THE SECRET WAR ( 1 )

HAHAHA.... Acah betul la tajuk entri aku ni,, bajet betul dah macam tajuk novel. novel?? oh tidak.. tiba-tiba aku teringatkan  cerita-cerita aku kat wattpad yang dah lama tak update tu. tapi kan tiap kali update blog pun aku cakap benda yang serupa juga kan. bila nak update, bila nak update sampai aku sendiri pun naik jemu nak membacanya. orang lain aku tak tahu la macam mana. tapi kalau aku snediri agak jemu jugklah. cerita dah la entahj apa-apa. fuyoo... panjang pulak mukaddimah entri aku ni. Hahaha..

Sectret War ni bukanlah peperangan antara negara, antau angata bangsa mahupu negeri apatah lagi daerah.  Dengan jiran lagi la tak mungkin. Tapi Secret War ni adalah peperangan dalam diri iaitu peperangan dengan diri sendiri yang mana hanya kita sahaja yang tahu dan hanya kita shaaja yang rasa.

Dan sekarang ianya berlaku lagi dan akan sentiasa berlaku. Puncanya adalah konflik dalam diri yang mana tidak semua orang akan faham kecuali pemilik tubuh itu sendiri. Sebelum anda mengerutkan dahi tidak faham apa yang sedang aku bebelkan, baca semula ayat di atas. Aku menulis untuk peringatan diri aku dan hanya aku sendiri yang faham. Jika anda faham, itu adalah kelebihan anda. Harap anda  mengerti.

Berbelas tahun dahlu lagi 'perang' ni tercetus iaitu ketika aku sudah dapat berfikir membezakan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk dan akibatnya. sejak hari tu, aku mula 'berperang' dan ianya belum berakhir dan aku sendiri tak tahu bila akan berakhir.

Aku tidak bercakap tentang orang lain. Aku bercakap tentang diri aku.

Yang terbaru buatkan aku berfikir dan berfikir. Sampai bila?? Mungkin ini petanda atau petunjuk untuk aku walaupun sehingga ke Hulu Terengganu aku pergi. Mungkin inilah dia. Aku berhabis wang ringgit masa dan tenaga. Tapi jika ini adalah 'turning point' untuk aku, Alhamdulillah. Bercakap tentang Hulu Terengganu, sekarang ketika saat aku menyambung catatan ini aku sedang berada di sebuah gerai di Stesen Bas Kuala Berang, Terengganu. Semua orang hairan kenapa aku ke sini. Kata mereka ini tempat jin bertendang, itu aku tak tahu. Kata mereka aku gila, ini pun aku tak tahu. Apa yang ada di Kuala Berang? Bagi aku disini tiada apa-apa secara fizikalnya untuk aku pandang. Ianya soal dalaman seperti mana tajuk entri aku kali ini.

Yup, aku mengaku, aku juga tak tahu apa yang aku cari disni dan apa yang membawa aku kesini. Mereka masih bertanya dan mereka masih hairan. Disni tiada apa-apa. Cuma pekan kecil dengan penemuan seketul batu bersurat yang mengukir namanya dalam catatan sejarah tanah air. Untuk sampai kesini kali kedua aku rasa mustahil melihatkan keadaan sekarang.

Berpeluh di dalam persekitaran berhawa dingin tidak mengejutkan apabila jiwa bergelodak resah akan sesuatu yang tidak berpenghujung. Menendang-nendang untuk dizahirkan dalam titisan air mata. Tetapi seketul daging merah bernama hati kental mengeras tidak mengalah. Masanya akan tiba. Pasti tiba.

Ianya sukar tetapi tidak mustahil. Bermula dari bawah mendaki sedikit demi sedikit.


No comments:

Open Cbox