SELAMAT DATANG TAHUN 2013

assalamualaikum...salam tahun 2013 dan salam perpisahan tahun 2012. pertama sekali terima kasih diucapkan kepada cikgu uuna kerana sudi follow blog aku..
walaupun agak lewat untuk membicarakan kedatangan tahun baru ni,namun aku akan tetap jua menulis kerana tika dan waktu inilah sahaja aku berkesempatan. apabila tiba tahun baru pasti semuanya membicarakan tentang azam baru,termasuklah diriku ni. sesuatu yang pasti, aku tidak menyambut tahun baru mengira detik jam 12 tengah malam. aku rasa itu bukanlah satu keperluan.
azam tahun baru aku kali ni agak berbeza daripada yang sebelumnya. ada banyak sebab tetapi aku tidak akan menyatakannya disini.
banyak kepahitan dan kemanisan yang telah aku tempuhi sepanjang tahun 2012. aku harap itu semua kekal dalam lipatan sejarah hidup aku. semestinya aku perlu memanjatkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi kesempatan usia buat diri ini untuk menghirup udara di muka bumi ini.
seperti sebelumnya,aku akan dan sememangnya pasti akan terkenangkan kembali suasana ketika aku mula-mula melangkah ke alam persekolahan dahulu. tahkala melihat di kaca-kaca telivisyen suasana hari pertama persekolahan. apatah lagi ketika mendaftar masuk ke asrama. pengalaman tinggal di asrama banyak mengajar aku erti hidup yang sebenar dan mendidik aku mejadi seorang muslim dari sudut agama dan bukan hanya pada nama.

moto tahun  baru aku..''BUAT APA YANG PERLU,LAKUKAN APA YANG DIMAHUKAN''

UPSI HOCKEY INDOOR OPEN 2012

ASSALAMUALAIKUM...sebenarnya even ni dah lama lepas.tapi baru kali ni aku berkesempatan untuk menulis berkaitan ni. pada 19.20 dan 21 oktober 2012 aku terpilih menyertai team usm ke pertandingan hoki  dalam dewan terbuka upsi 2012.seronok la,first time main indoor peringkat universiti.sebelum ni main atas court bola tampar je dengan court tenis je.
  aku join team B untuk pertandingan ni,.nasib tidak menyebelahi kami,kami hanya mampu sampai hingga ke peringkat suku akhir je,sedih la,dah hampir2 nak masuk separuh akhir dah.tapi takpa la,tu bukan rezeki kami, lagipun ni penyertaan pertama kami, lebih kepada pendedahan dan sebagai pengalaman.apa-apa pun..memng mnarik dapat join tournament macm ni.......semoga aku masih ada,waktu dan peluang untuk join even macam ni di lain hari dan waktu.

PESTA HOKI USM-PENANG INTERNATIONAL KALI KE-39,(6-9 DIS 2012)


Assalamualaikum...alhamdulillah..untuk entry kali ini aku akan coretkan serba sedikit mengenai  PESTA HOKI USM-PENANG INTERNATIONAL KALI KE-39 yang baru saja berakhir. Ini merupakan kali pertama aku menyertai pertandingan ini walaupun sudah lama berhasrat. Aku join pesta ni under team USM B. Kami join 2 kategori iaitu kategori IPT dan OPEN MEN CLASSIC.,.,.dalam kategori ipt kami gagal melepasi peringkat kumpulan manakala team A menyandang naib juara apabila tewas kepada upsi.
  Walaupun kecewa dengan kegagalan mara ke pusingan kedua,kami tetap optoimis mampu mencapai sesuatu dalam kategori open men classic. Kemaraan kami tersekat pada peringkat separuh akhir apabila ditewaskan dengan mudah oleh sekolah sukan bandar penawar yang sememangnya tough dari segi basic dan sebagainya. Memasuki peringkat separuh akhir sahaja sudah melayakkan kami untuk menaiki podium menerima hadiah wang tunai dan medal yang disampaikan oleh YM RAJA DR NAZRIN SHAH..pemangku sultan perak.
PESTA HOKI USM-PENANG INTERNATIONAL KALI KE-39
sebelum acara penyampaian hadiah dimulakan

PEST HOKI USM-PENANG INTERNATIONAL KALI KE-39,(6-9 DIS 2012)
sabar menanti untuk menaiki podium bagi menerima medal

PESTA HOKI USM-PENANG INTERNATIONAL KALI KE-39,
saat dikalungkan medal oleh raja dr,nazrin..nerves oo..

PESTA HOKI USM-PENANG INTERNATIONAL KALI KE-39,(6-9 DIS 2012)
pertama kali naik podium..hahahaha..


PESTA HOKI USM-PENANG INTERNATIONAL KALI KE-39,(6-9 DIS 2012)
bersama rakan sepasukan serta manager...huhu

PESTA HOKI USM-PENANG INTERNATIONAL KALI KE-39,(6-9 DIS 2012)
no komen

pesta hoki usm, usm -penang international hockey, usm, hockey, field hockey, usu hockey turf,
gambar kenangan bersama team B kategori  IPT
   Semestinya ini merupakan kenangan manis dalam hidup aku walaupun ini hanyalah penyertaan pertama aku.insyaAllah tahun depan kalau ada rezeki dan terpilih aku akan join lagi pesta hoki ni.


facebook : https://www.facebook.com/pestahokiusm
web         :http://www.usm.my/



Open Cbox