Assalamualaikum...
kisah ni dialami oleh aku sendiri dan tujuan aku ceritakan ialah sekadar untuk berkongsi.okay,begini ceritanya....
Malam tadi aku pergi merayau-rayau naik motor dalam sekitar kampus induk USM. Bukanlah sebab aku stress dengan final exam yang lagi 2 hari tuh, dan juga bukan sebab aku saja-saja buang masa dan bazir minyak moto aku. Tapi, aku nak cari vending machine. Alaa, mesin tekan air tin automatik tuh...takla banyak sangat vending machine dalam Usm nih, so, yang mana aku jumpa tuh aku pergi la kat situ. aku masukkan duit syiling 10 sen dan 20 sen, dalam nilai rm 2.00 pastu aku tekan/pulas button dapatkan duit baki/button cancel.. kalau pernah guna mesti tahu kan button apa yang aku maksudkan tuh.
Aku ada bawak 1 beg galas kecik. dalam tu ada la duit syiling aku yang nak ditukar dan dah ditukar.. habis tukar kat mesin tuh, aku pun pergi cari mesin lain pulak. pastu aku teringat dekat masjid usm ada Vending machine nih jugak..aku pun pergi la. sampai je kat mesin tuh aku tengok button nak keluarkan duit baki tuh dah tercabut. hampa jugak la aku. aku patah la balik ke moto untuk balik. tengah dok jalan tuh aku perasan ada orang kat pondok depan masjid tuh, aku terus je la jalan. pastu tetiba pak cik tuh panggil aku. aku pun pergi la sambil dalam hati dok fikir macam-macam dah.
''ni mesti nak bagi tazkirah ni''. fikir aku.
(sekadar gambar hiasan) |
aku tak masuk dalam pondok tuh, aku dok luar je, sebab biasanya kalau nak bagi tazkirah paling kurang 10 minit je, kalau aku duduk dalam tuh, maunya lebih 10 minit nanti. pak cik tuh tanya la aku dari mana?? dan beberapa deret lagi la soalan. Pak cik tu cerita la kata dia datang dari Selama, dekat Taiping. aku pun tanya la pak cik tuh macam mana boleh sampai sini(usm,penang)?katanya,dia berpisah dengan bini dia dan bawa diri ke penang. dah hampir sebulan dia dok kat masjid usm. Awal bulan 1 nih dia nak cari keja.tapi dia taknak tinggal kat hostel tempat keja tuh, dia kata lepas keja nak balik dok kat masjid usm balik . aku pun dengar je la..
''pak cik nak mintak tolong sikit boleh tak"....terkejut jugak aku.''tolong apa''? tanya aku balik walaupun aku seakan dapat agak apa pertolongan tuh..
Pak cik tu pun terus terang la kat aku yang dia ada masalah kewangan. jadinya dia nak mintak la duit kat aku sikit. lepas buat duit makan pun takpa la katanya. gelabah plak aku jadinya..iye la, tangan kiri gengam syiling, dalam poket seluar ada syiling, beg yang tengah pegang pun ada syiling.. takkan aku nak bagi syiling kot?? pastu aku pun cerita la kat pak cik tuh yang bab ni aku memang tak boleh tolong. aku cerita la tentang masalah student bila dihujung semester nih. duit memng tak cukup. aku pun baru sehari sampai dari kampung. ada la sikit duit belanja untuk dua minggu,. waktu nih aku tak bawak wallet,,,so, lepas cerita-cerita kat pak cik tu, pak cik tu pun seakan-akan faham dengan kewangan aku jugak.pak cik tu mintak maaf la. katanya bukan dia nak paksa ke apa, just mintak tolong kalau aku mampu.
Dalam dok cakap tuh aku ada la sebut pasal sekarang nih musim peperiksaan. pastu pak cik tu nasihat dekat aku, dia pesan supaya solat tuh kena jaga, katanya, macam mana nak berjaya kalau tak solat?? kita berdoa mintak pada Tuhan kejayaan, kekayaan dan mcam-macam lagi, tapi apa yang Tuhan suruh kita tak buat.Macam mana Dia nak bagi kalau macam tuh...aku sekadar menganggukkan kepala. pastu aku mintak diri untuk bersedar dan selepas berjabat tangan dengan pak cik tuh aku pun melangkah mendapatkan moto aku. sambil berjalan tuh hati aku berkecamuk. timbul pula rasa bersalah. aku ada syiling dalam poket, tapi aku tak bagi pada pak cik tuh, aku fikir,takkan nak bagi syiling kot?.sedangkan dia dalam keadaan yang memerlukan. nak kata pak cik tuh saja nak paw duit aku, aku positifkan diri anggap pak cik tu memang memerlukan lagi pula diperkarangan rumah Allah.
''Ya Allah, jika ini ujian dari-Mu, ampunkanlah aku''
kata pak cik tuh,
''hari ni pak cik susah, hang tolong pak cik,
nanti hang susah, orang lain pulak tolong hang''
#Peristiwa ini berlaku hanya beberapa jam sebelum tahun baru 2014.