BBQ Bawah Jambatan Pulau Pinang

24 September 2014...

Assalamualaikum...
Perkara paling menyeronokkan bagi aku  adalah bila dapat bersama kawan-kawan. Kami mungkin berbeza course, berbeza negeri, dan sebagainya, tetapi kami disatukan di bawah satu bumbung PALAPES USM dan lebih tepat lagi di dalam satu keluarga besar KALA RIMBA34.

Sebenarnya aku cuma nak cerita pasal makan-makan yang skuad aku buat malam semalam. Mulanya aku taknak ikut. Tapi bila fikir balik, rugi plak tak ikut. Ni je la pun masa nak bersama skuad aku buat aktiviti luar. Tambah plak makan-makan ni. Takkan tak ikut kot. hahaha. Dan satu lagi, aku jadi jeles jugak bila tengok gambar-gambar XXXX seronok dengan kawan-kawan dia. Aku pun nak seronok jugak and have a great moment with my friend like XXXX. hahaha..

Malam tu hujan. Nasib baik la roomate baru aku ni dah upgrade moto dia jadi kereta. Boleh la aku menumpang. Program ni kami tak collect duit pun. Just masing-masing bagi sumbangan la sikit-sikit. Tapi aku ngan rumate aku ni tak bagi pun. Al maklumlah hujan. Takdan nak pegi beli.

Hampir tiga tahun aku kat Penang nih, tu la first time aku pergi bawah jambatan Pulau Pinang tuh. Bukan apa, sebelum ni dalam surat khabar ada kes kena tembak kat bawah tuh. Takut la jugak aku.

Alhamdulillah program kami malam tu takda apa yang buruk berlaku. Cuma aku agak kurang gemar, bila bawah jambatan tu jadi port pasangan kekasih merendert (bermadu kasih asmaradana la). Waktu kami sampai tu ada satu pasangan makhluk Tuhan ni dok merendert atas moto. Tanpa rasa segan silu dengan kami yang ramai ni. Ye la kan, kalau dah dengan Allah tak malu, apatah lagi dengan manusia kan. Lepas ni kalau ada lagi buat program bawah Jambatan tu mungkin aku tak pergi kot. Aku jadi malu sebab tengok benda-benda macam tuh. Tahu la aku ni pun bukannya alim sangat, tapi benda macam ni memang aku jadi segan. Ibarat macam aku dan kami semua  ni menggalakkan atau membiarkan kemungkaran tuh. Dosa freeee..

Cukuplah pasal tuh, aku nak cerita balik pasal makan-makan nih. Macam-macam la skuad aku yang lain bawak, Ada kentang bakar, sosej, kerang, keropok-keropok, air laici, air berkarbonat, kuih  muih, dan amenda lagi aku tak tahu la.haa...lupa plak. Jagung bakar pun ada.

Sambil-sambil bakar tu kami ada tempah chicken chop. Rm 5. Malam tu makan ayam tu dengan benda-benda lain ni jela. Aku makan macam ni pun dah muak. Pastu aku makan kerang bakar dan sosej satu. Kenyang!.

Lama sikit lepas tu ada awek skuad aku datang bawak kek buat birthday suprise. So Sweeet... Kami nyanyi la lagu happy birthday dan Allah Selamatkan Kamu ramai-ramai. Rasa macam seronok sangat dan meriah keluarga KALA RIMBa 34 ni. Ni kira antara moment yang menjadi ingatan kami bersama la. Aku ni kurang gemar kek yang berkrim , kalau kek coklat memang aku melantak. Tapi malam tu aku melantak jugak kek krim tu. Hahaha..

Sword bearrer..hahaha..rehearsal siap-siap..hahaha

Moga bahagialah hendaknya 

Antara perkara yang paling menarik bagi aku adalah skuad aku dua orang nih. Entah kenapa aku pun tak tahu aku suka kacau dan bahan depa dua nih. Mungkin sebab depa ni sporting dan bukan jenis makan hati kot. (tapi depa dua orang ni kuat makan). hahaha. Dan satu lagi mahkhluk Tuhandua orang ni pun dah faham perangai aku. Boleh beza mana yang serius dan tak serius. Malam tu, si suraya( opps! termention plak) makan sungguh-sungguh. Lawak betoi la budak nih. Tak rugi bawak dia. Dapat elakkan pembaziran. hahaha.
*depa = mereka, diorang

Balik malam tu aku yang sememangnya dah kemengantukkan ni memang lena terus. Mujurlah takda kelas pagi. Samapi sini je la kot coretan aku. Yang lain-lain tu biorlah tersemat dalam kepala hotak aku je. *Sebenarnya aku malas nak tulis.






Antara guys yang hadir...




Roomate aku..haha

Aku ni mana nak reti possing

Ada la jugak gambar aku background Penang Brige


Macam poyoo









Finally...........Impian menjadi realiti



Alhamdulillah,,, hanya ini yang mampu aku ucapkan. Setelah gagal pada sidang lepas, akhirnya sidang nih aku berjaya juga. Medal dalam acara sukan lain aku dah ada, cuma dalam acara olahraga ni je yang takda lagi. Tapi sekarang dah ada.hihihi.  Nak masuk lari-lari, kaki plak injured waktu main hoki. So, fokus je la pada acara idaman aku, MEREJAM LEMBING. Huhuhu.

aku pun tak tahu kenapa aku seuka sangat dengan merejam lembing nih. hahaha.. Jangan la dok tanya ye sebab apa aku minat rejam lembing sedangkan banyak acara lain lagi yang aku boleh masuk. Contohnya la kan, lompat jauh ngan lari2..lompat tinggi tu abaikan je la, tak cukup inci aku ni.Pernah try tapi takmau masuk pertandingan.

 Sidang lepas aku tak layak masuk final lapan terbaik sebab catatan rejaman aku waktu tu cuma 32 meter je. Kali ni alhamdulillah dapat masuk lapan terbaik walaupun jarak rejaman tuh tak berapa memuaskan. Maklumlah kali ni lawan dalam hujan lebat bebenor. Memang mempengaruhi la jarak rejaman tu. peserta yang lain sama je..

Waktu lawan agak nerves jugak aku. maklumlah perserta lain badan suma boleh tahan la kalau nak banding ngan aku. Tapi aku kawal balik nerves tu sebab sidang lepas aku tak boleh buat dengan baik sebab aku nerves. aku ni memang jenis nerves orangnya. Hari lawan tu pulak,aku  rasa bangga dengan diri aku, aku berjaya kawal nerves dan buat gaya ala-ala star gitu. hahaha.. kompiden je depan deme. hahaha..psiko2.
 Terima kasih la kat kawan aku sorang nih datang sokong walau ujan. ingat datang saja ke, kena jadi kameraman la jawabnya. hahaha. ada  la juga kan gambar aku sebagai kenangan. tengok la ye gambar kat bawah nih. 
##TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN USM 40th.
kaki sampai nak pijak line..nasih baik tak foul

pose same dengan sidang lepas

take time...relakss...eksyen skit..

waktu pemilihan



temasya olahraga tahunan  (TOT) USM ke 40

akhirnya..hahaha



Bulan 5......Aku adalah mahasiswa..

Assalamualaikum...
Walaupun ada entri lain yang dah tunggu turn nak di publish, tp rasanya aku berkenan nak publish entri ni dulu...hahaha
okay, bulan 4 dengan bulan 5 sem ni aku mamang agak sibuk. Dah namanya pun pelajar, mesti la sibuk kan. Tapi aku ni lain sikit. nak exam baru aku jadi pelajar. Maknanya aku dan buku tiada berpisah gitu.hahah
Bulan 4 dah berlalu..Banyak benda aku dah buat. Alhamdulillah... sekarang bulan 5 pula menjelang tiba. banyk perkara lagi yang menanti..Antara perkara yang dah lepas:
1- Liga Hoki MASUM 2014 Divisyen 1
2-Program kepimpinan di SMK Al-Mashoor Perempuan
3- Essaimen
4- Perbentangan dan Microteaching (Rakaman video)
5-Kawad perbarisan Konvo (banyak kali juga la fikir nak join)

program kepimpinan 

hoki
Perkara yg mendatang pula memang banyak bulan 5 nih...Bagi aku ni bulan yang menyibukkan sampai takdan nak balik rumah..huhuhu..
1- Temasya Olahraga Tahunan, (TOT) USM 2014 :9-11 mei 2014
2- Pementasan teater PGT 203: 10 mei 2014
3-Sukan Antara Perkhidmatan, SUPER : 16-18 mei 2014
4-2 Perbentangan
5- 4 Essaimen

Huhuhu..itu pun ada lagi yang nak suruh Incharge macam-macam.  maaf la ye, aku terpaksa tolak walaupun termasuk dalam kategori aku sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap perkara tu. Bukan apa, ada lagi orang lain yang boleh buat. Kalau dah takda sangat takpa la jugak.

Semuanya menuntut komitmen yang tinggi. So terpaksa la aku fokuskan pada kerja2 kerja nih..Pada kengkawan tu harap faham la ye bila ajak keluar makan atau lepak ke pastu aku bagi alasan bizi/sibuk.huhuhu. ada masa free boleh la nak buat semua tuh... Bulan je yg tinggal untuk fokus pada benda-benda camni. bulan 6 dah start study week. so kalau boleh aku taknaklah nanti ada kerja apa2 lagi yang boleh gangu study week aku. Ni je pun masa yang aku ada nak cover balik study aku..huhuhu..

Dalam masa yang sama jugak, aku akan cuba luangkan masa untuk mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan kajian aku tentang matawang di tanah melayu/asia tenggara.. Ini adalah impian aku dan aku akan berusaha merealisasikan walaupun memakan masa yang agak lama. dah nama pun kajian kan, mesti la lama.hahaha.Peringkat awal ni aku akan mula dengan bacaan dan kajian tentang sesuatu negara/negeri atau kawasan dulu. Moga impian aku ni dapat menjadi kenyataan.huhuhu..

buku yang akan ditelaah..semuanya tentang SEJARAH.....
Si budak sorang nih rajin pulak dia mesej aku...dok ajak balik gerik..hahaha..rindu benor la tu...aku pun rindu jugak kat budak nih......hurmmm...kalau takda aral nanti dapat la kita jumpa ye budak...hahaha..aku buat dp plak gambar dia...orang nak kata apa tuh kata je la.....yang penting aku tak kacau hidup deme...hihihi
Ramai yang dah syak sebenarnya, tapi aku buat tak tahu je....entah kenapa malam tu aku saja tanya dia boleh ke tak dan dia kata boleh...so, aku buat la...hahhaha..walaupun kontroversi baru muncul sekurang-kurangnya dapat hapuskan spekulasi lama dan memberi jawapan kepada mereka yang masih menantikan jawapannya..hahaha..ayat cam retiss gitu..huhuhu..dan aku tertarik dengan komen seorang rakan aku...dan rasanya kalau betul pun ok jugak..hahaha..Kalau dah ditakdirkan tak kemana juga kan..huhuhu,,Amiin



Open Cbox