Di Sebalik Senyuman


-ASSALAMUALAIKUM-

Hari ini aku agak kelam kabut di sekolah. Semalam aku seharian tiada di sekolah kerana membawa pelajar untuk ujian kenaikkan pangkat KRS. Jadi banyaklah kerja aku yang tertangguh dan dicampur dengan 'penangguhan' yang sedia ada. Makin bertimbun jadinya. Padan muka aku untuk itu.

Perkara pertama aku perlu selesaikan adalah memastikan jumlah peserta untuk lawatan ke Rumah Pengasih, Kuala Lumpur mencukupi iaitu 42 orang. Semalam aku telah edarkan enam borang  kepada peserta yang mahu menyertai pada saat terakhir disebabkan terdapatnya beberapa kekosongan. Kebanyakkan daripada mereka sudah beberapa kali bertanya mengenai kekosongan dan nasib mereka baik ada peserta yang menarik diri.

Dan awal pagi ini di dalam kotak di atas meja aku lihat ada enam helai borang beserta duit yuran RM10 yang dikepilkan bersama.  Sudah aku agak mereka akan berbuat begitu. Apa yang menggusarkan aku adalah andai kata duit itu hilang atau dicuri. Bukankah menjadi satu masalah baru pulak. Ah, persetankan semua itu. Yang penting penyertaan sudah cukup. Aku terus menyemak borang satu persatu dan muncul pula masalah lain.

Ada satu borang pelajar lelaki namanya  ditulis tidak lengkap iaitu  tanpa bin. Nama yang ditulis adalah Faris Izani (bukan nama sebenar). Aku geleng kepala. Pelajar ini aku kenal. Sudah beberapa kali bertanya kepada aku sama ada masih ada kekosongan ataupun tidak. Teruja dia untuk dapat bersama menyertai lawatan ke Rumah Pengasih. Borang dia aku asingkan ke tepi. Aku minta pelajar lain untuk panggilkan dia di dalam kelas untuk berjumpa aku bagi membetulkan semula maklumat pada borang. Melengkapkan maklumat pada borang kebenaran yang sangat penting bagi pelajar sekolah untuk melibatkan diri dengan aktiviti luar. Malangnya dia tiada di dalam kelas.

Lawatan diteruskan dengan bilangan peserta seramai 41 orang beserta 3 orang guru pengiring termasuk aku. Bas bertolak dari sekolah ketika matahari hampir tegak di atas kepala.

Selesai lawatan ke Muzium Polis kami terus bergerak ke Rumah Pengasih. Program habis lebih kurang pukul 5 lebih. Untuk ke rumah pengasih bas perlu diparkir di jalan di atas dan perlu menuruni bukit daripada jalan besar di atas. Ketika sedang berjalan kaki mendaki bukit menuju ke bas, aku yang berada di belakang sekali menegur Fairus.

''Kau apasal isi borang tak lengkap?'' tegur aku nada suara yang bergurau. Sememangnya aku suka bergurau begitu dengan mereka yang aku kenal.

''Mana ada. Apa yang tak lengkap?'' tanya dia kembali hairan

''Nama tak penuh. Kau tulis dua perkataan sahaja. Mana bin? '' jelas aku.

''Cikgu, nama dia memang macam tu la. kalau tak percaya tengok ic'' terang kawan disebelahnya yang turut jalan bersama aku. Kami bertiga di belakang sekali.

''Sini ic. cikgu nak tengok.'' pinta aku. Fairus menyeluk poketnya lalu mengeluarkan wallet kelabu miliknya. Malu-malu dia menyerahkan ic kepada aku. Tidak lekang dengan senyuman di bibir. Aku capai dan perhatikan. Patutlah dia malu-malu, rupanya gambar Fairus di dalam ic sedikit tembam berbanding dengan rupa dia yang sekarang. Aku ketawa perlahan.

Betul la dalam kad pengenalan dia memang cuma tertera dua perkataan sahaja. Pelbagai persoalan mula menerjah benak aku. ayat di atur dan aku mula bertanya.

''Kenapa tak ada nama ayah?'' Soal aku.

''Mak dah padam nama ayah.''Jawab dia bersahaja. Masih dengan senyumannya.

''Hah,? kenapa pulak mak nak padam nama ayah?" Terkejut aku mendengar jawapannya. Seperti ada kisah disebalik semua itu Tidak menunggu lama, aku terus bertanya lanjut.

''Ayah dulu pernah macam ni. Ayah penagih dadah.'' riak wajahnya sedikit berubah. Mungkin malu dengan apa yang diceritakan kepada aku tadi.Tetapi masih cuba diselindung disebalik senyumannya. Dia memang seorang yang suka tersenyum. Tapi siapa sangka, di sebalik senyuman tu tersimpan duka yang dalam

''Oh...'' Jawab aku ringkas. Seketika aku kehilangan kata. Aku cuba mengawal perasaan. Terkejut dan emosi aku mula larut. Empati mula menjiwai aku.  Seolah aku juga turut merasa apa yang dirasai oleh Fairus. Aku kembali menyoal.

''Boleh pulak padam nama macam tu ek. Tak tahu pulak cikgu.'' Sengaja suara aku ceriakan.

''Ayah dah meninggal waktu saya lahir tu.'' Bertambah sebak aku mengetahui dia adalah anak yatim. Sepertinya aku mahu peluk Fairus seeratnya sambil memberikan kata semangat. Tetapi aku tidak jadi melakukanya kerana kemungkinan besar takungan jernih kelopak mata aku akan pecah dan berderai.

''Habistu, yang nama pada borang tu siapa? Izani ni sapa?'' Soal aku lagi merujuk keoada borang yang dihantar Fairus.

''Yang tu ayah angkat. '' Jawabnya ringkas.

''Jadi kau tinggal sekrang dengan ayah angkat la?''

''Aha. Saya pun dulu baru tahu saya ni anak angkat sebab saya dengar ayah angkat saya cakap dia ni penjaga saya bila ada orang tanya.'' terangnya lanjut.

'' Habistu, adik-adik yang lain sama jugak ke nama macam ni? Mak padam nama ayah?''

''Tak la. Saya sorang je, Saya anak tunggal.''

''Maksudnya...''

''Waktu saya lahir tu ayah dah tak da dah.'' Sambung dia lagi apabila melihat wajah aku yang semakin keliru.

''Ohh...'' Aku diam menyusun kata.

''Tinggal dengan ayah angkat kan. Lepastu mak tu mak kandung kan.''

''Tak, mak angkat jugak''

'' Eh, mana mak kandung?'' Aku makin keliru.

'' Waktu saya lahir tu ayah dah takda. Lepastu mak susah macam tak mampu nak jaga saya. Jadi mak serah saya pada abang dia untuk jaga saya.''

''Oh, kiranya mak kandung masih ada la kan''

''Aha..''

''Tahu ke dia kat mana sekarang?'' dia hanya menggeleng.

''Ayah angkat mesti tahu kan.'' Fairus mengiyakan. '' Tapi mesti dia saja taknak beritahu kan'' tambah aku lagi. Fairus mengangguk sambil tersenyum.

Buat seketika kami berdua terdiam. Aku larut dalam persoalan. Manakala Fairus mungkin larut dalam memori silam.

Kami sudah semakin hampir dengan bas. Pelajar lain sudah menaiki bas. Rakan aku dihadapan emlaung menyuruh kami cepat. Aku buat tidak endah. Cerita ini lebih menarik perhatian aku.

''Bagus juga dia tak beritahu, nanti sampai masanya mesti dia beritahu.'' sambung aku sebelum kami sampai kepada bas. Dan perbualan kami terus berakhir di situ. Dia tersenyum sahaja kepada aku dan terus menaiki bas.

Tanpa aku sangka tanpa aku duga,dalam diam ada yang menyimpan duka. Mungkin atas alasan itu juga dia begitu teruja untuk turut serta menyertai lawatan.

Begitulah perbualan ringkas aku bersama Fairus yang aku kira memberikan persepsi baru kepada aku. Aku mengenali Fairus sejak di tingkatan tiga lagi dan sekarang dia di tingatan empat. Tahun lepas aku perhatikan, Dia sememangnya suka tersenyum. Mungkin juga itu adalah kekuatan dia untuk melupakan kepahitan yang di rasai. Pertanyaan aku sedikit sebanyak pastinya merobek kembali luka-luka lama.

Aku harap dia terus tabah. Dan pastinya suatu hari nanti dia mahu bertemu semula dengan ibu kandungnya walau siapa pun dia dan dimana dia berada.Sejujurnya aku sebak mendengar cerita dia.

Buat Fairus, andai kata kamu terjumpa catatan ini  walaupun nama telah diubah, pastinya kamu tahu kisah ini tentang diri kamu. Cikgu doakan kamu berjaya suatu hari nanti.


23 APRIL 2018

INI JUGA SECEBIS KENANGAN


Sekadar gambar hiasan : 

''Asal muka ko cuak?" tegur seorang guru wanita yang sedang duduk di bawah khemah pendaftaran peserta.

Aku yang ketika itu sedang bersedia di atas balapan untuk acara 4x100M pegawai kejohanan cuba mengukir senyum. Kenapa aku nerves?

Antara sebabnya adalah dah lama tak lari dalam acara pecut. Dan aku memang tak hebat pun dalam acara ni. HAHA. Aku ni dah makin berusia. dah la makin berusia, malas senaman pulak tu. Lepas habis training palapes aku dah jarang buat aktiviti fizikal. Ditambah pulak dengan lutut yang belum pulih lagi.

Yang sebenarnya aku memang takut sebab aku dapat bahagian selekoh dan juga lutut kiri aku yang masih belum pulih. Mahu atau tidak terpaksa la aku redah. Dan hasilnya, bergolek la seorang manusia berbaju putih biru  di atas trek balapan. Ayuh, kita gelakkan dia. HAHAHA. Okay, habis dah gelakkan dia.

Dan, akhirnya team aku dapat nombor tiga. Wah, mengejutkan walaupun aku jatuh bergolek. Semuanya disebabkan oleh pelari ketiga dan keempat serta peserta ketiga dan keempat yang terdiri daripada bapa-bapa pelajar. Jadi, ada kelebihan disitu.

Selepas habis acara, macam biasa la aku terus diajukan dengan soalan ''kenapa jatuh? macam mana boleh jatuh?'' sama ada daripada pelajar maupun rakan guru. Aku hanya tersenyum dan cuba membalas seringkas mungkin. Apabila diperiksa, kedua belah lutut cedera dan paling teruk lutut kanan. Melebih pulak aku padahal tak la teruk sangat. Tapi faham sendiri la kan tereret atas trek balapan. Mujurlah seluar tak koyak. Kelebihan la tu beli seluar mahal. Haha.

Gambar tak ada la nak tunjuk sebab bahagian lutut. Lepas habis acara tu aku terus duduk di kerusi penonton sambil main fon dan rehat. Makin lama aku rasa makin pening. Macam nak muntah. Macam nak pitam pun ada. Jalan pun rasa terhuyung hayang. Aku pergi tandas tapi tak muntah pulak. Pening makin kuat. Aku baring atas bangku dibilik persalinan dan pejam mata lebih kurang sepuluh minit. Bila bangun aku rasa segar sikit.

Dan, acara kat penutup kat luar pun dah habis. HAHAHA.

Paling aku tak sangka apabila team kawad kaki KRS menang perbarisan. Yang bagusnya, mereka usaha sendiri. Gimik, latihan, alatan semuanya diusahakan sendiri. Jadi, tahniah la untuk mereka.

Rumah sukan aku tak pegang mana-mana rumah sukan. Aku cuma jadi ahli jawatankuasa sukan sahaja. Dan tugas aku adalah berkaitan dengan perbarisan dan protokol yang mana aku lihat protokolnya sangat ringkas. Tidak seperti di sekolah lama aku yang mana protokolnya agak komplikated. Tetapi tidak mengapa, lain tempat lain caranya.

Dannnnnn... aku baru tahu rupanya siap ada video lagi aku jatuh tergolek tu. Nak tengok ker? HAHAHA. nanti la kaalu rajin aku upload. Tapi kat instagram aku dah ada. Jadi la, buat kenangan.


Akhir kata, walaupun jatuh dan diketawakan, aku sedikitpun tidak peduli. Jatuh itu biasa. Semua orang jatuh. Yang membezakan dengan yang lain adalah sama ada kita bangun atau tidak dan bagaimana kita kembali bangkit. Cewahh.. dah la, malas aku nak cakap banyak. Keja lain banyak lagi ni. Bye, Assalamualaikum.

Aku Travel - Siem Reap, Cambodia (26-29 Nov 2017)

ASSALAMUALAIKUM...

Alhammdulillah, akhirnya impian menjadi kenyataan untuk aku travel secara solo ke luar negara. Kenapa mesti solo? Kalau sesiapa yang membaca blog aku sebelum ni pastinya mereka sudah tahu tentang impian aku yang sudah lama terpedam ni. 

Trip sebelum ni aku pergi ke Bandung, Indonesia bersama dua orang rakan dan itu adalah kali pertma  pertama dalam hidup aku naik kapal terbang dan semestinya melintasi sempadan antarabangsa Malaysia. Walaupun tepat tinggal aku berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand (Betong) namun aku masih belum berkesempatan untuk ke sana. Berkenaan Bandung, Indonesia akan aku ceritakan nanti. 

Untuk entri ini aku akan kongsikan pengalaman aku yang biasa-biasa saja ni ke dua buah negara iaitu Kemboja dan Vietnam. Kenapa mesti Kemboja? juga akan aku ceritakan nanti. Untuk mengelakkan daripada entri aku terlalu panjang dab berjela-jela, aku bahagikan entri ini kepada tiga bahagian. Bahagian 1(Siem Reap), Bahagian 2 (Phnom Penh) dan Bahagian 3(Ho Chi Minh).

Untuk travel solo cabaran dan persediaannya berbeza daripada travel secara berkumpulan. Sudah tentu lah perkara paling utama ada membuat banyak bacaan di internet berkaitan temat yang hendak ditujui dan juga apa yang patut dan tidak patut di lakukan ketika berada di tempat tersebut.  Seeloknya join lah group-group travel di Facebook. Disitu terdapat banyak perkongsian, tips dan panduan daripada kaki travel dari Malaysia dan juga luar negara. Sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan kepada mereka yang hendak travel solo atau berkumpulan suatu hari nanti.

Impian dan perancangan aku untuk travel solo ke Kemboja sudah lama ada sebenarnya.  Bila aku menyatakan hasrat untuk travel solo ramai yang terkejut termasuklah ahli keluarga, rakan-rakan dan juga rakan di tempat kerja. Yaaa.. aku tahu semua bimbang soal keselematan. Aku juga memikirkan perkara yang sama. Banyak aspek yang aku pertimbangkan. Semua perkara menuntut pengorbanan dan risiko. Jadinya, kita usaha apa yang termampu dan selebihnya bertawakal sajalah.

Okat, sekarang aku teruskan berkenaan dengan trip solo aku ni. Cara penulisan aku akan berterabur sebab aku hanya menulis apa yang aku rasa nak tulis dan apa yang aku ingat sahaja dna juga apa yang sempat aku catatkan dalam buku catatan aku.

Tiket kapal terbang aku tempah online menggunakan point Air Asia big loyalty point. Sewaktu promo tu untuk tiket sehala ke Siem Reap adalah sebanyak 1000 point dan aku perlu tambah duit dalam rm41.xx macam tu la. Waktu penerbangan aku ambik awal pagi iaitu 6.45 pagi. perjalanan lebih kurang 2 jam macam tu la dan akan sampai di Siem Reap pada lebih kurang pukul 8 pagi macam tu. Waktu di Kemboja beza satu jam dari Malaysia. Makanya kalau di Malaysia pukul 8 pagi, di Kemboja baru pukul 7 pagi.

Waktu dalam flight aku lena sebab aku penat sebelum tu tidur tak cukup. Bila nak pergi cop passport, ada borang yang kena isi dan borang tu dia edarkan sewaktu dalam pesawat. Alamak, cuak sekejap aku. So aku pergi kaunter tanya  la mana nak dapatkan borang tu dan dia suruh ambik kat atas meja. Aku dah nampak sebelum tu tapi tak berani nak ambik. Haha. Blur sikit sebab sorang-sorang dan first time kan. Pastu dengan selambernya aku nak isi borang kat meja dia. Terus dia halau aku dalam bahasa khmer suruh isi kat meja lain yang memang dah disediakan.

Dan selesai semua tu, aku pun keluar dari Airport. Masalah pertama pun muncul. Banyak pemandu tuk tuk yang offer diorang punya service. Aku buat tak peduli dan aku lepak dekat kerusi dulu sambil memikirkan tindakan seterusnya. Kebijaksanaan aku adalah aku tak booking hotel lagi. So aku beli sim kad internet dekat airport tu USD3 5.5gb untuk seminggu. Aku fikir berbaloi sebab aku memang akan stay seminggu kat Kemboja. Dekat sejam jugak aku rasa aku lepak situ main fon sambil search hotel. Akhirnya aku decide nak stay kat Garden Village Guesthouse Pool & Bar berdasarkan perkongsian seorang traveller di blog. 

Untuk ke hotel, aku terpaksa gunakan tuk tuk di airport yang casnya aku tahu mahal. Aku dah tahu mahal tapi aku terpaksa guna jugak. Kalau tak mereput la kau kat airport tu. haha. Sampai hotel aku terus check In dan 


Day 1
Pengangkutan:
Tuk tuk / Remork (Airport to Hotel)  - USD9
Sewa basikal di hotel (1 hari) - USD1
Penginapan:
4H3M (Garden Villa Guesthouse Pool and Bar) - USD12
Makanan/minuman:
Nasi goreng seafood - USD2.50
Ice lemon tea - USD1
Mineral water - USD1
Angkor Wat Pass (1 day) - USD37
Simcard Metafone (5.5gb 7 hari) - USD3
Cap - USD3
Mini Tripod - USD9
Days 2
Pengangkutan:
Tuk tuk ( Pakej pusing Angkor Wat 1 hari)  - USD30
Makanan / minuman:
Lepton Tea - USD 0.50
Fried rice basil beef - USD2.50
Mineral water - USD1
Ice black coffee - USD1
Seafood Rice - USD2.50 + USD2.50
Mineral water - USD 0.50
Souvernir:
Fridge magnet + keychain - USD7
Days 3
Pengangkutan:
Sewa basikal -USD1
Makanan / minuman:
Black coffee - USD 1
Mee Soup - USD2.50
KFC (Snack Plate)  - USD4.80
Milo ice - USD1
Fried  Noodle - USD2.50
Tiket bas Siem Reap - Phnom Penh  (Giant Ibis) - USD 16
Tiket Angkor National Museum - USD12
Tiket War Museum - USD5
Laundry (1kg=USD1) - USD0.75
DAYS 4
Makanan/minuman:
Chipsmore
Mineral water
Potato chips
=USD3
Open Cbox