Hari Lahir Aku Yang Ke - 22

Assalamualaikum...
Entri yang lepas aku ada tulis tentang sambutan hari lahir aku buat kali ketiganya ketika aku ke kejohanan hoki. Untuk entri kali ni, aku cuma nak cerita tentang apa yang aku buat ketika hari lahir aku yang ke - 22 ni. 
Pada pagi hari lahir aku tuh dalam pukul sepuluh pagi aku dengan team hoki USM kami bertolak ke Kuala Perlis untuk perlawanan Liga Hoki Divisyen 1 menentang UNIMAP. Alhamdulillah kami pulang dengan kejayaan pada hari tu. Cuma terasa agak terkilan jugak sebab tak dapat bantu team sewaktu perlawanan disebabkan beberapa masalah teknikal yang sepatutnya tak berlaku. Tapi perkara dah berlaku tak perlu la lagi rasanya untuk diungkitkan. Cukuplah sekadar pengajaran di masa hadapan.
Biasala kan bila guna maxis waktu hari jadi mesti akan dapat masa panggilan percuma ke semua no maxis sampai pukul 12 malam. Berbanding dengan sebelum ni, kali ni aku agak kurang 'bergayut'. Kalau tak sebelum ni aku akan manfaatkan 24 jam percuma tuh dengan kal semua orang yang guna no maxis. Hahaha. Tapi kali ni tak, dan orang yang aku kal pun sorang je.huhuhu.
Banyak jugak dapat ucapan hari lahir dari kawan-kawan facebook. Rasanya kalau takda facebook mungkin sepuluh orang je kot yang akan wish birthday aku. hahaha. Tak pun kalau aku tukar tarikh. hahaha. Ada jugak yang hantar melalui SMS, dan aku amat menghargai mereka yang hantar ucapan melalui sms nih. Tak bermakna yang wish dekat facebook aku tak hargai. Tapi bagi aku yang gemar menyimpan sms banyak-banyak nih memang seronok la... tak caya ker? tengok gambar bawah nih.



Di kala usia semakin meningkat nih, bermakna masa semakin suntuk. hohoho.. Aku celebrate takda kek, takda lilin,takda tepung, telur dan bagai-bagai tuh. Celebrate aku hanya dengan azam untuk memperbaiki kelemahan diri dan lebih muhasabah diri. huhuhu...
Malam tu lepas balik dari perlis aku rest dan bersiap untuk balik rumah keesokkan harinya. Game hari sabtu, so ahad aku balik rumah la. Lama jugak aku fikir nak balik nih. Banyak benda nak kena fikir. Kalau aku balik ahad, maknanya aku kena balik usm hari isnin sebab ada kelas. Disebabkan aku fikir lepas nih aku memang sibuk dan bulan 5 mungkin baru aku dapat balik rumah, jadinya aku nekad nak balik.
Aku balik dalam pukul 7 pagi dan sampai dalam 9 setengah sebab aku rest kejap. Kalau tak 2 jam je dah sampai.
Kebetulan balik mak aku ada kat rumah. Alhamdulillah dapat jumpa mak. 
Balik tu jumpa anak buah si zulfirqan.Dengor je moto aku laju je dia berlari pintu. Tapi bila tengok aku dia macam blur sikit sebab dah lama tak tengok kan. Sebulan lebih jugak la. Lama - lama sikit baru nak gelak-gelak ngan nak bermanja dengan aku.huhuhu.
Petang tu seperti yang dirancang, aku pergi ke padang sekolah lama aku untuk jumpa budak-budak junior aku dulu dan main hoki dengan deme. Alhamdulillah deme ada main hoki petang tuh dan aku pun join la sekali. Kedatangan aku masih diterima lagi.hahaha.. Mana la tahu kan kot-kot deme tak layan ke.hahaha.
Petang tuh memang seronok main. Cuma ada sorang dua budak junior aku nih yang tak join sebab kal tak angkat. Tido la tuhhh.
Seronok sangat main petang tuh walau lutut ku masih injured. Tapi keseronokan tuh mengatasi kesakitan.
Keesokkannya budak-budak ni tak main dah sebab ada latihan untuk peringkat negeri punya game. Awalnya aku taknak pergi petang tuh. Tapi entah kenapa hati terasa sangat nak pergi walau tahu takda budak-budak main hoki. Petang tuh aku pergi jugak dan kami hanya bertiga. Takkan nak main game kot tiga orang. So kami just main heating, overhead dan menggila sikit kat padang sekolah. Hahaha. Bukan selalu kan. Keesokkanya aku terpaksa balik ke usm tercinta kembali sebab aku dan poteng kuliah dan tutorial dua hari.huhuhu. Tapi rasanya berbaloi. Ini cara bagaimana aku celebrate birthday aku. Dengan melakukan perkara yang membuatkan aku gembira walau terpaksa berkorban sedikit.
 Sedih jugak nak tinggal rumah sebab bila start moto je mesti firqan akan datang. Sebab selalunya aku bawak di g ronda-ronda keliling kampung naik moto. 
Rasanya samapi sini je kot coretan aku. Panjang lagi nih kalau nak ikutkan. Lagipun kome bukan baca pun panjang-panjang nih. Hahaha. Bior aku je la baca balik nanti.huhuhu.
Sebelum tu, tengok-tengok la dulu ucapan-ucapan yang aku terima kat bawah nih. Sekadar menghargai dan sebagai kenangan buat diri ini.

Sahabat,
Ak xmmpu utk memberi hadiah yg mahal utkmu selain ucapan selamat tahun baru cina....
ehhh,,, 'selamat hari lahir yg ke 22 tahun' (ehh,,TUAnya!haha)
tiada doa yang dpt ku panjatkan selain doa semoga Allah
memberikan yg terbaik buatmu dan sentiasa meletakmu di dalam jagaan - Nya
tiada juga ucapan yang mampu kukatakan  selain ucapan 'thank u for being my best friend'

Daripada : Salehah



To my first male close friend in the campus life, (since we have some same interest on history and fish..huhu,)
Happy belated birthday i wish for you, thanks for being my friend through these years. you're an awesome friend..being with you sometime like being with motivator..why? cause sometimes your words could motivate others if you realize..mybe you 'll be a good teacher in the future..sorry when there were the times i was being an annoying..hehe..however, by teasing you it make my day..hape you don;t mind..hehe..thanks for treat me good and ignore my harsh joke..hope you 'll be a man with the succes in everything you did and done today, tomorrow and future..and be sincere in everything for yourself and others..just accept my once in life statement which very long..hehe..saje tulis bahasa inggeris supaya kau tak syahdu sangat membacanya..hehe.
Daripada : Suraya azmi


hpy belated bfday tn! GBU
Daripada : Clynn Ng Bong Lin



Selamat hari lahir yg ke22..semoga pnjang umur n murah rezki n dberikan kesihatan n kberkatan oleh Nya...
Daripada : Marshitah Wahab

Lain-lain ucapan

'' happy birthday''
''Happy berday abg hansem, huhu''
'selamat hari lahir'
'selamat hari lahir kawan'
'hb'
'hb bro'
''selamat menyambut ulangtahun kelahiran...semoga Allah permudahkan segala urusan dunia & akhirat''
''ehemm..hb skot! may Allah bless .''
''epy bday kawan..''
''hb askar..jaga usm molek2 tau.''
''apy besday..smoga berjaya d dunia dan akhirat''
''hb bro..smoga pjg umodn murah rezeki''
''selamat hari lahir semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki''


Aku cuma mampu ucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan dan memberikan ucapan sempena ulangtahun kelahiran aku. Maaf pada mereka yang tidak dinyatakan nama dan ucapan anda disini.huhuhu.

Hari lahir Ke-3 dalam tournament

Assalamualaikum..

**Gambar takda kaitan dengan entri..huhuhu


Huhuhu..Syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan dan peluang untuk menghirup udara dan berpijak diatas bumi yang nyata. Hurm, macam terawal je aku punya speech nih, Birthday aku esok.hihihi..Bukan apa, sekarang ni aku ada waktu terluang so aku tulis je la apa yang patut dalam blog aku nih. 

Tajuk entri tu abaikan je la sebab aku pun tak tahu nak tulis tajuk apa. Ni bukan nak cerita pasal celebrate birthday yang gempak-gempak bagai tuh, baling-baling telur + tepung dan bagai-bagai lagi.  Untuk pengetahuan sahabat dan mereka yang mengenali aku, sepanjang 22 tahun aku bernafas diatas bumi tuhan nih, belum pernah lagi aku celebrate atau dicelebrate birthday sebegitu.huhuhu. Alamak, kantoi la pulak 22. huhuhu. Sedih? tak jugak. Seronok? pun tak jugak..hahaha. Sebab aku dah biasa dengan life aku cam ni. Kalau celebrate birthday orang lain tuh banyak la jugak walau kadangkala timbul juga rasa dihati inginkan celebrate sebegitu. Tapi itu tak penting dan tak berharap pun.

Lupakan pasal tuh. Masa mula-mula dulu  aku sambut birthday secara sendiri untuk diri sendiri je waktu pergi tournament hoki untuk Sukan Perak (SUPER) tahun 2011. Waktu tu aku upper six. Ada la jugak ucapan-ucapan dari kawan-kawan. Pastu kali keduanya pula pada tahun lepas iaitu tahun 2013 sewaktu pergi tournament Liga Hoki Div 1 MASUM di Universiti Putra Malaysia. Waktu nih takda orang tahu pun hari tu bithday aku. Tapi aku seronok la dapat main hoki sewaktu hari jadi sendiri. Semangat tu lain sikit la.
Dan esok pula untuk ketiga kalinya aku akan sambut birthday sewaktu tournament hoki jugak Liga Hoki MASUM di perlis. Tarikh pergi dan perlawanan tuh betul-betul pada hari jadi aku,.huhuhu. Moga-moga aku dapat buat yang terbaik dan tingkatkan prestasi permainan aku. Banyak lagi benda yang aku perlu belajar.
Aku tak mengharapkan dicelbrate pun sebab dah biasa camtu. Cukuplah aku celebrate diri sendiri dengan meningkatkan azam dan motivasi diri untuk mencapai matlamat, impian dan cita-cita hidup aku. Ulangtahun ni jugak sebagai peringatan kepada diri aku tatkala usia semakin menginjak ini bermakna perjalan hidup semakin singkat. Semoga aku dapat muhasabah diri dan menilai kembali perjalanan hidup aku selama 22 tahun ini. Walau agak sukar tetapi aku percaya selagi kita berusaha, berdoa dan bertawakal tiada apa yang mustahil untuk digapai.huhuhu, Ala-ala tazkirah la pulak. Mesti bosan kan baca. Kalau aku dah lama aku klik button pangkah kat atas hujung kanan tuh.hihihi..

Rasanya ini je kot yang aku nak cakap dan In Shaa Allah esok akan ada entri baru sekembalinya dari perlis.huhuhu.

**Dulu takda fesbuk hanya orang tertentu je yang akan ingat birthday kita dalam erti kata lain betul-betul ingat. Tapi sekarang dengan fesbuk naik je notification semua orang tahu birthday kita. Tahu tak beerti ingat.hehehe. Untuk orang dan sahabat-sahabat aku sayang bebenor, In Shaa Allah aku tak lupa birthday kome..

#Warning : Kepada +suraya azmi , jangan nak cuba apa-apa. hahaha.

AKU MAKIN KURUS

Assalamualaikum...
Entri ni hanya untuk suka-suka je. hahaha..Pelik jugak bila aku balik rumah masa cuti semua tegur kata aku makin kurus. Makin kurus tu maknanya sebelum ni aku dah kurus kiranya lagi kurus la..hahaha.. Aku pun perasan jugak sebenarnya. Sejak masuk universiti ni badan aku agak merosot. Bukan sikit la, banyak jugak sebenarnya. Kalau tengok pada gambar-gambar aku yang sebelum ni waktu tingkatan enam memang agak berbeza la..Pernah sekali aku tunjuk kat kawan aku gambar aku pakai baju oren pegang kayu hoki, si kawan aku tu tak percaya tu gambar aku.iskh3..Kalau faktor warna kulit tu aku dah faham.Dah familiar orang tegur. Hahaha..Perbezaan warna kulit tu biasa dah bagi aku sebab aku ni bukannya boleh dok diam sangat. Ada-ada je benda yang aku nak buat. Pastu benda yang aku buat tu biasanya akan mendedahkan aku pada nikmatnya cahaya matahari. Iyela, mana taknya kalau kat Usm dengan Palapes semestinya la kena berjemur. Tambah pulak main hoki lagi. Kalau training malam takpa la, tapi bila training siang memang syokkk la...Walau dah lewat petang tapi matahari masih gagah bersinar lagi. Dimbah pulak lagi dengan tempat aku duduk ni kat pulau, sekarang dah la musim panas. Memang tak dapat nak dielakkan la.
Kalau kat rumah pulak, aku suka merayau. Pergi jala ikan la, mancing la, dan bagai-bagai lagi la..Pernah sekali cuti sem dalam sebulan jugak la, aku memang menghabiskan masa kat rumah je sampai kak aku tegur nampak aku makin cerah ( maknanya putih sikitla). hahaha.Ok cukup, tutup isu warna kulit.

Kita balik kepada topik asal aku, isu berat badan aku. hahaha.Isu besar kot ni. Aku memang dah perasan saiz badan aku yang makin mengecil nih. Bukan susah nak cam, kebanyakkan baju dan seluar aku yang lama aku masih pakai sampai sekarang. So memang mudah la nak cam kalau terlonggar atau terketat. Aku rasa dan yakin sangat punca utama berat badan aku turun dengan ketara nih sebab aku kurang makan. Memang ketara sangat la waktu hujung sem 1 yang lepas, aku memang catu sikit bajet makan aku. Bukan aku boros sangat dengan duit ptptn tuh, tapi aku banyak melabur kat hobbi aku.hehehe. Duit beli duit. Tak rugi untuk masa depan. Waktu tu memang aku makan sekali sehari. Kadang kala 2 hari sekali makan nasi. Waktu lain tu aku makan maggi je. hahaha. Kekadang sebab aku malas nak pergi kafe nak beli nasi, tu sebab aku makan maggi ja. Untuk cover kurang makan nasi ni, aku minum air kosong banyak-banyak. Kadang-kadang aku bancuh milo untuk cover nutrien aku pada hari tu bagi menggantikan nasi.huhuhu. Pada orang lain mungkin sukar kalau tak makan nasi kan? tapi bagi aku ni dah jadi pekara biasa sebab pengalaman lalu benar-benar mengajar aku. Kalau nak cerita kat sini nanti panjang pulak entri nih, kalau nak tahu pengalaman apa, bacalah kat sini --->> .
Berat badan aku pulak rasanya maintain je kot macam waktu masih sekolah. hahaha. Lama jugak tak timbang berat nih. Takpa-takpa, besday aku nanti aku timbang.Hahaha....
Aku sebenarnya tak gemar jugak badan kurus kering nih, tapi aku tak la tahap tu kot. Walau ada insan-insan yang mengatakan sedemikian. Mungkin benar jugak apa yang dikatakan. Aku lebih suka badan aku waktu form 6 dan lepas stpm aritu. Dan aku memang berusaha nak kembali ketahap tu balik tapi, maslaah jugak sebenarnya bila dah lama tak makan banyak-banyak nih, perut jadi tak boleh nak terima. Sekarang barulah aku faham kenapa orang kurus susah nak gemuk. Kita cakap memang la senang, makan je banyak-banyak. Tapi sebenarnya nak buat tu tak sesenang yang dicakap.huhuhu.
Sekarang aku dalam  proses nak bagi berisi balik badan aku. Hohoho. Susah jugak sebenarnya. Makan pun tak habis sekarang nih. Aku aku akan cuba jugak melantak. Kesibukkan jugak membuatkan jadual makan aku agak berterabur.. Sarapan jadi lunch, Lunch plak jadi dinner.huhuhu..
Tengok je la sikit  gambar kat bawah nih dan kalau nampak perbandingan tu kira ok la. tapi kalau tak nampak tu aku tak tahu nak kata apa.hahaha






huh,,yg ni paling ketara nampak bezanya.. 1 mungkin sebab tak senyum, kedua nampak cekung sikit..huhuhu



Mimpi itu tandanya kita dirindui???


Assalamualaikum...

Baru sebentar tadi aku ada update blog dengan tajuk rindunya aku pada mereka. Sekarang ni aku nak cakap tentang perkara yang sama, kiranya bersambung la daripada hal tadi. Lepas update blog aku ada chat dengan sorang kawan aku nih. Aku cerita la tentang mimpi aku tuh kat dia, tapi lebih detail la dari yang aku tulis di blog. Dan dia ada bagi satu statement yang Uztaz Don ada kata, walaupun secara jujurnya aku tak mendengar ceramah atau tazkirah ustaz Don ni, tapi aku kenal la sapa ustaz ni.huhuhu..
Katanya
Bila kita mimpi kan seseorang tuh, itu maknanya orang yang kita mimpikan tu sedang merindui atau teringatkan kita. Kalau kita rindu orang pulak, orang tuh yang akan mimpikan kita.
 Huhuhu..betul ke nih? atau kebetulan je.? Aku pun tak pasti la betul ke tidak. Tapi rasanya ada benarnya jugak.hihihi. Kalau nak komfemkan betul ke tidak, kenalah tanya dekat orang yang kita mimpi tuh. Hang ada rindu kat aku ke?? ada mimpi aku tak?? hahaha. Cam hampeh je soalan..Sepuluh kali jugak fikir ni nak tanya. Tapi, tapi, tapi, tapi,,,,aku positifkan diri dan yakin orang yang aku mimpikan tuh memang rindukan aku.hahaha..perasaan kejap. Sebabnya kami dah lama tak jumpa. Sejak tahun lepas lagi. Aku pun tersangat la rindu kat deme.

Kadang kala kenangan itu memacu kita merentas masa hadapan, dan kadangkala juga kenangan itu mengikat kita dengan masa lalu.


*deme = depa / mereka / diorang

Rindunya Aku Pada Mereka

Assalamualaikum....
Sebak, terkedu, terharu dan sukar untuk diungkapkan sebenarnya apabila rasa rindu yang menebal dijelmakan dalam bentuk mimpi. Walaupun cuma mimpi yang lebih kita tahu hanyalah sebagai mainan tidur, tapi aku tersentuh sangat dengan mimpi nih. Mungkin sebab kepenatan atau jiwa yang agak kurang tenteram waktu ini membuatkan perasaan rindu itu datang secara tiba-tiba malah lebih mendalam dari sebelumnya. Nampak macam ayat jiwang je kan>?? hahaha...Jangan salah faham, ini hanyalah luahan tentang kerinduan aku terhadap sahabat-sahabat aku yang lebih junior dari aku. Mimpinya begini......
Malam tadi aku mimpi aku kembali ke sekolah lama aku, sekolah apa tu biarkan je la rahsia ye..hahaha. Bila samapi kat sekolah tuh, aku agak terkejut dah terharu pulak bila ada sorang budak ni yang rapat dengan aku suatu ketika dahulu, mengalir air mata tengok aku. Mungkin sebab dia pun terlampau rindu kat aku dan aku pun memang terharu sangat. Jelas nampak yang dia sangat gembira dengan kedatangan aku.  Kami berjabat tangan dan siap berpeluk lagi..hahaha..melepaskan rindu masing-masing. Jangan pikir lain pulak ye. Budak ni laki dan kami cara laki. Bukan macam perempuan yang siap laga pipi dua tiga kali tuh.hahaha..
Pastu jumpa dengan budak lain pun kami bersalaman dan berpelukan jugak. Nampak sangat kami lama tak jumpa dan lepas tuh aku pun melawat sekitar kawasan sekolah dan asrama. Buat apa lagi kan selain daripada mengimbau kenangan lama, hahaha...gitulah ringkasannya mimpi tuh...
Apa yang aku nak ceritakan sebenarnya kat sini adalah perasaan terharu aku terhadap budak yang menangis tu tadi.hahaha. Sebak jugak la bila bangun tido pagi tadi.huhuhu..tu je kot rasanya aku nak ceritakan untuk entry nih.

#Dengan menulis aku dapat meluahkan segala perasaan dan kegundahan jiwa aku. Bila aku menulis, itu bermakna ada sesuatu yang aku cuba sampaikan walau mereka yang lain melihat aku seolah-olah tidak peduli, tiada masalah dan baik-baik sahaja. Sebab itu penulisan menjadi pilihan aku walau berterabur susun katanya, walau bercelaru ayat-ayatnya, itu semua bergantung pada pembaca yang sudi membaca. Sebab apabila aku menulis, bagi diri aku, aku telah berjaya menyelamatkan diri aku daripada melakukan apa-apa tindakan yang biasanya dilakukan kebanyakkan orang atas nama melepaskan tekanan dan sebagainya.
#Aku peduli tentang semuanya disekeliling aku, kawan,keluarga, dan segalanya walau aku tidak menunjukkan tindakan yang sebegitu.

ANNUAL KEM PALAPES DARAT USM 2014 - FASA 3 ( MEDAN)


Sambungan daripasda catatan Fasa 1 & Fasa 2. Ni fasa terakhir dalam Annual Camp Palapes Darat Usm iaitu fasa 3 (Medan). Fasa medan paling dinantikan kami semua. Sebabnya ni adalah fasa terakhir dalam kem dan fasa medan jugalah paling seronok sebab kami dah terpisah dengan peringkat senior dan junior. Maknanya tempat tu hanya ada kadet Intermediate sahaja.

10 Februari 2014
Pagi ni takda PT. Hehehe...Hari ni kami akan masuk ke pengkalan kami yang pertama. Jadinya sebelum bertolak ke pengkalan kami kena la dulu buat persiapan. Banyak juga persiapan yang nak kena buat. Tapi tak jadi masalah bila semua orang buat kerja. Tapi,tapi, tapi aku pun ngelat jugak kadang-kadang. hehehe. Maklumlah, masing-masing penat. Lepas makan tengah hari kami terus gerak ke tempat berlabuh (pengkalan). Sampai je pengkalan terus kami buat persiapan. Hari tu jugak ada pembahagian jawatan. alangnya nasib aku kena jawatan ketua platun 2. Lega la sikit rasanya. Kalau ketua platun 1 lagi la jenuh. Nak kena baca perintah la nanti. Tak mau aku. Malam just buat hal sendiri. Kalau tak silap aku la. Tido pulak macam biasa la. Bentang ponco 1 buat lapik dan 1 ponco lagi buat selimut. Malam tu memang sejuk gila gila gila. Aku dah la tak berapa nak tahan sejuk-sejuk nih. Walaupun tido pakai kasut but, tapi sejuk tetap terasa menusuk ke dalam kasut. Macam ada ais plak dalam kasut. Azam aku masuk medan nak mandi awal pagi. Tapi dah sejuk cenggitu, Memang tak la aku mandi.hahaha




11 Februari 2014
Hari first tido dalam hutan. Bangun seawal jam 5.30 pagi. Kalau kat rumah ni adik balik sekolah baru aku bangun.hahaha. Pagi ni ada baca perintah untuk mara yang disampaikan oleh ketua platun pada hari tersebut.Sebelum tu sarjan dah orientasikan peta dah. Kalau ikutkan sebelum ni kena buat model atas tanah sekali. Tapi CI baru ni cakap tak payah. So, mudah la kerja kami.hohoho. Mengikut orders kami akan mula gerak mara jam 0800. Dan kami bergerak tepat pada waktunya. Aku platun 2 just follow je platun depan. Dalam pergerakan mara akan ada clear bound/ bersihkan batas. Batas ni adalah tempat tinggi / bukit atau tempat strategik yang disyaki ada musuh. Tujuan musuh buat batas ni adalah untuk memperlahankan gerak mara pasukan keselamatan. Gitulah serba sedikit tentang batas pada yang aku  tahu.  Sewaktu clear bound ni aku sebagai platun 2 sepatutnya tersenyum lebar sebab dapat membuta (tido) kat blakang. Tapi malangnya nasib kami, pegawai penguji tu datang nak mintak kami platun 2 yang sebagai platun bayangan je ni untuk join platun 1 sebagai platun kedalaman. Alamatnya, bukit tinggi tu terpaksa juga kami daki. Penat wehhh.. Dah la tengahhari... Hampir-hampir nak kena buat sekali lagi..sek bek tak jadi buat. Untuk pergerakan mara seterusnya platun 2 pula bertindak mengetuai gerakan mara dan akan menjadi seksyen point apabila diserang dan clear bound. Tapi, tak buat pun bound dan kami buat pengkalan sementara kat pejabat renjer kat situ. Mana la aku tau nak buat pengkalan sementara untuk rehat pun kena selamatkan jugak kawasan tuh.huh! pegawai tanya aku bagai-bagai, memang aku jawab tak tahu la..hahah.Dengan panas teriknya kami meniarap atas tanah dalam kedudukan stand to (bunyinya 'standtu'. aku tak reti eja ). Bukan seminit dua, tapi lebih daripada setengah jam. Sabor je la. Sapa suruh masuk askar kan. hahaha. Lepas tu CI datang dan kami terus makan tengah hari kat situ. Aku memang tak lalu makan waktu tuh. Mungkin sebab penat sangat lauk ayam pun jadi tak selera. Aku minum air je banyak. Habis je makan dan solat semua, kami bergerak ke pengkalan/ harbour seterusnya pulak. Malangnya kami naik trak 3 tan. ahahaha.. Bukan permintaan kami. Arahannya begitu. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal la. hahaha.. 


Tempat berlabuh kami seterusnya ni kawasan ladang kelapa sawit jugak tapi sebelum tu ada lalu kebun getah sikit. Agak tersorok tempatnya. Dan lagi satu kena naik bukit sikit. Itu yang penat tuh. Macam biasa la bila sampai harbour, turunkan barang dari trak dan mula pasang khemah dan sebagainya. Lepas siap pasang khemah dan semua tu, petang tu jugak ada pertukaran penjawatan. Dan aku seronok bebenor sebab tak dapat apa-apa jawatan. Jadi prebet je la aku atau dikenali juga sebagai ma ca i. hahaha. Seronok ooo takda jawatan nih. Malam tu ada buat persembahan nyanyi-nyanyi plak. Main petik je nama sapa-sapa. Nasib baik la tak kena kat aku. Aku dah la anti nyanyi-nyanyi nih. Maklumlah, suaraku tidak seperti  suaramu yang merdu bak buluh perindu. hakkktuihh...hahaha....
Malam tu jugak aku kena sentri. Aduhai, malaz sungguh sentri-sentri nih, tapi apakan daya orang lain pun kena jugak. Tido je la aku bersebelahan batang kelapa sawit. Dengan cuaca yang masih sejuk tapi bila tido buka spike but rasa sejuk kat kaki tu kurang la sikit. Beruntung la aku bawak selipar. Dapat la jugak kaki aku ni rest ambik udara segar. Melecet usah dikata la. Hampir-hampir tapi aku dah mencegah dari awal dengan tampal plaster banyak-banyak.hahaha. Malam tu jugak kami pergi mandi kat masjid berdekatan naik 3 tan. Nikmat ja rasa dapat mandi air bersih.

12 Februari 2014
Pagi ni bangun agak lambat. 6.30 baru bangun. hahaha. Masing-masing penat kan. Pukul 7 Pagi kena stand to dulu dalam setengah jam. Waktu stand to ni paling aku dan yang lain suka. Sebab time ni masing - masing ambik kesempatan membuta termasuklah aku. Pagi tu kami kena PT dengan alasan gagal menepati masa ketika berkumpul dalam waktu yang ditetapkan. Alahhhh, askar memang gitu la... Tapi sebenarnya ada skuad aku yang kantoi hisap rokok dengan jurulatih. Memang cari nahas la. Tak salahkan deme jugak yang merokok sebab aku pun faham. Cuma kalau boleh hati-hati la sikit nak melepaskan gian tu pun. Alamatnya semua orang kena. Lompat sana lompat sini, lari-lari dan yang terakhir sekali ialah seratus peratus ( rendam dalam air sampai basah seratus peratus).Aku tak rendam betoi-betoi pun. Aku ambik air sapu-sapu kat baju bagi basah. Aku duduk dalam air tu bagi seluar basah. Aku taknak bagi air masuk dalam kasut sebab nanti mudah melecet kaki. Dan yang paling bestnya aku bukak baju loreng  aku tebar atas air bagi basah pastu aku pakai balik. haaha.. Bengang je deme yang lain sebab deme kena basah semua. Ala, nak hidup kenalah bijak sikit.hahaha. Tapi waktu PT tu yang paling menarik adalah crawl atas jalan tak berturap yang ada batu kerikil banyak-banyak. Wooooo...nikmat kot...Lutut rasa lebam-lebam. Siku pun sama la juga pedihnya. Dah la crawl mendaki bukit plak tuh. Pastu turun kami golek je. Apa-apa pun, terima kasih la kat geng yang kantoi rokok tuh sebab mamberi kami pengalaman yang menarik ni.


Apa yang penting smile always n peace! hahaha

Bestnye deme main air...pagi2 plak tuh..

Gambo tetap gambo.hahah

crawl naik bukit

siap rakam lagi tuh...hahaha..tapi rakaman tu tak boleh la aku tunjukkan, sekadar simpanan peribadi je..haha





Selesai kemas barang semua kami terus bergerak untuk mara. Kali ni platun 2 pulak mengetuai mara manakala platun 1 bertindak sebagai platun bayangan. Walaupun tak berjawatan, tapi aku bawak Light Machinegun (LMG). Maklumlah, skuad aku yang dalam seksyen aku tu pompuan yang kena bawak LMG,. Dah la perempuan badan pun kecik ja. Malu la kalau ku tengok saja. Aku pun bawak la. LMG ni senjata bantuan yang beratnya hampir 8 kilogram. Mula-mula sedap la bawak tapi tuh mula la rasa sakit bahu ngan tengkok ni sebab dok gantung tali sling senjata. Waktu mara ok ja. Semasa mara tu ada jambatan dan kami kena selamatkan jambatan tu dulu. Lepas tu kami teruskan dengan gerakan mara. Elok sampai ke pengkalam seterusnya, kami kena g clear bound dulu dan seksyen aku bertidak sebagai point seksyen. Apa lagi, ambik kesempatan untuk rehat-rehat la. Pastu bila atur kedudukan nak clear bound, bercelaru jadinya. Aku pun tak tahu sebab apa. Nak salahkan ketua platun pun tak juga. Tapi memang ada kekurangan sikit la..Akibatnya kami kena buat dua kali dan sangatlah memenatkan sedangkan orang lain dah berehat santai dah kat pengkalan. Sampaikan kaki aku terjerelus masuk dalam lumpur.

Sampai je kat pengkalan, kami bersiap-siap untuk aktiviti seterusnya. Petang tu kami kena prepare persembahan untuk malam nanti. Sambil tu jurulatih kami belanja air tebu. Fuhhhh... Nikmat sungguh minum air tebu berais lagi tu dalam ladang kelapa sawit ditengah panas rembang.hahaha

Malam tu seperti yang dikatakan ada persembahan tiap-tiap seksyen. Tapi jap, pertukaran jawatan petang tuh aku kena jawatan ic mortar 60mm. hahaha.. Malam tu seksyen aku buat persembahan nyanyi je lagu campur-campur. Dan pegawai penguji yang ada sekali waktu nak seksyen aku buat sekali lagi sebab dia tak puas hati. haahah. Dia nak kami nyanyi lagu ''Kalau Aku Kaya''. Haha.. Kumpulan lain best-best la deme punya persembahan. Ada jugak nyanyian solo dan ini aku paling menyampah. Bukan apa, lepas habis nyanyi orang boleh pilih sapa yang nak kena nyanyi seterusnya. hahah. Aku yang kebetulan kurang sihat malam tuh terus menggunakan alasan tu sebagai lesen selamat dari kena nyanyi. Tapi bila time roomate aku kena nyanyi aku lari pergi tandas. Bukan apa, kemungkinan nak kena tu nanti memang ada. hahaha. Selamat jugak aku malam tuh. Tapi yang tak menariknya sikit malam tuh aku kurang sihat. selesema la pulok. Rimas sungguh. Tapi takpa la, anggap je tu ujian untuk aku.
dah macam kumpulan nasyid la pulak.hahah..goyang kana goyang kiri..lalalaala


13 Februari 2014
Pagi ni aku tak bangun untuk stand to sebab aku dah stand to dari semalam terus bersambung ke pagi tuh. Hahaha.. Maknanya aku membuta la waktu orang lain stand to..lalalala...Macam biasa la rutin kami pagi tu lepas kemas semua barang dan dah siap sarapan, maka bersambunglah kembali gerakan mara kami. Mula-mula tu steady je rasa, tapi lepas tuh rasa nak tercabut bahu aku galas beg yang dekat 10 kilo beratnya ditambah pulak dengan mortar 60 mm..perrhhh... penat wehhhh.... Kalau ikutkan krew aku yang kena bawak mortar tu tapi disebabkan krew aku tu wanita, maka secara rasminya aku la kena bawak.hohoho.. Nasib baik waktu aku bawak mortar ni takda bound / batas. Kalau tak memang dasattt la. Sampai satu tempat kami rehat. Time tu aku dah bagi kat krew aku dah untuk bawak mortar. Aku dah kepenatan wehh.. Waktu rehat tu aku tanggal la helmet nato yang aku pakai. Rimas kot. Tapi kalau dalam perang betoi memang tak la aku nak bukak. ahaha.. Akibatnya aku kena panggil dengan pegawai penguji. Katanya kami main-main tak tak serius dengan latihan. hahaha.Lepas tu kami teruskan lagi mara sampailah ke pengkalan yang terakhir. Macam sebelum-sebelum ni la bila dah sampai pengkalan. Dirikan khemah dan sebagainya. Kepenatan tu memang kami telan je la..Kalau kira diri kita penat, orang lain pun penat jugak kan.so, sama-sama la bekerjasama dan kerja pun jadi mudah. 
Pengkalan kami ni  sama dengan pengkalan waktu kami pra annual camp dulu. Tempat yang sama.  Bukanlah kegembiraan yang kami rasakan tetapi kegerunan yang menyelubungi tahkala melihat harbour terakhir kami tu. Apa yang digerunkan??? hahaha. kalau kome nak tahu, kat harbour last tu ada satu parit yang agak besar dan dalam. Kisahnya begini, waktu pra annual camp aritu ada sorang kadet ladies dari skuad aku yang tolak jurulatih kami masuk dalam parit tuh, niat dia hanyalah hendak bergurau. Tapi bagi kami gurauannya kurang sesuai dan tak kena pada waktunya. Maklaumlah waktu masih lagi dalam latihan. Kalau dah tamat latihan tu boleh lagi la nak consider kan?. Alamatnya kami semua terima akibatnya. 100%!! ungkapan yang cukup familiar dengan parit tuh. Maknanya kami kena terjun dalam parit tu bagi basah seluruh badan dengan pakaian lareng dan pakai spike but. 100% ni ada kawan dia jugak iaitu Bom atom! hahaha.. Apa itu bom atom? tengoklah dalam gambar kat bawah. Kata-kata 2 pilihan menjadi ungkapan yang agak mengerikan jugak sebenarnya. Walaupun ada  'pilihan' tapi pilihan tu ternyata tak menyebelahi kami.hahaha...
inilah yang dikatakan sebagai bom atom..hahaha

Petang tu lebih kurang pukul  3 lebih la kalau tak silap aku, semua guys dibawa pergi mandi kat air terjun *****. Aku tak ingat namanya. Wowwww..terasa nikmat sungguh dapat mandi air yang sejuk. Segar rasa badan dapat berendam. Nak balik tu YO pulak belanja jagung bakar. Murah plak tu jagung bakar setongkol RM1. Rezeki-rezeki. Balik tu sampai je kat pengkalan, kami pun buat la pentadbiran sendiri. Secara tiba-tiba pulak, muncul kereta hitam yang bawa CI. Alamak! time ni la pulak dia nak datangnya, ladies waktu dah siap semua ada atas trak nak pergi mandi. Kesian depa kena turun balik balik dan kemas semua barang dan khemah. CI arahkan kami untuk pindahkan pengkalan kami jauh ke belakang daripada kawasan pertahanan musuh. Daripada jarak yang 500 meter je tuh terus jadi dekat 2 kilometer. Fuhh,,,sabor je la.dah la dekat nak maghrib. Aku dengan kelam kabutnya sorok maggi aku bawah pelepah kelapa sawit. Hahaha, Maggi ni barang larangan dan senior dah kantoi dah. Takut jugak la aku,.Kami sampai harbour baru tu pun dah maghrib. Memang kelam kabut nak pasang khemah , angkat barang, dan bagai-bagai lagi. Bengang pun ada. Tapi mind set kena sentiasa positif. Anggap je ni satu cabaran. Malam tu aku memang ngantuk bebenor. Asal ada ruang je aku terus bersandar atau baring sambil pejam mata.hahaha..lena tak lena tu belakang kira. Aku dah tak ingat dah malam tu buat apa. Tak silap aku ad pertukaran jawatan malam tuh. Dan aku dengan gembiranya tak kena sebarang jawatan. Dan malam tu jugak aku kena sentri. Malaz betoi aku dengan ragam orang mengigau nye lagi.hahaha..Zzzzzzzzzz.

14 Februari 2014
Awal jugak aku bangun pagi nih. Memang kena awai pun..hahaha.. Pagi ni ada team penjawatan dan juga  2x anggota tinjau tiap seksyen pergi buat tinjauan untuk serangan awal pagi esok. Malangnya nasib aku kena pergi jugak. huhuhu.. Kami pergi dalam pukul 9 lebih la kalau tak silap aku dan jaraknya boleh tahan jugak la. Kami habis tinjau dah pukul 5 lebih. Punyalah lama kami pergi. Yang lain kat harbour tu boleh membuta ja.. ciss.hahaha. Memang panas betoi hari tuh dengan bekalan air kami yang sikit. Balik tu kami semua jalan laju-laju nak cepat sampai. Semuanya kehausan bebenor. Sampai-sampai pengkalan deme yang lain hulur air mineral sebotol besar. Fuhhh..Lega bebenor rasanya. Sebotol dekat nak habis. Pastu siap bagi air oren berais lagi tuh. huhuhu..nikmat-nikmat. Terasa macam baru balik bertempur la pulak. hahaha..( mengingatkan aku waktu nak ke kem 2 Bridged ,ipoh dulu untuk perkhemahan PKBM (Darat). X ni bekalkan aku dengan kek yang dia buat.hohoho..sodapp). Baru je nak rehat lama, kena pt pulok doh..hhohoho.. Tak lama lepas tu CI pulak mari nak tengok raptai serangan. Kami pun buat.. Bukan sekali tapi dua kali. Penat wehhh... Dalam masa yang sama tadi waktu kami pergi tinjau ada satu grup yang menyiapkan model untuk serangan esok. 

Geng tinjau

waktu pergi tinjau..rehat sambil berbincang

rehat dulu..hahaha

Malamnya ada baca perintah serangan oleh ketua platun dan itu bukanlah aku. hahaha. Kongkang la kalau aku yang kena.  Lepas baca perintah malam tu ada pembahagian peluru dan sebagainya. Aku bukan taknak bekerjasama, tapi aku terlalu mengantuk sesangat dan aku cuba boleh buat yang mana aku mampu waktu tuh. hahaha. Sembang-sembang malam tuh memang membengangkan aku sebab aku mengantuk. Malam tu terlena jugak aku kat celah-celah bagpack dan bila aku jaga kaki aku jadi tilam deme yang lain pulak. Hampeh betoi. Aku pun apa lagi. Teruskan je la tido..  Sedap dan selesa. empuk lagi tuh.hahaha.Zzzzzz.


15 Februari 2014
Pagi ni kami kena bangun dalam pukul 4.30 pagi. Dan pagi tu jugak pertama kali tido kat hutan aku dapat tido yang betol-betol berkualiti. Sebabnya aku tido memang lena sungguh dengan mimpi pun takda, gangguan nyamuk pun takdak. Lena sesangat. Mungkin sebab badan aku terlampau penat. Pagi tu aku takda masalah nak bangun awal sebab badan terasa segar. pergerakan pagi dalam pukul 5 lebih jugak la. Sampai di tempat berpecah, DFSB berpecah dan seksyen x gerak dulu sebab nak selamatkan FUP/LD (Forming up place/ Line Departure) * kalau salah eja tolong betulkan. Kami yang di tempat berpecah ni sempat lagi membuta. hahaha.. lama jugak tuh. Jam H sepatutnya 0700 tapi dilewatkan samapi 0730. Hari pun dah nak cerah waktu tuh. Serangan kami dikira berjaya atau tidak aku tak pasti sebab seksyen hadapan ada yang kena jerangkap samar musuh dan kedudukan kami dah dikesan. hahaha.. Aku seksyen dua dan duk paling hujung kanan. Bila gerak serangan mula. Aku kena redah semak-semak yang tinggi daripada aku. Dah la semak sangat sampai aku tak nampak anggota seksyen aku yang disebelah kiri. Yakin je la aku jalan ikut paksi serangan. Nanti mesti jumpa jugak kan. Hahaha.. Paksi aku belah kanan sikit ada kubu GPMG dan depan sikit ada dua tiga kubu musuh lagi. Dan antara kubu yang aku dapat adalah kubu ''KK''. hahahaa..Tak bagi dia aku nak tembak dia. Tembak betoi pun ok jugak.hahaha.(jahatnya aku). Jalan punya jalan sampai la aku dekat LOE ( Limit/line of Exploitation). Pastu kami buat atur semula dan tunggu la beberapa minit. 
Habis je semua serangan tuh dengan musuh pun dah buat pengunduran, makan berakhirlah serangan pagi tu. Lepas tu ada acara penutupan perkhemahan kat atas bukit padang Mieha tuh dan kenaikan pangkat tiga anggota lain-lain pangkat jurulatih palapes usm..Seaptutnya kami kena tolong senior kambus kubu tapi kami tak pergi sebab kami balik harbour kami untuk sarapan dan kemaskan barang-barang kami. Ini menimbulkan isu-isu panas antara inter dan senior. Tak perlu lah rasanya aku nak ceritakan kat sini. Dah habis kemas semua tuh kami pun bergerak la balik ke usm dalam pukul berapa aku pun tak tau. Balik naik bas. Bau jangan ditegur la sebab semuanya sama ja, tak mandi!. hahaha.
Sampai usm kami buat pentadbiran masing-masing. Kemas-kemas semua barang yang kami pinjam. Memang banyak kerja la bila lpeas kem nih. Biasala tu kan. Kerja jadi mudah bila semua buat kerja. Lepas settle kami balik la sebab takda apa arahan lanjut lagi dari jurulatih mahupun senior. Bila dah penat tu faham-faham je la. Jumpa katil membuta la. termasuklah aku. Pastu ada orang bagi info pukul 5 kena baris balik.ok.Noted! Tapi cerita tu pun dah lambat,. dekat pukul 5 dah. Akibatnya ramai la yang turun lambat. Bila dah lambat tu punishment la jawabnya. Yang kat depan tu dok membebel je keja dia. Bila tanya alasan sebab lewat ada antaranya jawab solat. Pastu disebabkan kebangangan si penanya yang bercakap menggunakan lutut turun ke kaki. Katanya kenapa yang lain boleh turun awal? yang lain tak sembahyang ke??. pastu katanya lagi jagan nak gunakan isu agama sebagai alasan.hohoho. Briliant!!
Jawapan aku mudah je dan aku dah jawab pun kat dia dan nampak kebengangan dia kat aku. Asar masuk dekat pukul 5, tapi kalau orang tu tido dan terjaga 5.30, macam mana dia nak solat tepat pada waktunya?? 
Aku bukan nak tunjuk kurang ajor, tapi kadang kala tak semua benda kita kena diam. Ada benda kita perlu bersuara. Takkan dengan lesen senioriti depa bebas buat apa-apa saja? bebas cakap apa-apa saja? Aku memang tak boleh terima benda macam nih..(nak suruh aku drop? jangan harap! hahaha). Kalau kome yang dimaksudkan ada baca blog aku nih, baca biar sampai ke akal fikir, bukan turun ke kaki.

Malam BBQ
Macam kem sebelum ni jugak. malam lepas habis kem akan ada jamuan BBQ untuk semua jurulatih dan pegawai kadet. Dan malam ni jugak akan ada persembahan dari setiap peringkat pegawai kadet. Aku memang tak join la persembahan sebab aku ni tak berbakat langsung dalam persembahan pentas nih. hahaha. Menu malam tu macam tahun sebelumnya juga la aku rasa. Kambing bakar, nasi goreng, sosej, salad bermayonis, ayam bakar. Tu je kot. tak ingat dah aku. Aku makan sikit je malam tu sebab petang tu aku dah pekena roti canai dah. hahaha. Lagi 1 aku ni tak berapa gemar sangat benda bakar yang ramuan dia agak memuakkan. Kalau yang simple aku memang melantak. Nasi malam tu pun tak habis makan. Minum air je banyak. Kambing pun tak bertambah.hahaha. Untuk persembahan boleh tengok gambar or video kat bawah nih. huhuhu.. Habis je program malam tuh terus kami mengemas.




*Aku masih menanti video persembahan nyanyian  solo Suraya Azmi..hihihi


16 Februari 2014.
Hari ni baru latihan kami betol-betol tamat sebab elaun dibayar sampai hari ni. Hari ni cuma buat pentadbiran ja, Membasuh, mencuci, mengemas, cuci senjata, cuci trak dan bagai-bagai lagi la. Selesai semua tu maka selesai la latihan kem tahunan kami. Bersiap-siap untuk sem baru keesokkan harinya pulak. 



##Segala catatan yang terdapat dalam entri ini hanya sebagai catatan peribadi sahaja.. Jika ada menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, maaf dipinta.
#Bukan berniat untuk menakutkan bakal pergawai kadet yang akan datang dengan aktiviti yang yang lasak dan sebagainya, tetapi hanyalah sebagai perkongsian sebuah pengalaman yang tiada didalam bilik darjah mahupun dewan kuliah. Untuk menjadi manusia yang hebat dan luar biasa, kita mestilah mempunya sesuatu yang berbeza dari orang lain. Jangan menilai buku melalui muka depannya sahaja tanpa melihat isi dalamnya. Kalau berniat untuk sertai Palapes atau apa-apa sahaja, just do it firts. Jangan terpengaruh dengan kata-kata orang lain sebab hanya kita yang kenal siapa diri kita dan kemampuan kita. Catatan ini hanyalah sedikit sahaja daripada pelbagai pengalaman yang aku tempuh dan perolehi sepanjang menyertai Palapes. Untuk seterusnya aku akan kongsikan tentang Skuad KALA RIMBA BATCH 34.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA.

Open Cbox