Assalamualaikum...alhamdulillah,berkesempatan juga aku update blog ni,setelah lama tertunda.kali ini aku nak cerita la sikit pasal kampung halamanku di changkat jering,taiping perak.setelah hampir sepuluih tahun tidak balik ke kampung,akhirnya raya ke -5 tahun ni aku balik juga,aku je pun yang tak balik lagi.family aku semua dah balik sebelum ni.
banyak yang berubah,secara tidak langsung memadamkan segala kenangan zaman kanak-kanak aku di kampung paya,kampung ku.
sepangjang menetap di sana sehingga umur 12 tahun,pelbagai kenangan pahit manis yang terpahat teguh di minda.
kawan-kawan? entahla...sorang pun tak jumpa...maklumlah,balik pun sekejap saja,mana la sempat nak g explore satu kampung.
|
gelanggang badminton..tempat aku main ''hoki''.guna batang kayu ubi,bolanya pula tin yang dikemekkan.best..hahhaha |
|
jambatan di sungai tepi surau dan kedai.tempat mandi2 ngan kengkawan.kekadang kami ponteng sekolah rakyat(sekolah agama),pastu kami men sungai ni.air pun dah cetek. |
|
ini pula sekolah rakyat.hanya ada dua kelas.1 kelas untuk darjah 1-3.satu kelas lagi untuk
darjah 4-6.tenaga pengajar hanya dua orang. |
|
surau.baru buat ni.surau lama dah dirobohkan..tepi tu kedai.belakang surau tu pulak sekolah rakyat.
masa kecik2 dulu selalu berebut dengan kawan2 nak azan kat surau waktu maghrib. |
|
sungai di jambatan |
|
siput sedut..feveret ni.hhahaha.cari kat sungau je siput ni.pastu buat masa lemak.sedappp..!
masa tinggal kat sana.siput ni dah jadi lauk wajib. |
|
sungai di belakang rumah.waktu rumah kat sana,sungai ni la nadi kehidupan kamai.mandi,mencuci,semuanya menggunakan air sungai. |
|
sungai di belakang rumah.bila hujan lebat,banjir la keliling rumah.
jadi macam pulau.tapi sekarang rumah tu dah takda |
No comments:
Post a Comment