assalamualaikum..terima kasih kepada mereka yang sudi menyinggah di blog ini.maaf sebab lama tak update.maklumlah agak busy dengan kehidupan baharu sebagai mahasiswa usm.alhamdulillah sekarang sudah dapat membiasakan diri dengan suasana yang berbeza ini.
kali ini aku nak ceritakan sikit la pasal kem yang telah aku pergi pada 21-23 hb 9 2012 hari tu.
bila bukak je sampul surat hari tu,terkejut aku.tengok-tengok dapat kem d'risa impiana campsite,gerik.dekat kampung aku la tu.huhuhu..cerita kat kak aku,aku pulak kena gelak dengan dia.kurengg tol.katanya.''pegi jauh2,alih2 balik gerik jugak.apa baranggg''..hahahha
|
sebelum bertolak ke kem.. |
|
sebelum bertolak ke kem.dengan kawan baru....hahaha |
lagipun ke tu aku tak pernah pergi lagi.perasaan nak pergi tu memang xcited giler la..aku kena siri yang ketiga,siri terakhir la tu..dalam hati dok pikir,siri last ni mesti kena buli kaw2 punya...perjalanan dari usm pulau pinang ke kem tak sampai 2 jam.kami sampai pun dah dekat pukul 12 tengah hari.lepas tu pelajar lelaki semua kamki g solat jumaat dekat masjid plang.masuk ni dah dua kali la aku solat kat situ.first masa balik dari lawan hoki.
mula hari pertama kami dibekalkan dengan khemah..malang menimpa aku,disebabkan dok depan,aku telah dilantik menjadi ketua platun 4.terpaksa la aku..satu khemah dalam 4-5 orang,tapi khemah aku samapi tujuh orang.time mlam,setengah berjaga setengah lagi tido..aku pilih berjaga la.malam tu just main macam ice breaking je...
best game tu..sebab tak pernah main kan.kami dibenarkan tido awal.hujan malam tu memng mencabar diri betol.
pukul 12 lebih kami dikejutkan pulak untuk aktiviti malam.nasib baik aku tak tido.dengan berpakaian sukan kami berjalan merentasi gelap malam.cahaya begitu terhad.mula2 ikut jalan raya,lepas tu masuk hutan pulak.betol2 gelap.tak takut la sebab ramai..mula2 ok la,jalan2 je.lepas tu dah sampai satu tempat tu,ramai yang jatuh,sebabnya tanah licin.kami naik bukit turun bukit.dalam gelap pulak tu..turun bukit kena pegang pokok2.naik bukit pun sama kena pegang pokok jugak,kalu tak cium tanah la jawabnya.
sampai satu tempat tu kami kena merangkak dalam lumpur ala2 askar gitu..jauh juga merangkaknya.kotor baju memang tak dapat dielakkan...pastu jalan2 lagi..kena meranggkak dalam lumpur jugak tpi lain sikit sebab merangkak mendaki bukit..huhuhu..bergelumang ngan selut je malam tu,..pastu kena jalan bertiga2 dalam gelap....fasi buat bunyi macam2..tak takut pun..hahahhaa....cuma bunyi anjing je risau sikit..sebab tu anjing ori punya,mana datang pun tak tau.aktiviti ni habis dalam pkul 4 pagi lebih..penat oo...rumusan utk aktiviti menggambarkan kami sebagai mahasiswa baru di universiti dengan kehidupan baru.tanpa cahaya,kami kegelapan,jadi kami perlukan cahaya,petunujk dan bimbingan.jalan kami kabur,masih tercari-cari arah di universiti.lepas tu segala cabaran yang kami tempuhi menggambarkan kesukaran,cabaran kepayahan yang perlu kami tempuhi untuk berjaya di universiti.
penat gila-gila aktiviti jungle tracking malm tu..tido sekejap je..pagi tu pulak jungle tracking lagi.pakai baju semalam..tak basuh pun.hahahha...semua pakaian yang semalam .kasut,stokin,seluar n baju,1 set!
jungle tracking jugak.tapi masuk hutan lain pulak.redah sungai..pagi2..sejukkk woww...pastu satu tempat tu kena duduk dalam air..dengar fasi cakap2 skit..diseabkan budak lelaki suka bercakap waktu fasi tengah bercakap,kaim didenda meniarap dalam air sungai yang cetek n berbatu batu tu n meranggkak naik atas..
sampai kat atas satu hal lagi.kena duduk dalam air sampai paras bahu..ketar je badan.pastu nyani lagu usm. dan lagu jambatan goyang
goyang jambatan goyang 2x
ku takut terjatuh 2x
lalu aku berenang 2x
basahnya bajuku 2x
lalu aku sidainya 2x
kupakai semula 2x
cantik tak! cantik tak!
kena buat siap gaya lagi tu.huhuhuu..habis dah yang tu..on the way nak naik ke tebing plak kena lagi...meniarap dalam lumpur pastu pusingkan badan.bgi lumpur kena bahagian belakang badan.bangun palak kena sapu lumpur kat muka.huhuhu..air lumpur tu bukan air biasa,tapi air getah sekerap.hahahha..wangi je bau badan..
balik ke kem buat aktiviti lain pulak.tak tukar baju.just mandi tanpa tukar baju.mandi pun just basahkan n buang2 lumpur je,tak bersabun pun
kemudiannya akktiviti survival cooking.kena masak sendiri pulak..ayam satu platun sekor.ayam kena sembelih sendiri pulak tu.aku yg volenteer sembelih..hahaha..balik2 ke ahli grup yg tengah buat persiapan memasak,aduhaii..malng lagi..bedera besar iaitu barang amanah platun aku telah dirampas.cuai la pulak.jhhuhuhu
abaikan je yang tu.malam kompem kena denda.menu kami ringkas je,kobis tumis yang dicapur kunyit+rempah kari+kicap+gula+garam n benda pa lagi aku tak tau...
ayam pulak kami buat goreng separuh masak pastu buat masak kicap.depa nya campur pulak dah serbuk kari,kicap punyala banyak,tambah gula lagi tu..rasanya?? manis n masin..hahahhaa..
tumis kobis kicap+ayam masak kicap+kicap....ni la lauk team aku..habis licin lauk tu.semua makan..hahaha
malam tu semua terkejut...aku lagi la terkejut.sebabnya,...kami dapat no 3!! lauk kami kiranya sedap juga la ek..berjaya memikat hati juri.hahaha..tak sangka sungguh..
malam kedua tu kami kena buat persembahan..takfsiran tema persembahan berdasarkan gambar yang dibekalakan dan persembahan mestilah komedi menarik dan orang gelak.kalau tk kena denda.hahaha
nasib baik la platun aku tak menang.tak kalah n tak kna denda,,hahaha,,selamat2
denda apa yang platun yg kalah tu kena?? hahaha..telur+tepung+sirap..disapukan ke muka..hahahha
platun aku menang 3 pertandingan.memasak,acara masuk air dalam baldi n gelung...hebat jugak deh..hhahaha..ahli grup aku best,sporting...ok la..mlam tu kami kena denda sifir siput sebab bendera di rampas....caranya mudah
1x siput=siput
2x siput=siput siput(kepala tunduk ke kiri)
sampai sepulut kali..letih ooo...hahahah
barang amanah yang kami dapat memg banyak.topi+name tag+bendera kecil..aku pulak kena +bendera besar n barang lain yg diberi kemudian.huhuhu
ni pun gambar masa nak balik dah..awat la mata aku tertutup..huhuh
apa2 pun kem ni memng best.daripada kem2 lain yang pernah aku pergi,kem pimpin siswa ni memng best..mencabar n happy.suma orang sporting...gambar masa aktiviti tak ambik sebab nset disimpan pihak kem..huhuhu