab apa? Sebab dapat tengok budak aspuri yang tak sembahyang kat line belakang sekali. Depa ingat tak kantoi la tuh..Bukan yang red light punya, yang pakai telekung la.Dok menyembang je kat belakang. Yang tido pun ada. Pastu mula la malu-bila bila kantoi. Dan-dan mencelah kat orang yang tengah sembahyang. hahaha.. Kenai je sebenarnya geng-geng tuh.
Ada sekali tuh kami dok berebut kipas. Maklumlah dewan bila ramai orang, Panas piauu. Pastu mula la dok berebut nak tala kipas kat tempat masing-masing. Yang aspuri tu pun takmau kalah. Kami tukar, deme tukar balik.Last-last sampai dalam facebook dok menyembang. Dari tak kenal jadi kenal pulak.Hahaha...
Imam dengan bilal tarawikh ni ada jadual dia dah. Dan aku tak pernah jadi dua-dua. Time turn aku je, macam-macam alasan aku bagi. huhuhu..Sori la, bab ni aku lemah sikit. Habis tarawikh bersiap-siap le ke kelas prep. Biasanya dalam 9.30 dah habis tarawikh.
Waktu prep pun sejam je la.. Sampai 10.30 malam. Lepas tu ada moreh pulak. Menu moreh ni kalau time sedap memang sedap sungguh. Time hampeh, hurmmm,,Bersyukurlah ada makanan. huhuhu.. Contohnya murtabak . Bawang je banyak. Jangan nak kata murtabak daging atau ayam sebab aku tak jumpa pun binatang dua ekor tuh. Yang ada bawang, bawang, bawang dan bawang.
Dah macam tentatif pulak aku cerita kat atas tuh. hahaha.. Yang ni bahagian sampingan. Pelbagai ragam dan cara tanpa aturcara. Hahaha.
Ketika jamuan raya dan akhir tahun. Hahaha Abaikan muka rizal kat belakang tuh |
Budak asrama ni jenis kuat makan. Kat dewan makan dah ada makanan tapi tetap nak cari makanan lain. Waktu aku sekolah sesi petang, habis je sekolah kami akan serbu kantin. Dia ada jual lauk-lauk.
kalau ada ayam ke daging ke kami beli la. Kalau takda paling koman pun telur goreng letak kuah sambal. Kuah tu kena lebih sebab nak kongsi ramai. Simple tapi yang ni paling menyelerakan.
Pernah juga dulu aku buka puasa kat dalam bilik. Bawak trail ( pinggan tin/aluminium macam talam tu) bawak naik atas. Pastu duduk bersila dua tiga orang kat tengah-tengah bilik kami berkelah. Atas tilam pulak tu. Kebetulan hari tu warden naik, Kami bagi la alasan kata teman budak demam. Selamat kami. Cuma makan atas tilam tu je la kena marah. hahaha...
Lagi satu yang aku bengang bila ambik air. Botol semua besar besar sebab biasanya air sedap (jus tembikai, oren sanquick, sirap dll).Memang cepat habis la. Lepas tu sapa yang tak dapat bising-bising la.Mula la meronda dari meja ke meja. Mana yang botol besar-besar tu kami paw. Ada yang bijak dia letak bawah meja. Tapi tetap kena rembat jugak. Aku pulak jenis malas ambik air, mengharap simpati orang sebelah je. hahaha.. (padahal kat bilik ada air tebu.hihihi).
Aku pernah jugak banyak kali tak balik time bula puasa.Sejak dari tingkatan dua la rasanya. Kadang-kadang tu saja taknak balik. Nak merasa suasana asrama bila orang sikit. Biasanya kami dalam kelompok 5 ke 10 orang. Ada sorang senior tu duduk penang, so jauh la dia nak balik. Jadi kami ni kira teman dia la kat asrama.Time ni memang sunyi asrama. Tarawikh pun kelaut. Up tu yu la. Kalau rajin buat la.. Tapi biasanya kami buat jemaah la. Sebab kami akan buka puasa di dewan makan dekat asrama aspuri. On the way balik tu singgah terus surau dan stay sampai isyak.
Suasana ketika tazkirah.... |
Rindu juga aku nak rasa suasana tu lagi. Buka puasa ramai-ramai. Solat tarawikh ramai-ramai. Sejak habis sekolah nih, tarawikh aku pun dah kelaut. Asrama la tempat membentuk kita dalam segala bentuk dengan segala cara untuk menghadapi hari-hari seterusnya. Mungkin kita rasa rimas dengan segala macam bentuk disiplin. Pagi kena bangun awal. Tido kena ikut waktu. Ada waktu belajar. Ada waktu riadah. Segalanya dah disusun. Persiapan untuk diri kita. Bila dah masuk alam universiti atau alam kerjaya, kita akan sedar semua ni. Kita akan faham dan sedar bezanya pelajar asrama dengan pelajar yang tinggal di luar. Sangat berbeza dalam perlbagai aspek. Aku bukan cakap kosong. Aku cakap dari pengalaman sendiri dan juga pengalaman orang lain. Kita lalui benda yang sama.
Antara wajah-wajah yang mewarnai hidup aku di asrama.. macam gambar aku je yang banyak..hahaha |
Apa yang aku ceritaka ini hanyalah segelintir pengalaman aku. Pengalaman kita semestinya tidak sama walaupun kita melalui perkara yang sama. Apa yang aku ceritakan disini adalah sisi-sis positif yang mungkin boleh dijadikan cebisan kenangan serta panduan. Sisi-sisi negatif atau Underground aku akan ceritakan jua. Sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Mungkin juga secara analogi melalui kisah -kisah yang akan aku catatkan di kemudian hari.
Kalau-kalau ada budak asrama yang membaca catatan aku nih, satu je pesanan aku. Create your own story with the same media.
Budak asrama mana yang baca tu cer kongsi sikit cerita kome. Mana la tahu cerita kome lebih menarik dan terkini. Dapatlah mengubat rindu teman nih.Huhuhu
P/S: Baju t-shirt asrama aku semua hilang. Hampeh betoi..ni la masalahnya bila baju sama tinggal kat asrama.
No comments:
Post a Comment