BUDAK SEKOLAH

BAB 1

"Woi Aqhar, hang mai sini sat"
"Awat?"
"Mai je la, toksoh banyak tanya"
Aqhar bangkit  menghampiri Aiman yang berada di sebalik sebatang pokok durian.
"Ada apa?" Soal Aqhar tidak berpuas hati.
"Nah!".Aiman menghulurkan secawan maggi cup kepada Aqhar. Berubah riak wajah Aqhar.  Tidak jadi untuk marah. Muncul segarit senyuman di wajahnya yang berkulit cerah itu.

"Caik, tak puasa! Apa nak jadi la hang ni Aiman" Bebel Aqhar kepada Aiman. Maggi cup berpindah tangan. Tanpa berlengah Aqhar menyuap maggi kari ke mulutnya.  Hampir lima suap sebelum cawan maggi berpindah tangan semula kepada Aiman. Keadaan tersebut berlarutan beberapa ketika sebelum mereka berdua dikejutkan dengan satu suara.

"Assalamualaikum". Ucap satu suara.
Aqhar dan Aiman segera berpaling ke arah datang suara tersebut. Mata mereka terbuka luas. Mulut hampir ternganga.

Pergerakan mereka terenjat. Tangan Aiman masih memegang maggi cup. Lekas-lekas dia melempar maggi cup ke dalam semak berhampiran.

"Waalaikummussalam". Jawab mereka berdua dengan suara yang sedikit bergetar.

"Ustaz buat apa kat sini?" Aiman memberanikan diri bertanya. Matanya dilarikan dari bertentangan dengan pandangan ustaz Armin. Renungan tajam ustaz Armin, membuatkan lututnya terasa gegar.

"Saya buat apa kat sini hangpa tanya? Hah, yang kamu berdua tu buat apa kat semak belakang pokok durian nih? Datang sekolah duduk dalam kelas, bukan dalam semak."

" Ka...kaa...kami tak buat apa pun". Balas Aqhar tergagap yang mula dapat kekuatan untuk menjawab. Namun untuk bertentang mata dengan ustaz ustaz Armin dia belum berani. Aiman mengangguk tanda sokongan.

"Tak buat apa kata kamu, tu ha minyak dekat  dekat bibir, plastik perencah maggi dalam semak tu, apa benda semua ni? Dengan mulut berbau kari"

"Errr...err...." Aiman hilang bicara. Menggaru-garu kepala akibat kecuaiannya sendiri. Dia kehilangan akal. Begitu juga Aqhar yang kelihatan hilang seperti hilang arah. Dalam hatinya tertanya-tanya, bagaimana ustaz Armin boleh tahu dia dan Aqhar ada situ. Padahal, port tersebut sangat "strategik". Selama ni tak pernah lagi kantoi. Pasti ada yang gatal mulut pergi "report" ni. Dasar mulut kepoh betoi. Gumam Aiman di dalam hati. Tapi siapa yang "report"?

"Sudah-sudah hangpa dua jangan nak berdalih lagi. Ikut saya masuk ke kelas sekarang juga. Cepat !". Ustaz Armin meninggikan suara apabila dilihatnya Aiman dan Aqhar tidak  pedulikan arahannya.

Sewaktu melangkah ke dalam kelas, pandangan Aiman terarah kepada Zakkir. Secara tidak sengaja pandangan mereka tertaut. Zakkir tidak melarikan pandangannya, sebaliknya mengukir senyuman sinis penuh ejekan kepada dia dan Aqhar.

"Zakkir??. Aku yakin ni semua mesti kerja dia ! Anak ayam betoi. Hang tunggu nanti aku balas. Hang tunggu. Ada lori ada bas, aku langgar hanh dengan lori nanti" Gumam Aiman di dalam hati.  darahnya menyirap tiba-tiba. Geram hatinya. Penumbuknya di kepal-kepal sambil menjeling ke arah Zakkir.

"Berdiri kat  depan kelas!" Arah ustaz Armin tegas.

Loceng waktu rehat berdering kuat. Tidak seperti selalu, pelajar- pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri tidak berpusu-pusu keluar menuju ke arah kantin. Kantin telah ditutup selama sebulan sepanjang bulan puasa. Para pelajar kebanyakkan berada di dalam kelas sahaja. Ada yang ke pusat sumber sekolah mahupun koperasi untuk mendapatkan barang keperluan seperti alat tulis.

Zakkir dan Azizul berjalan menuju ke tandas. Langkah mereka terbejat apabila terdengar satu sergahan kasar di belakangnya.

"Hoi, Zakir!" Teriak Aiman yang melangkah laju ke arah Zakkir dan Azizul. Air mukanya keruh. Tiada segarit senyuman diwajahnya seperti selalu. Yang kelihatan cuma satu riak serius dah penuh kemarahan.

Kolar baju Zakkir di cekak Aiman. Zakkir terpinga-pingga cuba melepaskan cekakan tersebut yang semakin kuat. Pernafasannya tersekat-sekat akibat tindakan Aiman yang mendadak itu.

"Kenapa hang "report" kat ustaz Armin?" Tuduh Aiman melulu. Azizul cuba membantu Zakkir namun diberi amaran oleh Aiman. Kejadian tersebut disaksikan oleh beberapa orang pelajar lain. Namun mereka hanya bertindak sebagai pemerhati sahaja tanpa ikut campur urusan tersebut. Zakkir tidak menjawab. Dia berusaha melepaskan cengkaman Aiman pada kolar bajunya yang menyebabkan dia sukar untuk berkata-kata.

Seketika kemudian Zakkir berjaya melepaskan cengkaman Aiman pada kolar bajunya. Dia membetul-betulkan kolar bajunya.
" Hang jangan nak tuduh aku, Aiman. Hang ada bukti ke?" Ujar Zakkir mempertahankan dirinya.
"Bukti apa lagi? Aku tengok senyum hang dalam kelas tadi pun aku dah agak ni semua mesti kerja hang. Aku tau hang tak puas hati dengan aku kan!?" Terlonjak nyaring suara Aiman.
"Hahaha." Zakkir tergelak kecil mendengar tuduhan Aiman terhadap dirinya. Ketawa Zakkir nyata mengundang kemarahan Aiman. Namun dia masih mampu bersabar untuk mendengar pengakuan daripada Zakkir sendiri. Namun telahan awalnya Zakkir lah yang melaporkan perihal dia dan Aqhar tidak berpuasa makan di semak berhampiran padang sekolah kepada ustaz Armin.

"Man, tak payah nak tuduh-tuduh aku. Hang dan Aqhar kawan aku. Aku bukan jenis tikam belakang, Man". Sesekali Zakkir hanya memanggil Aiman dengan panggilan Man sahaja.

"Kalau bukan hang, siapa lagi?" Aiman masih tidak berpuas hati.
"Mana la aku tahu. Hang kan ramai 'musuh'." Ternyata jawapan Zakkir mula membuatkan Aiman berfikir. Benaknya mula bekerja menyaring nama-nama yang mungkin "bermusuh" dengan dirinya. Namun dia hampa. Tiada satu nama pun yang dirasakan berpotensi menjadi 'musuhnya'.

"Sudahlah Aiman. Tak baik main  tuduh-tuduh nih. Tambah pula dalam bulan puasa".  Azizul yang sedari tadi berdiam diri cuba mendamaikan keadaan. Kelihatan dia rimas dengan tuduhan melulu Aiman. Dan yang paling utama, hasratnya ke tandas sudah tergendala.

"Jom la Zakkir". Azizul mengajak Zakkir meninggalkan tempat tersebut. Azizul dan Zakkir terus melangkah pergi meninggalkan Aiman termangu sendirian disitu. Aiman kemudiannya turut meninggalkan tempat tersebut disebabkan banyak mata yang sedang memerhatinya ketika ini.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat. 

BAB 2
Aiman melangkah laju ke arah parkir mendapatkan motosikalnya. Dia mengenakan topi keledar sebelum bahunya ditepuk dari arah belakang. Dia lantas berpaling.

"Hang nak apa lagi?". Nada suaranya kedengaran kasar.
"Hang marah aku ker? Atau hang masih fikir aku yang menyebabkan hang dan Aqhar kena tangkap dengan ustaz Armin pagi tadi?" Zakkir menduga perasaan Aiman.

Aiman membisu. Lantas berpaling memasukkan kunci dan menghidupkan enjin motosikalnya. Zakkir disitu tidak dipedulikannya lagi. Dia mengundurkan motosikalnya mahu lekas pergi dari situ.

"Aku tahu sapa yang 'report'". Beritahu Zakkir tanpa dipinta. Ternyata berjaya menarik perhatian Aiman. Motosikal ditongkat dan enjin di matikan. Dia kembali merenung tajam ke arah Zakkir. Tindakan ini sudah diduga sedari awal oleh Zakkir. Dia kenal benar dengan rakan sepasukannya dalam pasukan bola sepak sekolah itu.

"Siapa?" Aiman mula mendesak.
"Faizal".
"Hah?!. Hang jangan nak main-main. Macam mana hang tau?" Soal Aiman inginkan kepastian. Zakkir mula galak bercerita.


***
Zakkir dan Azizul sedang berada di dalam tandas melepaskan hajat masing-masing. Kemudiannya mereka terdengar bunyi tapak kaki melangkah masuk diikuti suara ketawa. Zakkir dan Azizul memicing telinga. Cuba menangkap butir-butir perbualan mereka disebalik pintu. Nama Aiman yang disebut telah menarik minat mereka serta merta.


"Korang tengok tak tadi macam mana Zakkir kena cekik dengan Aiman?" Kedengaran suatu suara menyoal.
"Tengok" serentak beberapa suara menjawab.
"Macam nak mampus dah tadi. Haha. Padan dengan muka dia" Kata satu suara diikuti ketawa mereka yang lain.


Tidak sukar bagi Zakkir untuk mengecam suara tersebut. Dia kenal benar pemilik suara tersebut dah syak wasangkanya semakin jelas.


"Tapi kan, macam mana kau tahu diorang tu ada kat semak belakang pokok durian tu?" Soal satu suara.


"Cammon laa...ini Faizal la. Setakat benda macam tuh, petik jari je la boleh dapat". Faizal membangga diri. Terserlah keangkuhan dirinya.


"Tapi ingat, jangan sampai diorang tahu. Aku akan pastikan Aiman dan kawan-kawannya tu bergaduh,berpecah dan bermusuh."
Satu peringatan diberikan beserta satu nekad bersifat jahat.


Zakkir dan Azizul keluar setelah memastikan Faizal dan kawan-kawannya telah pergi. Mereka berpandangan sesama sendiri.


***


Jantungnya bergerak laju mengepam darah seluruh tubuh. Mukanya kelihatan merah padam. Rasa amarahnya membuak-buak. Cerita Zakkir ternyata membuatkan hatinya kembali terbakar. Dia kenal benar dengan Faizal. Dan sebab Faizal melakukan semua itu pun telah dapat dia duga.


Aiman bergegas turun dari motosikalnya dan mahu melangkah pergi. Bahunya dipegang Zakkir.


"Hang nak pi mana?"
"Aku nak cari Faizal"
"Sabar dulu, Man. Jangan terburu-buru."
"Habis tu nak tunggu bila?" Aiman memandang tajam ke muka Zakkir. Pandangan mereka bertentang.


"Aku ada idea yang lebih baik untuk kenakan Faizal dan kawannya. Sudahlah, jom kita balik dulu" Zakkir mengemukakan pandangannya.


Buat seketika Aiman diam. Dia berasa terpujuk dengan kata-kata Zakkir.


"Okay". Jawabnya ringkas.
"Good boy. Dah, jom balik. Jumpa kat tempat biasa malam ni.

BAB 3

Sekeping Gambar Sebuah Cerita

Assalamualaikum dan salam Ramadhan Al Mubarak.....

Buat warga 1KAA, masih ingat cikgu ker? Takpe la kalau tak ingat pun. Haha... Entri nih cikgu nak kisahkan pasal Boyz 1KAA..ladies nanti ek. Sabaq sat. Ingat aih. Mana ada lupa. Haha.

Bila direnung lama-lama tiga gambar ni, pasti aku tersenyum. Aku pun tak tahu kenapa,mengapa dan bagaimana. Haha. Jadi biarlah aku coretkan dari satu gambar ke satu gambar. Sebelum aku coretkan,ketiga tiga gambar ni takda yang perfect. Ada je yang tak kena. Dan yang tak kena tu la yang menguntum senyum tiap kali aku memandang. Maklumlah gambar ni buat wallpaper handphone. Ehh, kantoi pulak. Haha.

Okay, kita mula dengan gambar pertama. Nama-nama belum diletakkan pada caption.  Yang pertama gambar Azli, student baru berpindah ke dalam keluarga 1KAA terlindung. Hari pertama dia adalah hari terakhir aku di SMK Tengku Menteri. Sadis kan hidup.

Sebelah Azli adalah Amir. Agak terlindung jugak. Nasib baiklah Athif depan dia, kalau Pijam (Syafizam), macam mana la agaknya. Hafiz agak sakan berposing kat bahagian tepi tu. Athif depan Amir menguntum senyuman sehabis manis. Dengan style tangan berpeluk tubuh, okay la boleh jadi model posing dengan Hafiz. Dah la dua-dua pengakap pulak tuh. Haha.

Hah, yang baju putih bersongkok nih banyak sikit nak komen. Gaya tu aku tak tahu dia dapat dari mana. Aku pun tak tahu apa nama gaya tuh. Tapi nampak macam ada iras iras 'ashekamen' dalam cerita crayon Shinchan tuh. Ejaan tu abaikan. Asal ada bunyi iras-iras tu jadi la. Hari ni hari rabu, tapi dia tak pakai baju ko-ko. Oh, baru aku teringat, dia PKBM. Depa ni takda baju lagi. Baru buat.

Depan Abi ni Pijam. Dah macam abang dalam keluarga 1KAA.  Senyuman dia macam ni nampak macam cina pulak. Tapi dia ni Melayu. Tapi tak tau la kan kalau-kalau ada mix ker. Senyum lah selalu yer. Yang ni pun dok buat gaya apa pun aku tak tau. Boleh geng dengan Abi. Tepi Abi tu aku la. Abaikan. Hahaha.

Yang nampak sama tinggi dengan aku tu Nafiz. Kalau takda songkok pun dia memang tinggi jugak. Heran pulak aku Nafiz ni, kamera kat lain, tapi awat dia pandang lain. Siap buat gaya lagi tuh.

Sebelah Nafiz kat belakang tu Firdaus yang sama tinggi dengan Nafiz. Tenang dan slumber je dia pose. Yang penting senyum kena ada.

Depan Firdaus ni Adam si ketua kelas. Nampak kan apa dia buat? Jenuh nak dapat ambik gambar pun. Ada saja telatah dah ulahnya. Paling kecik jadi ketua kelas. Kejam depa nih.

Sebelah Adam ni Nazrul Azri. Buat nama anak aku pun okay jugak nama nih. Haha. Yang ni pun muka ada iras Cina jugak. Mix la kot. Tak sempat nak bertanya. Partner Abi la ni kaki casting. Advance budak-budak nih. Zaman aku dulu takde casting-casting waktu baya nih. Aku cuma menimba, mancing guna joran buluh, menyauk, gagau, panah, ehh,banyak pulak dah. Malas la aku nak senarai lagi. Haha. Senyum tu penting. Ambik gambar tak payah nak serius sangat. Haha.

Kita tengok gambar kedua pulak. Kalau ikut turutan terbalik dah nih. Takpa, abaikan yang tu. Gambar kedua ni paling menarik perhatian aku.  Sebab dalam gambar ni ada 3 ekspresi. 

Yang pertama, Pijam dengan Nafiz cover macho tengok kamera. Muka serius jer. Garang oooo... habis control la kot tu. Haha

Yang kedua, aku, Abi, Athif dan Azli pandang kanan ke arah Nazrul dan Adam. Abi serius je muka. Athif aku tak tahu nak describe macam mana muka tuh. Muncung semacam ja. Azli tersenyum tak paham dengan gelagat depa ni.  Amir dah kenapa tu? Extreme sangat gelaknya. Kalau perasan, amir tu dah berubah tempat. Kreatif betol.  Aku pandang Adam. Sebenarnya waktu ni Adam dengan Nazrul tengah main tolak-tolak.  Nafiz kat tengah  tertunduk macam mangsa keadaan. Firdaus masih lagi tersenyum. Tapi ni lebih kepada ketawa sebenarnya. Haha. Lucu barangkali dengan dua orang di depannya.

Yang ketiga, Nazrul berpeluk tubuh panfang ke arah arah sambil gelak. Bersungguh dia gelak.  Adam pulak kebingungan. Dah macam nak gaduh pulak dengan Abi. Aku hanya tersenyum mengenangkan gelagat budak-budak. Sengaja biarkan supaya aku ada sesuatu untuk dirindui. Cewahh.. hahaha.

Gambar terakhir. Hafiz masih dengan riak yang sama. Pijam pulak dah tak serius. Ada senyum manis disitu. Nampakan Pijam punya tinggi dari aku. Bukan aku yang rendah okay, tapi Pijam tu yang tinggi. Azli nampak sekerat je kepala. Terlindung dengan songkok Abi. Abi dengan muka kontrol semacho mungkin. Berkaliber dan berkarisma. Haha. Gambar aku tu abaikan. Mayat je bergambar tak senyum. Takda reaksi. Haha. Amir yang ni gambar paling elok. Maksud aku paling clear la. Nafiz kali ni jumpa.dah kamera, siap senyum lagi tuh.  Adam akhirnya tersenyum puas. Berjaya menyingkirkan Nazrul. Perasan tak Nazrul takda dalam gambar? Yang ada cuma baju dia je sikit kat tepi tuh.  Hasil main tolak-tolak la tuh. Firdaus ni bagus betul. Sempat lagi dia sembahyang. Haha. Ala-ala imam muda firdaus gitu. Ehh, hampir-hampir tertinggal, Athif.  Wahh, bukan main lagi Athif pose. Itu mulut nak buat duckface ke apa tu? Haha. Style-style.

Habis dah bebel pasal gambar nih. Ini bukan ulasan mahupun kritikan, tapi lebih kurang camtu la. Hahahaha. Panjang dah tulis, ada yang nak baca ker? Kalau takde macam biasa la, aku je la yang baca. Lagipun memang itu tujuan aku.

Tiada dalam gambar, Naim yang telah berpindah. Selamat menuntut di tempat baru.  Kepada yang di ceritakan, cikgu mohon maaf ye kalau ada yang terasa hati dengan apa yang ditulis. Bukan apa pun, sekadar suka-suka.

Apa-apa pun, gambar ni akan kekal menjadi kenangan dan sejarah bahawa kita pernah bertemu. Kepada Ladies, nanti kalau rajin cikgu tulis pulak yer. Kang tak pasal-pasal ada yang merajuk. Haha.. 

Belum bersedia lagi untuk menulis penuh kenangan dengan keluarga 1KAA. In Shaa Allah, jika diberi kesempatan, cikgu akan tulis semuanya.

Semoga ketemu lagi.
21 Jun 2016 / 2354H

**bahasa tungging langgang memang disengajakan. Maaf untuk itu.

CERITERA AKU BERPUASA

Assalamualaikum....
Selamat berpuasa kepada semua....

Terlintas untuk mencoretkan kisah di blog usang apabila terjadi satu 'tragedi' yang tak disangka pada 2 Ramadhan yang lalu.  Hahaha. Bajet gempak je 'tragedi' bagai.

Alkisahnya begini...... Ramadhan kedua hari tu kak aku yang masih dalam pantang tengah berkemas nak balik rumah dia lepas berpantang di rumah mak aku. Pagi tu lepas mandi aku macam biasa la, tengok-tengok cermin kot la bertambah hensem semalam. Sambil pilih baju nak pakai aku akan buka almari yang satu sebab dalamnya ada Apollo. Apa lagi, aku bedal la dua bungkus Apollo. Lepas siap pakai semua lepak dekat bangku di beranda rumah. Tengah dok melepak tu tergerak lagi hati aku nak bedal Apollo. Ye la kan perut kosong. Terasa nikmat pulak Apollo tu. Elok bak bangkit je tetiba aku rasa macam teringat sesuatu. Ehh,,, hari ni kan puasa. Takkan depa tak perasan aku makan tadi? Cepat cepat aku pergi ke dapur berkumur. Aku betol betol tak ingat yang aku tengah puasa. Dan aku pun teruskan berpuasa macam biasa. Aku buat senyap jerr... ye la kan, aku bukan sengaja. Tak sengaja. Tapi tu la kan, rezeki aku la kiranya dapat bedal Apollo di tengah hari bulan puasa. Alangkah nikmatnya kalau aku bedal satu kotak dulu pastu baru teringat. Hahaha...

Okay,, lupakan kisah tak sengaja yang entah apa- apa tu. Meh aku cerita kisah yang sengaja pulak. Kisah ni sewaktu zaman Jahiliah lagi la waktu tinggal di Taiping. Banyak sebenarnya kisah jahiliah ni. Takpa, aku cerita satu-satu.

Aku mula dengan buah manggis. Kenapa buah manggis? Haa,,kome tak dak, aku dulu waktu sekolah rendah kat Kg Paya, selalu panjat pokok manggis. Ye la, cari duit poket buat modal g bazaar ramadhan Changkat Jering atau kami selalu panggil Simpang Tiga. (Tapi simpang depan tu ada empat. Ahhh, whatever laa). So waktu kat atas pokok tu sambil-sambil petik dan sauk buah, tergugat jugak la iman aku yang senipis apa pun tak tau la waktu tuh. Kat sekolah aku belajar kalau tak sengaja makan sebab lupa, takpa. Tak batal puasa.

So, aku apa lagi, ambik sebiji buah manggis, aku makan. Pastu aku buat-buat terkejut "ehhh,,aku puasa hari ni..terlupa...takpa la, makan je la terus). Makanya, berterusan la aku melantak. Kenyang doh atas pokok pelahap buah. Tak terpikir pun waktu kalau lah tiba-tiba dahan patah ka, aku jatuh pokok ka, tak ke naya je nanti. Peduli apa aku, perut tengah lapar. Hahaha. Sejak daripada tuh, kadang-kadang aku bawa naik sekali 'cekelat' hack kat atas pokok. Keropok aku tak pasti pernah bawak ke tak. Haha...selain manggis, buah lain pun aku bedal. Biasanya rambutan la. Langsat pun ada la jugak. Durian tak boleh. Nanti kantoi sebab bau.

Yang ni pulak kisah sewaktu pergi bazaar. Maklumlah buat kerja kampung panjat manggis, dapat la duit belanja sikit. Pergi bazaar bawa RM20 pun dah kira mewah  waktu tu bagi aku la budak-budak. Kami biasa pergi bazar Changkat Jering la. Biasanya aku beli air dengan rangka ayam. Cukup feveret aku dengan rangka ayam nih. Sambil lalu lalang dok window shopping, aku kepak tengkuk rakan ayam dalam plastik tu pastu curi-curi aku sumbat masuk mulut. Lepas jalan buat tak tahu jer sambil mulut dok menguyah tengkuk ayam. Mulut tutup la kunyah tu, takkan la nak kunyah dengan mulut terbuka. Kantoi la nanti. Padahal aku je pikir tak kantoi, orang sekeliling mesti perasan punya. Tapi aku dengan penuh keyakinan di dada fikir orang lain tak perasan. Hebat kan aku?. Hahaha.

Kadang-kadang aku tak melantak kat situ, aku melantak kat tempat lain. Kat mana? Jeng jeng jeng...mana lagi kalau bukan jejantas pejalan kaki kat situ. Naik kat atas tu pastu melantak la. Mana ada orang nampak. Ye la Tuhan nampak, tapi kan aku dah kata waktu tu aku ni jahiliah lagi.  Biasanya aku tak melantak semua pun, aku bedal bahagian tengkuk ja. Sebab senang dan bahagian tu ada kulit yang tebal. Sedap ooo...lemak oh lemak. Lagipun sementara tunggu bas je aku bedal tu.

Habis berkaitan bazaar. Ini pun yang mana aku ingat jer. Balik semula cerita kat kampung. Aku masih ingat satu kisah ini. Waktu tu aku dok merayap je kat kampung kayuh basikal tak tau nak buat apa. Pastu ada jiran aku yang sekolah menengah ajak pergi terowong dua. Dia sekolah menengah, aku sekolah rendah. Terowong dua kat mana? Aduhaiii,,,kata orang Taiping, tu pun tak tau.iskh iskh iskh. Tak tau la kan kot-kot hampa panggil nama lain. Hahaha. Terowong dua ni atas sikit pada Tol Changkat Jering jalan nak ke Batu 8. Kan kat bawah tu ada sungai. Ada dua terowong. Tu sebab kami panggil terowong dua.

Aku pun pergi la dengan dia naik basikal ikut jalan kubur la apa la. Sampai kat sana ada la beberapa orang lagi kat sana kawan dia yang aku kenai jugak. Ye la dah depa ni pun orang kampung aku. Cuma depa dah sekolah memengah. Siap dengan baju sekolah lagi depa ni. Sekolah mana lagi, sekolah Tengku Menteri la. Rupanya depa ajak aku berkelah dalam terowong tu. Ye la air cetek pastu ada la pasir bertimbun kat situ. Depa siap bawak kuali kecik dah nak masak maggi. Aku tunggu je la. Depa buat kerja. Siap pelekat api semua, depa masak maggi tu.
Mangkuk takda, kami guna plastik maggi ja. Sudu? Kami ambik kayu kecik belah dua buat macam pengepit @ chopstick. Kreatif kan? Kan? Kan?.. aku pulak makan terus dari dalam kuali yang masih ada atas api. Nikmat tak terkata. Sedap pulak. Padahal maggi kari je pun. Mungkin sebab makan berjemaah dan illegal kot. Haha.

Dah sial makan, lalu pulak polis naik naik moto. Dia sergah kami, apa lagi, pakat cabut lari la kami. Dia kejar pulak tuh. Payah apa, kami angkat basikal lintas kat highway. Tak fikir apa dah waktu tuh. Tau nak lari ja. Basikal campak dalam parit kering. Menyorok. Dengar bunyi moto dia, ambik basikal lari lagi. Sampai kat kubur menyorok dalam semak. Senyap ja pakat menyorok. Dah la dekat maghrib. Menyorok pulak dekat batu nisan. Bertabah je la. Kawan nampak ayam hutan, dia nak kejar kami tak bagi. Faham-faham je la kan dengan waktu dan tempat kami duduk tuh. Bila senja dah gelap sikit, moto pun takda dengar dah kami pun keluar dan balik kampung. Baju habis kotor. Haha.. Mana nya tak kena kejar, dah la budak sekolah, ponteng sekolah lepak bawah jambatan tak puasa pulak tu.

Aku yang jahil tapi ni hanya mengikut jer. Bila dikenang lucu pun ada, rasa bangang pun ada. Haha.. sekarang buat lagi tak?? Amboii..sekarang zaman moden. Kita guna cara lain. Haha...

Ini sebahagian coretan kisah puasa aku sewaktu jahiliah. Alaaa... yang membaca ni pun sama je kan? Mesti ada banyak cerita pasal ponteng puasa nih. Kalau waktu jahiliah dulu takpa la lagi, tali kalau sekarang pun buat benda yang sama, bagi kaki je.

Yang pahit akan manis, yang kelam akan terang, yang lama akan baru.

Banyak lagi sebenarnya aku nak kongsi, tapi tu la kan, nanti-nanti je la. Lenguh jari ni menaip kat fon.

Selamat menjadi penganggur

Haha.....ucapan yang tulus ikhlas daripada anak murid. Dah dua minggu aku bergelar penganggur. Bermakna 2 minggu juga lah aku meninggalkan sekolah. Hohoho

Perancangan aku banyak. Yang terlaksana aku tidak pasti. "Dah boleh move on ker?" Jawapan aku : tidak! Hahaha

Untuk waktu ini aku sedang giat membesarkan badan di rumah. Membantu emak aku makan hasil masakannya. Baik kan aku?!

Stok buku dah banyak. Tapi tak terbaca kesemuanya lagi. In Shaa Allah kalau diberi ruang aku akan coretkan review buku yang siap dibaca di blog usang ni. Banyak genre aku baca walaupun minat aku masih lagi kepada genre thriller.

Buku bahasa inggeris pun berlambak lagi tak dibaca. Hanya masa akan menentukan bilakah masa dan ketika isinya akan aku telaah.

Masa yang ada akan aku manfaatkan sebaik mungkin untuk menyempurnakan antara impian terbesar aku untuk menghasilkan buku. Aku percaya selagi ada usaha dan kesungguhan pasti ada hasilnya. Dan buat masa sekarang aku sedang cuba menjelmakan hasil sulong aku. Semuanya akan aku kongsikan nanti.

Tersangat kurang rekod dan catatan berkaitan sejarah Gerik. Mungkin aku boleh usahakan sesuatu. Dan usaha itu telah aku mulakan sebenarnya. Masih diperingkat awal. Yang hidup pasti akan mati, yang diingat pasti akan lupa, yang ada pasti akan hilang. Sebelum semuanya hilang dibawa bersama dalam ingatan orang orang terdahulu, adalah baik kiranya aku rekodkan segalanya dalam sebuah catatan.

Hadiah pemberian kelas 4s1 aku masih belum buka. Kandungannya sudah tentulah aku tidak tahu. Kalau ada daripada kelas 4s1 yang membaca catatan merapu ni, maafkan cikgu yer. Sayang benor lagi rasanya nak buka. Hahaha. Nanti bila dah buka akan cikgu maklumkan yer. Huhuhu.

Hari ni (sabtu 11/6) aku dah dapat result budak budak tuh. Dan Alhamdulillah banyak peningkatan. Cuma satu kelas je lagi aku belum dapat. Dan aku akan usahakan dikemudian hari yang tuh. Ada yang meningkat banyak, ada juga yang menurun banyak. Yang tak berubah pun ada. Ada yang meningkat agak mendadak. Terkejut la jugak aku dibuatnya. Apa apa pun mereka dah usaha dan itulah hasilnya. Kalaulah aku masih punya masa dengan mereka, mungkin aku boleh lakukan sesuatu.  Aku melihat kesilapan dan cuba membetulkannya. Tapi apakan daya. Moga dalam peperiksaan akan datang hasilnya akan terus positif.

Hurmm..entahlah nak merapu apa lagi. Nanti je la bila berkelapangan aku edit balik entri nih. Haha..

Bila ada yang cakap dah baca entri merapu nih aku cuba baca balik apa yang aku tulis. Dan hasilnya typo bermaharajalela. Haha. Aku dah edit balik.

Bai.

Open Cbox