AKU KINI....................

aku kini.kini aku telah bergelar seorang mahasiswa di sebuah ipta di utara tanah air.perasaan masuk universiti/ mestilah seronok,bangga pun ada,maklumlah,menjejaki menara gading merupakan impian setap orang yang bergelar pelajar.
aku telah mendaftar di universiti sains malaysia pada 1 september 2011.untuk menjadi mahasiswa usm bukanlah mudah,ini kerana usm merupakan universiti pertama di malaysia yang berstatus APEX.
hari pertama di universiti sangat menarik.pada minggu pertama pendaftaran program orientasi telah diadakan dan di namakan Program Siswa Lestari.....banyak perkara menarik yang berlaku termasuklah juga perkara yang agak tidak menarik. hari pertama dan malam pertama pun dah ada makhluk selain manusia yang kacau aku.boleh digigitnya kaki aku..nasib baik la aku tak sedar waktu tu.sudahla aku tak da roomate.bilik aku pulak di tingkat paling atas.serammm oo...
hari pertama masuk kuliah amat mengujakan.bayangkan satu dewan kuliah ada kira-kira 300 orang dan ke atas..memang cabaran betul.
minggu kedua  memang memenatkan.segalan urusan pendaftaran kursus perlu dilakukan sendiri.jadual kelas kena susun sendiri.benar kata orang,kehidupan di universiti memang mencabar.penuh dengan cabaran dan dugaan.siapa yang leka dan alpa,maka,kegagalanlah yang akan menantinya.
bahasa inggeris memang satu keperluan yang penting.siapa yang mahir berbahasa inggeris maka beruntunglah orang itu.
walaupun telah mengambil MUET di sekolah,namun di universiti bahasa inggeris perlu di ambil semula,maknanya belajar balik la,past tense,present tens n suma-suma tula..iskh3..
sekarang aku dah semakin menyesuaikan diri dengan kehidupan baru aku sebagai pelajar universiti..walaupun kawan-kawan sebaya aku terlebih dahulu memasuki universiti,aku tetap percaya kita tidak gagal selagi kita mempunyai ruang dan waktu.yang penting kita ada usaha ke arah matlamat yang kita impikan.
cuma sekarang ni aku perlu bijak menyusun jadual aku,sebabnya aku terlibat dalam permainan hoki yang menuntut komitmen siang dan malam.aku juga menyertai PALAPES yang sememangnya menuntut kekuatan mental dan fizikal aku sebagai seorang mahasiswa di universiti sains malaysia.
segalanya bergantung pada diri kita...bagaikan sebuah kapal di tengah lautan.kita yang mengemudi,angin hanya membantu dan kadangkala turut menguji kita,


#penulisan yg berterabur disebabkan diawal blog ini dibina hanya sebagai sebuah catatan, luahan oleh penulis...

No comments:

Open Cbox