Assalamualaikum...
|
SMKSIS II SENIOR kushairi, ijat, ajis, aku, shaka, chua azam, shafirul |
Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak hasrat aku nak main hoki satu team dengan team sekolah aku. Pernah main waktu 2012 tapi tahun 2013 tak main sebab tak sempat dan agak sibuk dengan study. Pengkalan Hulu open ni kira tournament yang baru la. Baru masuk tahun ketiga penganjuran.
Kalau tahun 2012 dulu team aku nama team Gerik, tapi kali ni kami pakai nama sekolah pulak.
SMKSIS II SENIOR. huhuhu.. Kami hantar dua team. Satu lagi team SMKSIS II JUNIOR..
|
Key player...hahaha...Shakarullah dan Syafirul |
Target game ni tak tinggi la sebab kami masa training pun kurang. Aku sibuk dengan study dan palapes. Yang lain pulak sibuk nak exam. So kami prepare mana yang sempat la. Esok nak game hari ni baru jumpa semua team mate..hahaha. Aku la beria-ria sangat nak buat team.Tapi aku yang paling lambat balik.huhuhu.. Tercapai jugak..
Keputusan?? Kami kalah grouping lagi..hahaha...tapi tak la kena belasah macam 2 tahun lepas..kira ok la sikit. Kalau kami dan training sekali mungkin lebih luck la.Team satu lagi ada juga menang 1 game. Tapi tak layak jugak. Okay untuk team tu geng2 budak sekolah lagi., semua tahun depan boleh main untuk sekolah lagi. Kalau aku jadi cikgu nanti aku memang akan banyakkan la hantar team sekolah ni main kejohanan-kejohanan terbuka ni sebagai pendedahan. Dan tindakan cikgu Fauzi ni kira bijak dan bagus la untuk masa depan hoki SMKSIS II. Semangat dia kuat dan dia banyak membantu kami untuk join kejohanan nih...
|
Sakan berselfie budak2 nih...Nasib baik aku tak gemar selfie..kalau tak aku dok depan sekali |
Dah lama tak main atas padang nih aku memang jem sikit la basic. Tahan tak kena la. Pukul bola tapi tanah yang pergi. hahaha. Dan fitness aku waktu tu memang out. Walaupun kalah, tapi aku enjoy and team pun semua enjoy.huhuhu..
Tahun depan In Shaa Allah kalau USM tak hantar team tournament nih aku akan main lagi dengan team ex-sekolah aku nih. Cikgu Fauzi pun ada cakap dia nak hantar tiga team tahu depan. Menarik rasanya kalau dapat tubuhkan satu kelab hoki sekolah untuk alumni. IDRISIAN HOCKEY! huhuhu... Agak sukar tapi tak mustahil.
|
tetiba aku naik jadi forward..hahaha..pastu pancit tak reti2 nak turun..
|
|
Kalau main dari awal keeper nih, mesti mantop...cergas |
|
kerana terpaksa aku sarungkan juga no 13..hahaha.. ramai pulak yang dok minat 15 nih..iskh3 |
dah tua2 pun dapat pakai jersi sekolah lagi..huhuhu
No comments:
Post a Comment